Thursday, 27 November 2014

Gertak Sanggul (Siri 2) - Fotolog


Bismillahirrahmaanirrahim



TARIKH - 22hb November 2014 (29 Muharram 1436H)
MASA - 09.15 pagi - 01.35 ptg 
JARAK PERJALANAN- 10.67 km (pergi dan balik)
TEMPOH PENDAKIAN - 2 Jam 37 minit (1 way)
TEMPAT - Gertak Sanggul, Pulau Betong, Balik Pulau (Simpang Empat)
KESUKARAN  -  2/10
MODE - SANTAI

Sambungan daripada siri 1 yang kami buat minggu lepas, sepatutnya rancangan asal adalah untuk hiking / trekking di kawasan trek Gertak Sanggul dan akan berpatah balik untuk naik Bukit Pulau Betong pula.

Tapi terdapat sedikit kesukaran sebab trek yang kami lalu tu ada dua kebun pemilik individu yang dijaga oleh beberapa ekor anjing. Nasib kami baik juga lah sebab kebetulan masa kami nak hiking tu tuan punya kebun ada sekali (itupun setelah lebih kurang 5-10 minit juga kami tunggu samada nak teruskan atau tak). Garang gila anjing-anjing tu (ya la sebab tak pernah tengok kami kan).

Jadinya kami ambik keputusan untuk trekking je 1 way lepas tu akan berjalan kaki sampai ke stesen bas rapid Penang di Simpang Empat (jauh pun jauh la yang penting tak mau dah bertembung dengan anjing-anjing garang tu).


Keseluruhan trek yang kami lalui

















































Insha ALLAH, mungkin lepas ni kami akan ke Bukit Pulau Betong pula.


JohnS
04 Safar 1436H (Khamis)






Gertak Sanggul (Siri 1) - Fotolog


Bismillahirrahmaanirrahim


TARIKH - 15hb November 2014 (22 Muharram 1436H)
MASA - 9.00 pagi - 11.15 pagi 
JARAK PERJALANAN- 3 km (pergi dan balik)
TEMPOH PENDAKIAN - 1 Jam (pergi dan balik)
TEMPAT - Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang
KESUKARAN  -  1.5/10
MODE - SANTAI

Trip kali ni hanyalah sekadar untuk bersantai-santai sambil mencari trek baru yang boleh dijadikan untuk kami training nanti. Kami lepak kat tepi pantai yang berbatu je mengadap Selat Melaka. Cantik pemandangannya, kalau siapa-siapa yang nak memancing kat sini pun sesuai juga tapi aku tak pastilah 'populasi' ikan kat sini.























Insha ALLAH, kami akan datang lagi ke kawasan ni untuk Siri 2 mungkin akan tembus hingga ke Balik Pulau.


JohnS
04 Safar 1436H (Khamis)