Sunday, 8 December 2024

Hatyai v1.0

 

ASEAN Night Bazaar, Hatyai



H A R I 1 - S A B T U
0 7 D i s e m b e r 2 0 2 4
0 6 J a m a d i l A w a l 1 4 4 6 H

Pertama kali aku datang ke Hatyai, dah banyak kali Ada ajak aku pi tapi aku malas ...haha. Tapi kali ni takpa aku try juga datang juga ke sini.

Untuk pertama kali ni kami menaiki keretapi dari Tasek Gelugor (paling dekat dengan lokasi rumah kami) ke Padang Besar, Harga tiket untuk dewasa adalah RM 20.80 (return) manakala untuk kanak-kanak 4-12 tahun adalah 50% daripada harga dewasa iaitu RM 10.40 (return) manakala untuk usia 3 tahun dan ke bawah adalah percuma.

Gerak dari rumah jam 7.15 pagi, hanya ambik masa dalam 18 minit je dari rumah, tiba di stesen kena cari parkir dulu agak susah sikit kat sini sebab ruang parkir terhad. Hanya gunakan Touch n Go je scan kat palang masuk ke stesen KTM...bayaran sehari parking adalah RM 4 je...murah kan.

Iman dan baby bear dia berpisah tiada, pi memana je mesti nak kena bawa juga

Terus ke Platform 2 untuk menunggu ketibaan keretapi komuter dari Butterworth pada jam 7.58 pagi.

Tepat jam 7.58 pagi keretapi pun tiba...sharp. Masuk-masuk je dalam gerabak semua kerusi dah penuh padahal kalau diikutkan stesen ni adalah pitstop yang ke-3 selepas Butterworth dan Bukit Tengah. Nak buat camna sebab hari ni Sabtu mestilah ramai yang akan menggunakan kemudahan ni.

Bertabah la sejam lebih berdiri kat dalam gerabak ni, harap-harap akan ada penumpang yang turun di mana-mana stesen depan tu nanti. Sekurang-kurangnya Iman dapat la duduk juga nanti.

Rezeki...selepas beberapa stesen Iman, Ada dan aku dapat juga seat sebab dah makin ramai yang turun di stesen-stesen sebelum Padang Besar.

Kemain seronok Iman dapat naik keretapi, ni kali ketiga naik keretapi. Kali pertama dulu dia umur setahun je...mana nak ingat. Kali kedua bulan September aritu dari KLIA 2 to KL Sentral to Bukit Mertajam

Alhamdulillah tiba di Stesen Padang Besar pada jam 9.26 pagi, turun dari keretapi kena naik ke stesen untuk beli tiket ke Hatyai pula.

Kalau ikutkan tak ramai sangat lagi masa ni, kalau musim cuti sekolah memang akan bersesak-sesak lagi la berbanding sekarang. Sekurang-kurangnya masih banyak ruang untuk kami bergerak bebas kat ruang stesen ni.

Berbaris untuk membeli tiket keretapi Hatyai, harga untuk seorang dalam 50 bhat (RM 7) je, kira affordable la juga, untuk Iman free je

Keretapi seterusnya dari Padang Besar ke Hatyai kalau mengikut pada jadual adalah pada jam 10.15 pagi (waktu Thailand) atau 11.15 pagi waktu Malaysia.

Masalahnya satu je, gate untuk masuk ke imigresen Malaysia dan Thailand tak dibuka pun, jadi semua orang kena berbaris di luar pagar agak panas la kawasan ni, kipas kat dinding pun tak berapa nak sejuk.

Aku pun tak tau apa reason diorang tutup gate tu padahal boleh je buka dan biarkan orang cop paspot sesiap kat Imigresen sementara nak tunggu keretapi Hatyai tu ready untuk bergerak. Kalau dia buka takde la sesak kat imigresen tu nanti, tapi itu yang terjadi...mmm.

Lama juga kami kena tunggu sebelum cop imigresen Malaysia dan Thailand sebelum dapat masuk keretapi Hatyai ni, jadual sepatutnya 10.15 pagi tapi 11.15 pagi baru la keretapi gerak ke Hatyai, delay sampai sejam lebih dengan cuaca yang agak panas...menguji kesabaran.



Keretapi ni memang old school style, duduk ikut dan takde designated seat number sama la macam keretapi komuter (KTM) tu kiranya first come first serve. Tingkap pun bukan main luas bukaannya. Kerusi pun style lama, tak empuk tapi selesa la lagipun perjalanan 45 minit je...pejam celik 10 kali sampai dah. Ada juga kipas siling bulat tu...function la juga kipasnya. Tapi takpe sebab tingkap luas jadi angin dari luar tu dah cukup menyejukkan ruang keretapi.

Syok juga pengalaman menaiki keretapi ni, bukan main suka Iman duduk dalam keretapi ni, siap dok ulang nanti kita naik lagi ye walid...ok Iman...nanti kita naik lagi ye.



Sampai kat stesen keretapi Hatyai jam 12.00 tengahari dan terus keluar jalan kaki menuju ke hotel untuk urusan check-in jarak cuma 400 m je (6 minit). Alhamdulillah kami dibenarkan untuk early check-in oleh pihak hotel, lega.

Masuk bilik kemas-kemas apa yang patut dan terus mengerjakan solat terlebih dahulu serta rehat dalam setengah jam. Memandangkan restoran Khlong Hae Buffet Seafood tu akan mula beroperasi pada jam 2.00 petang jadi ada masa lagi untuk kami lepak kejap kat hotel lagipun jarak tak jauh sangat dalam 16 km je.



Jam 1.50 petang keluar hotel untuk menuju ke Khlong Hae Seafood Buffet kami menaiki Maxim (jauh lebih murah) berbanding menggunakan grab dan hanya mengambil masa dalam 15 minit je tiba kat destinasi...oh ya driver Maxim ni memang diorang tekankan penggunaan seat belt ya.

Tiba di restoran pada jam 2.05 petang, sampai ja kat situ baru perasan sebenarnya kalau sabtu dan ahad restoran ni akan beroperasi pada jam 12.00 tengahari. Jadinya masa kami sampai kat sini ramai customer yang dah berada di dalam restoran ni, nasib baik masih banyak lagi tempat kosong untuk kami.




Bayaran untuk dewasa adalah 299 Baht (RM 38.89) manakala untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 120 cm 199 Baht (RM 25.88). Sebenarnya Iman masa ni dah tinggi 125 cm...tapi tau la staf tu dia caj juga dengan harga 199 Baht, mungkin diskaun baru pertama kali datang (walaupun dia tak tanya samada kami ni firstime datang atau tak)...tu dinamakan rezeki...Alhamdulillah.



Dengan bayaran 797 Baht (RM 103.66) untuk tiga orang cukup berbaloi datang kat sini sebab pilihan menu terlalu banyak.

Terdapat banyak pilihan untuk seafood, ada menu yang sudah tersedia di masak dari masakan tempatan Thailand. Menu-menu yang lain seperti roti (masak on the spot upon request), fresh ikan bakar (non-stop). Spend 2 jam kat sini cukup la, memang kenyang perut..puas hati...lebih dari tu tak mampu dah...RM 103.66...memang berbaloi.

Oh ya...sebenarnya kat restoran ni pun ada disediakan surau bagi memudahkan customer yang nak mengerjakan solat. Lain-lain kemudahan yang ada adalah tandas yang banyak.

Jam 4.10 petang, menaiki maxim menuju ke ASEAN Night Bazaar Hatyai lebih kurang 8km (20 minit) dari sini.



Cantik betul sandal getah ni, macam-macam warna ada...tu yang aku ambik gambar tu


ASEAN Night Bazaar adalah sebuah pasar yang menjual macam-macam pakaian, souvenir, permainan, kasut, selipar dan pelbagai barangan keperluan harian lagi. Terdapat juga gerai-gerai makan di tingkat atas yang menjual makanan dan minuman tradisional Thailand.

Jalan-jalan kat dalam ni walaupun tak besar tapi agak panas sikit sebab kena melalui lorong-lorong kecil antara gerai dengan gerai.

Tandas juga disediakan di tingkat atas tapi air kena bawa sendiri memandangkan tandas diorang ni takde bidet.

Jam 6.30 petang kami keluar dari Night Bazaar dan hanya berjalan kaki je ke Central Hatyai sebab jarak 700 m je lebih kurang 10 minit perjalanan.

Central Hatyai adalah sebuah shopping mall terbesar di Hatyai, yang bestnya terdapat gerai-gerai makan tempatan di aras basement dan juga di aras 2 (kalau tak silap).


Lama juga kami lepak dalam ni, syok betul sebab makanan ada macam-macam dan harga pun affordable. Paling aku suka adalah gerai TORO Fries...sedap ada macam-macam flavour yang ditawarkan....aku rasa tiap kali datang Hatyai, TORO ni akan jadi tempat wajib aku mesti datang dan beli.


Ambik kesempatan juga singgah dan membeli ke beberapa kedai dalam shopping mall ni untuk di bawa balik ke Malaysia. Jam di tangan dah menunjukkan 9.10 malam, masa untuk kami keluar dari mall.

Menaiki maxim ke hotel, jarak dari mall ke hotel hanyalah 3km je lebih kurang 12 minit menaiki kereta.

Alhamdulillah selesai aktiviti hari ni...sambung esok pula...masa untuk merehatkan diri.


Tasek Gelugor Train Station - Padang Besar Train Station - Hatyai Train Station - Pacific Residence - Khlong Hae - ASEAN Night Bazaar - Central Hatyai - Pacific Residence



H A R I 2 - A H A D
0 8 D i s e m b e r 2 0 2 4
0 7 J a m a d i l A w a l 1 4 4 6 H

Jam 8.30 pagi kami keluar dari hotel untuk menuju ke Bang Han Restaurant sarapan pagi kat sini, sarapan kat restoran ni dah serupa berada kat Malaysia sebab apabila aku dengar je diorang bersembang semuanya cakap Bahasa Melayu.

Macam-macam pilihan menu kat sini dan paling famous adalah dim sum, restoran ni adalah salah satu pilihan popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia.

Selesai sarapan pagi di sini, kami singgah lagi ke Central Hatyai semata-mata nak beli air laici yang sedap tu. Nasib baik perut aku dah kenyang kalau tak confirm aku akan beli juga TORO Fries tu...haha.


Gambar kiri : buah ni dibuat dari lilin je ya..bukan buah betul...bau pun ikut bau sebenar buah tu....kreatif betul. Sebenarnya tu hanya la sabun badan je.
Gambar kanan : Iman tengah pilih sosej untuk kudapan


Tu la diaaa air laici yang diidamkan tu...tapi memang sedap pun air laici dia, pekat likat melekat...fuhh...ni pun boleh jadi salah satu menu wajib yang akan kami beli kalau datang sini nanti


Lokasi terakhir kami nak pi ialah SeaVerse Cafe and Restaurant gerak dari Central Hatyai ke sana dengan menaiki maxim, jarak dari sini ke restoran tersebut adalah 12.6km (28 minit perjalanan) je.

Cantik tempat ni macam ada taman tema mini., banyak tempat yang boleh selfie cuma cuaca agak panas sekarang, kurang selesa sikit untuk berjalan-jalan di dalam ni tapi teruskan je la.

Terdapat juga restoran dan cafe kat sini kut-kut dah rasa lapar dan dahaga boleh la lepak-lepak dalam ni sambil menyaksikan keindahan taman dan tasek di dalamnya.










Tepat jam 1.00 petang kami keluar dari SeaVerse ambik maxim kami terus ke stesen keretapi, jarak ke stesen hanya lah 10 km je (20 minit perjalanan).

Stesen keretapi dari Hatyai ke Padang Besar dijadualkan pada jam 2.00 petang, hari ni agak ramai yang balik dari Hatyai ke Padang Besar, tapi Alhamdulillah masih ada lagi seat untuk kami bertiga.



Jam 2.00 petang keretapi bergerak dari Hatyai menuju ke Padang Besar, sampai di stesen Padang Besar jam 2.45 petang (3.45 petang waktu Malaysia). Alhamdulillah sempat la naik train jam 4.35 petang.

Tiba di Stesen Keretapi Tasek Gelugor tepat jam 6.08 petang...meneruskan perjalanan balik ke teratak kami.

Maka tamatlah trip 2h1m kami di Hatyai...in shaa ALLAH ada rezeki kami akan bertandang ke Hatyai lagi.


Pacific Residence - Ban Han Restaurant - SeaVerse Cafe and Restaurant - Hatyai Train Station - Padang Besar Train Station - Tasek Gelugor Train Station



~ T A M A T T R I P H A T Y A I v 1. 0 ~