Bismillahirrahmaanirrahim...
TARIKH - 08 – 10 Mac 2014 (06-08 Jamadil Awal 1435) – Sabtu-Isnin
MASA – 8.00
pagi (08 Mac) - 7.30 ptg (10 Mac)
PESERTA - 22
Orang (16 Lelaki dan 6 Perempuan)
JARAK
PENDAKIAN – 49.8 km
TEMPOH
PENDAKIAN – 3 hari 2 malam
TEMPAT –
Gunung Korbu dan Gunung Gayong, Ulu Kinta, Perak
KETINGGIAN GUNUNG - Korbu (2,183m) & Gayong (2,173m) - Kumpulan G7
BEBAN -
18 kg
POSISI -
Penyapu Lidi (Sweeper)
KESUKARAN PENDAKIAN – 8.5/10
KOS KESELURUHAN - RM80 (Carpool + Ration + Permit + Khemah)
LOG
PERJALANAN
07 Mac
2014 / 05 Jamadil Awal 1435H (Jumaat)
11.30
mlm - Bertolak
dari Tempat Letak kereta Hospital Seberang Jaya, Penang. Sebanyak 5 buah kereta
telah digunakan untuk trip kali ini untuk membawa seramai 22 orang peserta ke
lokasi Starting Point.
08 Mac
2014 / 06 Jamadil Awal 1435H (Sabtu)
01.10
pagi - Tiba di
R&R Sungai Perak, menikmati supper.
02.00
pagi - Bergerak
ke Ulu Kinta untuk bermalam di Masjid Jamek Tanjung Rambutan
02.45
pagi - Tiba di
Masjid Jamek Tanjung Rambutan, park keta kat sini dan terus merehatkan diri.
Ada yang tidur dalam masjid dan ada yang tidur dalam kereta (ikut keselesaan
masing-masing).
04.30 pagi - Bangun
untuk sarapan dan tapau makanan untuk lunch masa mendaki nanti. Jauh juga
perjalanan kami mencari kedai pagi-pagi buta ni, xde satu kedai pun buka
kecuali kedai mamak, kami makan kat sini dan ada yang tapau nasi terus dari
kedai ni.
06.15
pagi - Solat
subuh kat Masjid Jamek Ulu Kinta. Selesai solat ada antara kami yang terus
menyalin pakaian dan sebagainya.
07.00
pagi - Membeli
makanan untuk tapau lunch masa trekking nanti. Lepas tu terus ke kawasan Empangan Sultan
Azlan Shah.
08.00
pagi - Tiba di
Empangan Sultan Azlan Shah ; kat sini kami bersiap-siap mengemas barang
keperluan masing-masing. Abang Nuar dan Adi dah sampai awal di sini. Ration
masing-masing diagihkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sebelum ini. Sementara
itu Hanizamal sedang berurusan dengan penjaga empangan tersebut untuk urusan
membuka gate agar kami boleh masuk ke kawasan empangan (surat kebenaran telah
pun diperolehi daripada Jabatan Pengaliran Negeri Perak).
08.50
pagi - Tiba di
tempat letak kereta di dalam kawasan empangan, setelah memandu dari gate selama
lebih kurang 15 minit. Persiapan akhir dilakukan agar tiada barang akan
tertinggal semasa pendakian dilakukan.
08.55
pagi - Sesi
taklimat oleh Hanizamal selaku penunjuk jalan untuk trip ini. Sesi regangan,
bacaan doa dan bergambar sebelum pendakian dimulakan.
Gambar group sebelum memulakan pendakian |
09.15
pagi - Pendakian
bermula ; trek pada mulanya adalah landai dan sedikit menaik. Melalui kawasan
kebun lereng-lereng bukit dan kadang-kadang terpaksa melalui atas akar kayu
yang melilit pada batu (agak merbahaya sekiranya tergelincir kerana lereng yang
tinggi). Sekali sekala terpaksa berhenti rehat kerana kepenatan.
10.30
pagi - Tiba di
Dataran Pacat ; berehat sebentar untuk topup tenaga. Nasib baik sekarang bukan
musim hujan jadi pacat memang xde langsung. Kalau musim hujan ni gerenti
kawasan ni banyak pacat ; perjalanan diteruskan setelah rehat selama 3 minit
dan keadaan trek masih lagi landai tetapi melalui lereng-lereng yang agak
merbahaya, beberapa anak sungai terpaksa diredah. Cuaca di persekitaran agak
panas dan menyebabkan kami cepat dahaga.
11.35
pagi - Tiba di
kawasan air terjun ; ada papan tanda Waterfall yang diletak di sini, kami tak
singgah dan perjalanan diteruskan. Kat sini trek dah mula mencanak-canak,
terpaksa take 3 banyak kali ; biasalah kalau posisi sebagai penyapu ni kena la
banyak bersabar tapi seronok sebab boleh berhenti ambik banyak gambar.
12.10
t/hari - Tiba di
papan tanda Bukit Penat ; memang sesuai sangat la nama bukit ni memang trek
sangat memenatkan sebab terpaksa melalui trek yang turun naik...turun naik
beberapa kali dengan keadaan trek yang mencanak x hengat. Banyak kali rehat
juga sebab terlalu penat dengan bawa beg berat lagi.
12.58
t/hari - Alhamdulillah,
tiba di Kem Seroja ; berhenti rehat dan makan. Kem adalah cukup luas (tanah
rata) dan aku rasa boleh la memuatkan dalam 50-60 orang dalam satu-satu masa. Masa
ni semua geng lain dah sampai tinggal kami geng penyapu ni la. Makan tengahari
lunchpack yang dah kami tapau pagi tadi. Ada sungai di kem ini, lunch kat tepi
sungai di dalam hutan cukup menyelerakan dengan keadaan penat dan lapar.
Kem Seroja |
Rehat jap kat kemsite |
01.45 ptg - Pendakian
di sambung. Trek seperti biasa canak...canak...dan canak...dalam hati ni
terdetik rasa menyesal sebab apalah aku masuk utan ni...dok rumah elok2 kan
lagi bagus (tapi biasa la tu drama kat kepala je). Geng lain pun dah mula
semput-semput, sekali sekala terpaksa berhenti untuk topup tenaga. Ada yang
sampai terbaring di atas trek sebab dah terlalu penat.
03.50 ptg - Alhamdulillah,
tiba di Kem Kijang ; berhenti di sini untuk topup tenaga dan juga solat. Saiz
kem adalah sederhana dan mungkin sedikit sukar untuk memasang ground atau
khemah. Rasanya boleh la memuatkan dalam 20 orang dalam satu-satu masa tapi
mungkin khemah/ground akan ‘berselerak’ sebab bentuk muka buminya yang tidak
sekata, tidak seperti kem seroja. Kat sini pun banyak sangat lebah, mungkin
kerana bau peluh (garam) yang dikeluarkan daripada badan kami yang telah
menarik perhatian, memang x selesa. Bayangkan tengah2 rehat ni, boleh pula dia
hinggap kat badan kita, masa solat lagi la...mau x khusyuk solat dibuatnya.
04.25 ptg - Meneruskan
pendakian ke last station iaitu di Last Water Point (LWP Termin) ; ok, trek nak
ke LWP ni pun mencanak x hengat. Tak habis2 lagi ka sesi penderaan mental dan
fizikal ni, ada yang minta take 5 aku x kasi..take 2 cukup...karang lambat pula
nak sampai ke LWP tu. Masa makin mendekati jam 6 maknanya ada lebih kurang 1
jam setengah lagi malam akan tiba. Aku x mau trekking dalam gelap sebelum
sampai LWP. Langkah terpaksa dilajukan sedikit dan rehat pun terpaksa
dipendekkan setiap kali berhenti, amekaw..kesian pula yang dah terlalu penat
tu. Masing-masing dah mengeluh sebab dah terlalu letih yang amat, trek ni
memang mental habis la. Peluh di badan tak berhenti-henti mencurah macam kena
hujan pun ada..haha. Penat-penat kami pun posing tetap posing.
6.30 ptg - Alhamdulillah,
akhirnya tiba di LWP Termin, keadaan tapak pekhemahan memang sempit. Mana-mana
yang dah sampai awal tadi ada yang mandi di anak sungai kecik kat sebelah
dengan kemsite (kena turun sikit dalam 6-7 meter). Anak sungai pun kecik je
dengan ada mata air sikit, cukuplah untuk membasahkan badan dan bekalan air
untuk memasak dan bekalan esok mendaki. Aku dengan Anip dok dalam satu khemah,
tapak khemah kami agak kecik (pinjam k.yani punya...hehe..dia yang offer sbb
diorang nak tido bawah fly je), cukuplah untuk kami dua orang. Cuaca
dipersekitaran memang sejuk, altitud kemsite ni adalah dalam 1,400m dari aras
laut.
Keadaan kemsite yang bertingkat-tingkat |
8.30 mlm - Baru nak
start main masak2 ; disebabkan tempat pergerakan yang terlalu sempit ia agak
menyukarkan kami untk bergerak.
9.30 mlm - Makan
malam ; lepas makan barulah masing-masing solat jamak di atas trek. Nak solat
dalam khemah memang x boleh sebab keadaan tanah yang tidak rata.
11.00 mlm - Tidur
dan merehatkan diri.
09 Mac
2014 / 07 Jamadil Awal 1435H (Ahad)
06.30
pagi - Solat
Subuh, dan terus bersiap-siap untuk menyediakan sarapan pagi.
08.00
pagi - Sarapan pagi dan
berkemas-kemas.Berposing di sekitar kemsite dan khemah, ambil air kat water
point untuk di bawa naik ke atas. Masing-masing membawa sekurang-kurangnya 3L air
untuk bekalan di puncak dan turun dari puncak nanti keesokkan harinya.
10.15
pagi - Memulakan
pendakian untuk ke puncak Korbu ; mula-mula lagi dah trek mencanak-canak, maka
penderaan mental dan fizikal pun bermula. Kiri dan kanan kami dihidangkan
dengan pelbagai tumbuhan, cuaca kadang-kadang sejuk dek tiupan angin lembut
yang datang dari pelbagai arah.
11.25
pagi - Alhamdulillah,
tiba di Puncak Botak ; pemandangan dari puncak ni memang menakjubkan kerana
dari sini kami dapat melihat puncak Korbu dan Gayong sekaligus. Puncak Korbu
kelihatan dekat tetapi trek yang bakal kami lalui adalah lebih mencabar
kekuatan fizikal kami nanti. Agak panas apabila berada lama di atas puncak ni.
Rehat kejap untuk topup tenaga, rehat lama sikit dalam 5 minit sebab masing-masing
pun dah x larat.
Puncak Botak |
Pemandangan Puncak Korbu (Kiri) dan Puncak Gayong (Kanan) |
11.30
pagi - Sambung
pendakian ; trek yang lebih mencabar dilalui kat sini, tenaga masing-masing
sudah semakin berkurangan. Air pula x boleh nak minum banyak sangat sebab untuk
digunakan di atas puncak dan turun esok.
11.44
pagi - Tiba di
tangga besi yang pertama ; trek kat sini memang cantik dan sedikit mistik
tetapi memenatkan. Lepas je tangga ni, trek semakin
mencanak-canak...wowww...penat x habis lagi dah kena memanjat lagi.
12.31
t/hari - Tiba di
tangga besi yang kedua ; trek yang merbahaya sebab dekat dengan lereng gunung
yang curam. Kat sini memang kena lebih berhati-hati dan trek yang seterusnya
selepas tangga juga sangat curam. Kami terpaksa menggunakan kaki dan tangan
untuk memanjat lereng, dengan keadaan beg yang berat lagi ia sedikit sebanyak
menyukarkan pendakian kami. Sekali sekala apabila aku pandang ke bawah lereng,
memang menakutkan, kalau jatuh ke gaung tu memang agak mustahil untuk kita
selamat. Namun, apabil memandang ke langit dan nun di kejauhan pula
pemandangannya cukup indah dan mendamaikan. Trek terus mencanak dan mencanak,
aku rasa trek ni sesuai untuk dinamakan Trek Tiada Maaf Bagimu sebab memang
betul2 menguji ketahan fizikal dan mental kita.
01.09 ptg - Alhamdulillah,
tiba di Puncak Chuban ; pemandangan cukup indah dengan langit yang membiru dan
lanskap pergunungan yang berlapis-lapis. Kelihatan seperti karya agung yang
telah dilukis oleh sang pencipta sekalian alam. Kat sini kami berehat agak lama
sebab tenaga masing-masing sudah terlalu banyak digunakan sepanjang trek. Makan
dan minum sebentar di sini untuk kasi up sikit tenaga dalam badan. Seperti
biasa posing tetap posing, rugi kalau x ambik gambar kat atas puncak ni.
01.31ptg - Pendakian
disambung lagi...walaupun terasa nak rehat terus je kat sini tapi perjalanan
mesti diteruskan ; trek seterusnya tetap mencanak dan berbatu...naik dan
naik...dan naik.
02.35 ptg - Alhamdulillah,
tiba di Puncak Gunung Korbu, cuaca cukup cantik dan menakjubkan. Suhu
persekitaran juga cukup selesa (tak pasti la berapa darjah). Kelihatan geng2
yang lain yang sampai awal ada yang sedang berehat sambil berbual2 dengan
rakan-rakan yang lain. Ada yang tengah masak makan tengahari, dan seumpamanya.
Tapak perkhemahan di puncak Korbu agak besar, rasanya boleh memuatkan lebih
kurang 50-60 orang dalam satu-satu masa. Makan dan solat dulu lepas tu kami
akan sambung pendakian (secara free body) untuk ke puncak Gunung Gayong pula.
04.40 ptg - Sambung
pendakian menuju puncak Gunung Gayong ; trek yang dilalui adalah menurun dan
menaik. Pemandangan yang dihidangkan di kiri dan kanan trek adalah sangat
cantik dan menakjubkan kerana kami dapat melihat banjaran Titiwangsa hampir
sepanjang trek (melalui trek permatang). Hutan lumut yang berada sepanjang trek
juga cukup cantik namun, memandangkan dah lama tak hujan, lumut-lumut tak
begitu hijau dan ada yang dah kuning. Tapi pemandangan hutan lumut tetap cantik
(kalau musim hujan lumut-lumut ni mesti lagi cantik).
07.13 ptg - Tiba di
Simpang Proton, kelihatan matahari sudah mula terbenam, sikit lagi nak sampai
puncak Gayong dah ni.
07.20 ptg - Alhamdulillah,
tiba di Puncak Gayong, sampai je kat sini masing2 dah mula sibuk ambik gambar,
aku dengan baju melayu merahku. Kami tak lepak lama kat sini sebab kat sini tak
boleh nak tengok sunset
07.28 ptg - Lepak di
puncak view (tak pasti nama kawasan ni) ;
kat sini memang boleh tengok sunset dengan jelas. Alhamdulillah, cantik
sungguh pemandangan petang ni, walaupun sedikit berjerebu tapi pemandangan
tetap menakjubkan.
10.23 mlm - Tiba di
Puncak Korbu ; persediaan makan malam dan solat. Suhu persekitaran semakin
sejuk, langit sungguh cerah sehingga dapat melihat bintang-bintang dan bulan di
langit..Subhanallah.
12.20 mlm - Tidur
dan merehatkan diri.
09 Mac
2014 / 07 Jamadil Awal 1435H (Ahad)
06.30
pagi - Solat
Subuh, suhu di dalam khemah agak sejuk apatah lagi di luar khemah. Dah la aku
tak boleh tidur langsung sebab terlalu sejuk. Yang peliknya dalam khemah pun
boleh sejuk, tak pastilah camna boleh masuk dalam khemah. Selesai solat, sarapan
tak disiapkan lagi sebab nak layan sunrise pula.
7.00 pagi - Masing-masing
dah mula menapak di kawasan untuk melihat sunrise, kawasan agak terhad dan
kebetulan pula terdapat sarang semut kat kawasan ni.
7.16 pagi - Cahaya
matahari mula muncul, subhanallah memang cantik dan menakjubkan, kelihatan
pemandangan banjaran Titiwangsa nun jauh di sana. Menakjubkan apabila banjaran
tersebut di pancari dengan cahaya matahari pagi. Gambar pemandangan diambil
dari pelbagai sudut, selfie sana sini. Kadang-kadang kena gigit semut pun ada,
tapi tak kiralah sebab nak dapat gambar yang cantik punya pasal. Kena hati-hati
juga kat sini sebab kalau silap langkah boleh jatuh gaung dibuatnya.
8.00 pagi - Sarapan
pagi dan sesi mengambil gambar dan video di sekitar puncak Korbu.
07.08 ptg - Alhamdulillah tiba di Starting Point. Semua geng lain yang telah sampai awal ada yang mandi dan ada yang sudah siap menyalin pakaian. Trip XG7-KorGa DENGAN RASMINYA TAMAT DI SINI.
JohnS
30 Muharram 1436H (Ahad)
Salam. nak contoh surah kebenaran dr JPS untuk masuk kawasan empangan boleh?
ReplyDeleteemail ke khairunnasm@gmail.com
TQ :)
TEBING TINGGI BACAKPACKER(fb)TTB OUT DOOR
ReplyDeleteMOUNT GUIDE SERVICES LICENCED(TG 9024)
WILL ARRANGE:
-forestry permit
-police report
-nature guider licenced
-emergency kit(basic)
-walkie talkie
-4x4 to trail head
ANDY
017-9997790
call/whataps/sms
sy baru nak pergi sana mggu depan..terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama la
Delete