Bismillahirrahmaanirrahim...
TARIKH - 15 - 17 Januari 2014 / 13 - 15 Rabi'ul Awwal 1435H (Rabu - Jumaat)
MASA - 8.30 pagi (15 Jan) - 5.00 ptg (17 Jan)
PESERTA - 16 Orang (11 Lelaki dan 5 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 17 km (Mesilau - Laban Rata - Low's Peak - Timpohon)
TEMPOH PENDAKIAN - 17 jam
TEMPAT - Gunung Kinabalu, Sabah
KETINGGIAN GUNUNG - 4,095.2M
KETINGGIAN GUNUNG - 4,095.2M
BEBAN - 7 kg
POSISI - Penyapu Lidi (Mesilau ke Laban Rata dan Laban Rata ke Timpohon), Shooter (Laban Rata ke Low's Peak sahaja)
KOS KESELURUHAN - RM 1,300 (5 Hari dan 4 Malam) - Pakej Kinabalu + Kapal Terbang + Penginapan + Pengangkutan dan Makanan di KK
LOG PERJALANAN
LOG PERJALANAN
15 Januari 2014 / 13 Rabi'ul Awwal 1435H (Rabu)
08.30 pagi - Berkumpul di Airport Penang
10.05 pagi - Flight Air Asia bertolak ke KKIA 2 (Kota Kinabalu International Airport Terminal 2)
12.40 T/hari - Tiba di KKIA (15 minit lebih awal drpd jangkaan)
01.30 ptg - Menaiki bas ke Kinabalu Park yang disediakan oleh Sutera Sanctuary Lodges (SSL), bas ni sebenarnya boleh memuatkan 40 orang, tapi hanya group kami je yang ada dalam bas ni.
03.00 ptg - Makan tengahari di Restoran Mango Garden (on the way ke Kundasang), kebetulan restoran ni bersebelahan dengan Rumah Terbalik. Makan kat sini agak mahal la juga tapi sebab dah terlalu lapar, kami belasah je makan. Macam-macam yang di order oleh kami, ada yang nak try makanan orang Sabah seperti Tuhau dan Bambangan (tmpt aku panggil membangan). Tapi ramai yang tak boleh makan, so aku la yang bagi licin pinggan tu..:)
04.25 ptg - Bergerak ke Kundasang (Kinabalu Park)
05.40 ptg - Tiba di Kinabalu Park, Solat, daftar peserta dan daftar untuk penginapan di Mesilau. Kat sini cuaca dah terlalu sejuk dan mencatat suhu 14 darjah celcius (wow...suhu ni pun kalah aircond kat opis). Masing-masing dah mula mengenakan jaket untuk tahan sejuk. Macam biasa, kami ambik gambar kat sini...posing sana sini untuk kenang-kenangan.
06.10 ptg - Bergerak ke Mesilau, kali ni kami menaiki van je (Nissan Urvan) yang boleh memuatkan 13 orang, so dua buah van digunakan untuk menghantar kami ke Mesilau. Power juga van ni sebab jalan berbukit bukau pun boleh lepas.
06.23 ptg - Tiba di Pekan Kundasang ; kami singgah kejap untuk beli barang-barang keperluan pendakian esok. Air 100plus, air kosong, kasut getah, barang2 makanan dan sebagainya.
07.10 mlm - Tiba di Pejabat Sutera Sanctuary Lodges ; sekali lagi kami mendaftar untuk penginapan di sini. Nampak gayanya tiada group lain yang akan melalui trek Mesilau sebab kami je yang ada kat situ.
Papan tanda keseluruhan Kinabalu Park Complex |
07.20 mlm - Kunci penginapan diterima daripada SSL ; sepatutnya kami hanya duduk dalam hostel (macam dormitory) tapi atas budibicara pengurus SSL, beliau dengan baik hatinya telah menempatkan kami di dalam chalet (best gile sebab chalet tu sangat selesa). Tiga chalet telah disediakan masing-masing untuk lelaki (5 orang dan 6 orang) serta perempuan (5 orang).
07.30 mlm - Masuk ke chalet masing-masing, ada yang sempat mengerjakan solat dan mandi terlebih dahulu sebelum makan malam.
08.15 mlm - Makan malam di Restoran Reanthera yang disediakan oleh SSL ; terpaksa menapak sejauh lebih kurang 400m dari chalet kami. Cuaca di sini lagi sejuk dari Kinabalu Park, tak pastilah berapa suhu masa ni. Makan malam yang disediakan memang best, pelayan pun sporting dan baik-baik belaka. Sambil2 tu ambik gambar jap.
09.00 mlm - Sesi taklimat ringkas oleh Pengarah Projek (Sarizal) ; berkenaan dengan perjalanan pendakian esok.
09.15 mlm - Balik ke chalet masing-masing ; dalam perjalanan ke chalet tu sempat lagi ambik gambar di persekitaran (dengan keadaan suhu yang sejuk).
11.00 mlm - Solat...rehat dan tidur.
05.30 pagi - Solat Subuh, mandi dan terus bersiap-siap apa yang patut. Subuh memang awal la kat sini, beza Penang dengan KK adalah lebih sejam sikit.
07.10 pagi - Bergerak ke Restoran Reanthera untuk sarapan pagi.
07.30 pagi - Sarapan pagi ; macam dinner kami malam tadi, sarapannya memang best dan pelayan pun baik-baik belaka. Selesai sarapan, masing-masing mengambil bekalan yang telah dibungkus oleh pihak SSL untuk di bawa sepanjang pendakian.
Sarapan pagi |
Keindahan aliran anak sungai berdekatan Restoran Reanthera |
08.00 pagi - Mendaftar sekali lagi di Pejabat SSL; beg yang tak di bawa ke Laban Rata akan ditinggalkan di sini dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap beg.
08.40 pagi - Berkumpul di perkarangan pintu masuk Mesilau Trail untuk persiapan terakhir sebelum pendakian sebenar bermula, sesi bergambar di teruskan di sini. Kelihatan guider-guider kami pun dah bersedia ; ada 3 orang guider kesemuanya. Peraturan Kinabalu Park, seorang guider untuk Kinabalu hanya boleh membawa 6 orang pendaki sahaja.
09.00 pagi - Taklimat daripada Guider (Izman Shah – Ketua Guider) ; Guider-guider yang lain ialah Razak dan Albert. Selesai taklimat ringkas oleh Izman bacaan doa oleh Abang Fikri pula (semoga pendakian kami akan berjalan lancar).
Sebelum memulakan pendakian |
09.15 pagi - Pendakian bermula ; berdebar juga mulanya sebab takut kena AMS (Altitude Mountain Sickness) sebab dulu masa pendakian pada April 2012 dulu aku dah kena sekali. Harapnya kali ni aku tak kena la AMS ni. Haaa...awal-awal lagi trek dah mencanak dan kena melalui tangga kayu dan kadang-kadang tangga daripada tanah yang terbentuk seperti tangga. Suhu persekitaran sejuk dan mendamaikan, ambik gambar tak henti-henti.
09.34 pagi - Tiba di Check Point KM 0.5 ; naik tangga...tanggaaa.
10.00 pagi - Tiba di Check Point KM 1.0 ; tangga lagi...dan ada la sikit2 trek tanah.
10.03 pagi - Tiba di Pondok Schima ; berehat sebentar dalam 5 minit topup apa yang patut ambik gambar.
10.30 pagi - Tiba di Check Point KM 1.5 ; turun sikit lepas tu naik balik trek tanah tanah dan tangga sikit, naik dan naik.
10.37 pagi - Tiba di Pondok Bambu ; rehat untuk 5 minit, topup energy kasi up sikit, ambik gambar laaa.
10.54 pagi - Tiba di Check Point KM 2.0 ; trek tangga lagi tapi menurun pula, lutut kena jaga betul kat sini
11.10 pagi - Tiba di Check Point KM 2.5 ; trek menurun lagi, banyak trek tanah pula
11.15 pagi - Tiba di Air Terjun yang pertama (aku tak pasti nama air terjun ni, sebab takde papan tanda pun) ; kat sini lama juga kami stop (masa ni ada aku, Kak Ita dengan Izo je). Aku apa lagi, ambik gambar la..pasang tripod ambik gambar air terjun (test slow shutter jap)...selfie pun ada guna GoPro Izo. Lebih kurang dalam 15 minit...kami teruskan pendakian.
11.29 pagi - Pondok Nepenthes ; rehat jap 3 minit, then meneruskan pendakian menurun.
11.35 pagi - Tiba di Check Point KM 3.0
11.36 pagi - Tiba di Air Terjun yang kedua (pun tak pasti namanya) ; mini air terjun je la..tapi tetap cantik. Stop jap ambik gambar, selfie menggunakan GoPro Izo. Kat sini akan melalui Jambatan Gantung (Kipuyut), takde la panjang mungkin kurang 10 meter jaraknya. Pendakian mula menaik dan naik dan naik, melalui trek tangga dan sedikit tanah.
12.25 t/hari - Tiba di Pondok Tikalod ; rehat jap.
12.44 t/hari - Tiba di Check Point KM 4.0 ; bermula dari check point ini takde papan tanda KM (Kilometer) lagi yang diletak. Mungkin dah hilang atau memang tak di letak, aku pun tak pasti.
01.50 ptg - Tiba di Pondok Lompoyou ; pokok-pokok bonzai membanjiri kawasan sekitar, dan macam-macam lagi spesis pokok yang aku pun tak tau tapi yang pastinya memang cantik-cantik semuanya. Pendakian kami diteruskan dengan perasaan yang cukup kagum dengan keindahan alam ciptaanNYA
01.56 ptg - Tiba di Puncak Botak (sebab puncak ni kawasannya takde tumbuhan langsung), terdapat sedikit kabus di persekitaran. Mendongak ke langit, Alhamdulillah tiada tanda-tanda akan hujan turun. Dari Puncak Botak pendakian kami dihidangkan dengan pokok-pokok bonzai yang cantik dan berwarna warni. Trek yang dilalui kebanyakkannya naik dan melalui tangga kayu yang cantik dan dijaga rapi, agak memenatkan tetapi menyeronokkan.
02.53 ptg - Tiba di Pondok Magnolia ; berehat 5 minit di sini sambil menikmati udara sejuk di persekitaran. Dari sini pencawang elektrik yang berada di Pondok Layang-Layang sudah kelihatan. Nampaknya simpang T (Antara ke Timpohon ke Laban Rata) sudah dekat. Meneruskan pendakian sedikit menurun dengan melalui trek tanah dan tangga. Di kiri dan kanan trek terdapat pelbagai spesis tumbuhan yang cantik, periuk kera juga bersaiz besar dan berwarna-warni, ada yang sebesar saiz penumbuk aku, pertama kali aku tengok besar ni.
03.18 ptg - Haaaa...akhirnya tiba juga di simpang yang menyambung trek dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Ketinggian pada masa ni adalah dalam 2,700 m. Alhamdulillah aku masih lagi selesa mendaki, tiada simptom AMS menyerang pada masa ni. Stop jap kat sini, aku ada ternampak strawberi warna merah, Izman kata boleh makan, tapi rasa masam, ambik gambar je la.
Papan tanda ni terletak di Simpang trek Timpohon dan Mesilau |
Trek tanah liat yang cantik |
03.49 ptg - Tiba di Check Point KM 4.5 (2,898 m) ; trek pendakian adalah melalui tangga daripada tanah merah, kelihatan pejal dan cantik walaupun daripada tanah. Kiri dan kanan dipenuhi dengan pokok bonzai yang menarik daripada pelbagai saiz dan rupa bentuk. Cuaca pula semakin sejuk dan mendamaikan, langit masih cerah walaupun kadang-kadang sedikti berkabus.
04.11 ptg - Tiba di Pondok Villosa ; stop dalam 3 minit kat sini dan pendakian menaiki tangga diteruskan dengan selesanya, tapi kat sini kepala aku dah mula mengalami sedikit pening. Aku dah mula risau sebab tak mau perkara yang sama (AMS) menyerang macam pendakian 2012 dulu. Aku kawal lagi pernafasan dan langkah supaya tak laju dan tak terlalu perlahan. Pendakian diteruskan.
04.17 ptg - Tiba di Check Point KM 5.0 (3,001 m) ; ok, kat sini kepala aku bertambah pening, tapi masih dalam kawalan aku. Lagi la risau, memang sah la aku dah mula kena simptom AMS, adoi la. Aku dah mula fikir macam2, kalau pening aku berterusan sampai esok pagi gerenti aku akan sampai lambat kat puncak (dan tak dapat tengok sunrise). Trek kat sini bertambah cantik dan berlatarbelakangkan puncak Donkey's Ear, Punck Tuanku Abdul Rahman (Laluan ke Low’s Peak je). Kiri dan kanan trek ditumbuhi dengan pokok bonzai lagi daripada pelbagai ketinggian dan saiz.
04.36 ptg - Tiba di Pondok Paka ; rehat jap sebab nak bagi reda sikit pening kepala ni. Langkahku semakin perlahan dan perlahan bukan sebab takde tenaga tapi disebabkan kepala pening. Kat sini melalui trek berbatu, batu-batunya cantik dan sejuk.
04.49 ptg - Tiba di Check Point KM 5.5 (3,137 m) ; Kelihatan gumpalan-gumpalan awan sudah berada ‘di bawah’ kedudukan kami. Seperti kapas jika dilihat dengan mata kasar dan memberikan pemandangan yang sangat menakjubkan. Dari kedudukan ni aku dah dapat lihat puncak Donkey’s Ear dan Puncak Abdul Rahman dengan lebih dekat, cantik puncaknya.
05.19 ptg - Tiba di Waras Hut ; tempat penginapan pertama yang aku jumpa sebelum sampai ke Laban Rata. Dekat dah nak ke Laban Rata ni.
05.27 ptg - TIBA DI LABAN RATA, ALHAMDULILLAH. Kelihatan sudah ada beberapa orang daripada teman-teman kami yang berehat dan mengambil gambar di sekitar kawasan lapang sebelum Laban Rata Resthouse (Kawasan Helipad). Seperti biasa, aku ambik gambar, posing sana sini.
Laban Rata Resthouse |
Berada di kawasan Helipad (Laban Rata) |
06.00 ptg - Naik ke Laban Rata Resthouse untuk mengerjakan solat sebelum makan malam di restoran tersebut. Solat Jamak Takhir (Zohor dan Asar). Kami telah ditempatkan di dalam bilik No 10 (Untuk perempuan) dan No. 11 (untuk lelaki) di Laban Rata Resthouse, nasib baik tak ditempatkan di Gunting Lagadan sebab asramanya berada jauh di atas sedikit iaitu kira-kira 5-10 minit mendaki.
06.15 ptg - Makan Malam ; menu memang best, macam-macam kami boleh makan tapi yang paling sedap adalah kambing bakarnya. Nasib baik makanan telah disediakan dan dah termasuk di dalam pakej kalau tak memang kena beli sendiri la kat restoran ni. Harga kat sini memang boleh tahan mahalnya. Bayangkan untuk setin 100plus (325ml) dijual pada harga RM 10.50, kalau kat bawah kedai biasa baru je jual tak sampai RM 2. Tapi berbaloi la dengan tenaga yang telah digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan ni ke Laban Rata sebab hanya menggunakan khidmat Porter (menggunakan tenaga manusia).
8.00 mlm - Balik ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri dan berkemas-kemas apa yang patut untuk pendakian ke puncak esok pagi.
08.30 mlm - Solat Jamak Takhir (Maghrib dan Isya’)
08.30 mlm - Solat Jamak Takhir (Maghrib dan Isya’)
9.00 mlm - Lampu semua ditutup dan masing-masing mula berehat ; sebelum masuk tidur aku makan 2 biji ubat panadol (minta dari Kak Lida) dan mengharapkan pening kepala aku akan hilang esoknya, insha ALLAH.
17 Januari 2014 / 15 Rabi'ul Awwal 1435H (Jumaat)
12.30 pagi - Masing-masing bangun dari tidur, kalau diikutkan memang rehat tak cukup sebab tidur pun dekat jam 10 baru mula terlelap lepas tu nak bangunan 12.30 tengahmalam pula. Walaupun tempoh rehatku tak cukup alhamdulillah pening yang aku rasa semalam dah hilang secara total, aku tak rasa pening, loya dan sebagainya. Moga-moga apabila start je hiking nanti pening ni tak datang balik. Masa ni masing-masing dah bersiap-siap apa yang patut untuk persediaan pendakian kejap lagi.
01.50 pagi - Turun ke kanten di bawah, tapi sarapan tak siap lagi sebab sarapan mula jam 2.00 pagi.
Persiapan untuk sarapan |
Sarapan dulu sebelum mendaki |
02.00 pagi - Bersarapan pagi (supper) untuk mengalas perut, sarapan pagi yang menyelerakan. Sempat juga la aku tapau coco crunch kut2 lapar di tengah2 pendakian nanti boleh la makan sikit. Air kosong aku isi dalam botol (1 L sahaja pun dah cukup sebab cuaca memang sejuk). Suhu termometer di luar bangunan menunjukkan 7 darjah celcius. Selesai sarapan kami semua berkumpul di veranda Laban Rata Resthouse untuk mendengar taklimat ringkas daripada Izman Shah. Cuaca di luar bertambah sejuk dengan kehadiran angin kuat.
02.40 pagi - Taklimat ringkas daripada Izman Shah (Ketua Guider)
Izman Shah sedang memberi briefing |
02.45 pagi - Pendakian bermula dengan menaiki tangga...tangga....dan tangga yang curam di dalam keadaan cuaca sejuk.
02.50 pagi - Tiba di Check Point KM 6.0 (3,290 m) ; Alhamdulillah langkah demi langkah diatur kemas, pernafasan dijaga supaya oksigen yang diperlukan oleh otak cukup. Trek tangga semakin tinggi dan curam, tetapi tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan pendakian.
03.30 pagi - Tiba di laluan yang menggunakan tali untuk mendaki ; laluan ini memang curam dan merbahaya. Adalah lebih baik berpaut pada tali untuk mendaki. Rehat jap dalam 8 minit kat sini, ambik gambar dulu. Kesejukan melampau mula terasa walaupun dah pakai baju tiga lapis nampaknya masih belum dapat mengurangkan kesejukan. Angin bertiup dengan kencang dan menambahkan lagi kesejukan, pendakian tetap diteruskan dengan langkah demi langkah. Melalui trek batu dan kadang-kadang terpaksa berpaut dengan tali disebabkan tolakan angin yang kuat.
04.04 pagi - Tiba di Sayat-sayat Check Point ; mendaftar nama di pondok ni sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
Mendaftar sebelum meneruskan pendakian |
05.23 pagi - ALHAMDULILLAH...TIBA DI LOW’S PEAK (4,095.2m) dengan selesa dan yang paling penting aku berjaya sampai ke puncak sebelum jam 5.30 pagi. Jika dibandingkan pendakian 30 April 2012 aku tiba di puncak pada jam 6.30 pagi (masa tu hari dah memang cerah sangat). Ambik gambar jap minta tolong kat pendaki2 matsalleh ni. Nasib baik diorang pun sporting so dapatlah bergambar dengan papan tanda puncak ni. Dan seorang demi seorang ahli Penjejak Gunung tiba di puncak dengan wajah yang penuh kepuasan, tahniah semua.
05.45 pagi - Cahaya matahari terbit mula kelihatan perlahan-lahan di ufuk Timur, Ya ALLAH betapa indah dan uniknya ciptaanMU.
06.15 pagi - Matahari mula menampakkan dirinya setelah semalaman ‘bersembunyi’ di balik sang rembulan.
06.30 pagi - Turun daripada puncak dan lepak di kaki puncak Low’s Peak, lebih kurang dalam 5 minit penurunan. Pada masa ni suhu di persekitaran adalah 1 darjah celcius (merujuk kepada jangka suhu yang dibawa oleh Acai). Perkara yang paling kami excited adalah melihat fenomena air beku di atas puncak. Air yang bertakung di dalam kolam semuanya membeku dan bertukar menjadi ketulan ais sehingga ketebalan dalam 1-1.5 inci. Tak sangka kami berpeluang menyaksikan fenomena ini. Menurut Izman Shah, fenomena air beku memang pernah dan biasa berlaku tetapi dalam kadar yang jarang-jarang terjadi.
07.20 pagi - Sesi bergambar berlatar belakangkan South Peak (Puncak duit RM1) ; kat sini juga aku dan rakan-rakan PG yang lain mengambil gambar dengan mengenakan baju melayu. Masa nak tukar baju tu memang sejuk la, tapi disebabkan tak nak melepaskan peluang berbaju melayu di puncak Kinabalu semua tu kami tak ambil kisah, boleh la dijadikan kenangan nanti.
Ketulan ais di puncak |
Air yang membeku di puncak |
Berlatarbelakangkan South Peak (puncak duit seringgit) |
07.45 pagi - Rakan PG yang terakhir dapat menawan Low’s Peak, tahniah kepada Kak Ita, semangat yang tinggi dan kental.
07.48 pagi - Aku dan rakan-rakan PG yang lain mula menuruni puncak South Peak dan ada yang sudah menuruni puncak menuju ke Laban Rata. Sepanjang trek menurun pemandangannya sangat menakjubkan dan kami dapat melihat Pekan Kundasang, Desa Cattle dan beberapa daerah yang aku pun tak pasti namanya.
08.19 pagi - Tiba di Check Point Sayat-Sayat ; dari trek ni aku dapat menyaksikan beberapa tempat di kiri dan kanan wujudnya air mengalir yang telah membeku disebabkan suhu yang sejuk tersebut, cantik pemandangannya.
Air mengalir yang membeku |
Titisan air yang membeku |
08.24 pagi - Tiba di Check Point KM 7.0 (3,653 m)
08.28 pagi - Tiba di Laluan paling curam ; terpaksa menggunakan tali untuk turun dan seterusnya melalui trek tangga kayu.
08.52 pagi - Tiba di Check Point KM 6.5 (3,426 m)
09.13 pagi - Tiba di Check Point KM 6.0 (3,290 m) ;
09.20 pagi - Tiba di Laban Rata Resthouse, berkemas-kemas untuk check out pada jam 10.30 pagi
09.45 pagi - Makan Pagi (Laban Rata Resthouse)
10.30 pagi - Check Out daripada hostel
11.15 pagi - Pendakian turun bermula, kali ni memang aku akan menuruni trek dengan perlahan sebab nak ambik gambar, terserempak dengan porter dan pendaki-pendaki Kinabalu dari pelbagai negara sepanjang pendakian menurun.
12.18 t/hari - Pondok Paka ; rehat jap makan tengahari
12.49 t/hari - Tiba di Check Point KM 5.0 (3,001 m) ; trek tanah dan tangga
01.31 ptg - Tiba di Check Point KM 4.0 (2,745 m) ; trek tanah ; Terdapat seramai 29 porter yang telah aku temuinya. Dan daripada 29 tersebut seramai 5 orang daripadanya adalah wanita. Langkah Porter ini sungguh gagah dan perkasa, rata-rata membawa beban seberat 20-40kg seorang untuk dihantar ke Laban Rata. Pelbagai barang keperluan yang di bawa seperti beras, bihun, gas memasak, minuman dalam tin, gula dan sebagainya ; jadinya memang wajar la harga makanan di Laban Rata mahal. Sempat juga berbual-bual dengan mereka yang rata-rata mengatakan ini adalah mata pencarian utama meraka. Memang setiap hari diorang akan turun dan naik untuk mengangkut bekalan barang keperluan di Laban Rata (sekali setiap hari). Ada juga antara mereka yang bekerja 7 hari seminggu dan 6 hari seminggu. Porter yang paling tua aku jumpa adalah berumur 74 tahun (katanya sudah 20 tahun lebih menjadi Porter Kinabalu dan kelihatan masih lagi kuat).
Porter-porter Kinabalu |
Porter-porter Kinabalu |
01.35 ptg - Tiba di Pondok Layang-Layang ; trek tangga dan tanah.
01.52 ptg - Tiba di Check Point KM 3.5 (2,634 m) ; trek tanah
02.07 ptg - Tiba di Pondok Mempening ; trek tangga dan tanah
02.23 ptg - Tiba di Check Point KM 3.0 (2,455 m) ; trek tanah dan tangga
02.42 ptg - Tiba di Check Point KM 2.5 (2,350 m) ; trek tanah dan tangga
02.52 ptg - Tiba di Pondok Low II ; trek tangga dan tanah
02.58 ptg - Tiba di Check Point KM 2.0 (2,252 m) ; trek tangga dan tanah
03.06 ptg - Tiba di Check Point KM 1.5 (2,164 m) ; trek tangga dan tanah
03.10 ptg - Tiba di Pondok Ubah ; trek tangga dan tanah
03.18 ptg - Tiba di Check Point KM 1.0 (2,039 m) ; trek tanah dan tangga
03.18 ptg - Pondok Kandis ; trek tangga dan tanah
03.25 ptg - Tiba di Check Point KM 0.5 (1,935 m)
03.30 ptg - Tiba di Carson Fall, berhenti kat sini dalam 8 minit untuk ambik gambar, test slow shutter jap. Cantik pula air terjun ni tapi kecik je kawasannya. Lepas tu meneruskan pendakian terakhir ke pintu masuk Timpohon, dekat dah ni sebenarnya.
04.45 ptg - Kak Ita tiba di Timpohon Gate bersama Izman Shah, Alhamdulillah.
05.00 ptg - Bertolak ke Pejabat Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran keluar dan mendapatkan sijil.
06.00 ptg - Pendakian Gunung Kinabalu Tamat Dengan Rasminya
JohnS
29 Muharram 1436H (Sabtu)
29 Muharram 1436H (Sabtu)
No comments:
Post a Comment