Bismillahirrahmaanirrahim...
GUNUNG BALING
TARIKH - 16 Disember / 02 Zulhijjah 1436H (Sabtu) - DAYPACK
GUNUNG BALING
TARIKH - 16 Disember / 02 Zulhijjah 1436H (Sabtu) - DAYPACK
MASA : 3.50 pagi - 9.30 pagi
PESERTA - 23 Orang (22 Lelaki dan Seorang Perempuan)
PESERTA - 23 Orang (22 Lelaki dan Seorang Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 5.20 km
TEMPOH PENDAKIAN - Naik = 2 jam ; Turun = 1 Jam 20 minit
KETINGGIAN GUNUNG - 520 m
TAHAP KESUKARAN - 4 /10
TAHAP KESUKARAN - 4 /10
BEBAN - 10 kg (Training Mode)
GUNUNG PULAI
MASA : 12.30 tengahari - 6.30 ptg
PESERTA - 13 Orang (12 Lelaki dan Seorang Perempuan)
PESERTA - 13 Orang (12 Lelaki dan Seorang Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 4.00 km
TEMPOH PENDAKIAN - Naik = 3 jam ; Turun = 1 Jam 30 minit
KETINGGIAN GUNUNG - 616 m
TAHAP KESUKARAN - 5 /10
TAHAP KESUKARAN - 5 /10
BEBAN - 6 kg (Happy Go Lucky Mode)
KOS KESELURUHAN : Free of Charge
LOG PERJALANAN
12.45 t/malam - Bertolak dari Masjid Seberang Jaya menuju ke Baling, ada tiga buah kereta yang gerak dari sini.
01.55 pagi - Tiba di Pekan Baling, singgah kejap kedai makan untuk isi perut (lagipun kami ada masa lebih kurang 50 minit lagi untuk berkumpul di Masjid Ridwaniah, Baling (5 minit je dari gerai ni).
02.15 pagi - Tiba di perkarangan Masjid Ridwaniah, park kereta kat sini sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba. Kelihatan ada beberapa orang dah tiba di sini. Sempat la kami merehatkan badan dulu sebelum memulakan pendakian kejap lagi.
03.00 pagi - Semua dah tiba alhamdulillah, seramai 23 orang pendaki akan mendaki Gunung Baling pagi ni. Sesi taklimat ringkas daripada organiser iaitu Kumar dan Ramlan (Utara Runnaz). Sesi memperkenalkan diri sebab ada juga yang tak kenal lagi.
03.20 pagi - Gerak dari Masjid ke kawasan tempat letak kereta di Starting Point Gunung Baling.
03.25 pagi - Starting point Gunung Baling, tiada parking kereta khas yang tersedia tapi kami cuma park kereta kat kawasan lapang yang kebetulan berhadapan rumah orang awam dan juga jalan masuk ke Gunung Baling.
03.50 pagi - Memulakan langkah untuk mendaki Gunung Baling setelah selesai sesi bergambar dan sebagainya. 5 minit pertama hanyalah melalui trek landai dan seterusnya melalui trek menaik (40-50 darjah), jalan agak licin memandangkan sehari sebelum event, hujan turun di kawasan Baling. Langkah disusun dengan berhati-hati agar tidak tergelincir. Ada juga sesekali tersilap langkah dan tergelincir sedikit (itu sudah menjadi satu lumrah) namun, pendakian tetap diteruskan.
04.30 pagi - Tiba di Check Point 1 ; Rehat sebentar sambil menikmati udara segar waktu pagi. Topup tenaga apa yang patut, selpi sana sini (biasa la...tu adalah acara wajib kan). Masa ni kelihatan ada lagi group lain rupanya yang menaiki Gunung Baling pagi ni (27 orang daripada UniKL, Kulim dan 25 orang dari UUM, Sintok). Ramai juga yang naik pagi-pagi ni mungkin kebetulan hari ni adalah cuti hari Malaysia.
04.40 pagi - Sambung pendakian, trek menaik agak curam kali ni (60-70 darjah, sesekali terpaksa berpaut pada akar-akar pokok untuk mengelakkan tergelincir ke bawah. Nasib baik trek ni tak jauh dalam 10 minit je naik. Lepas daripada trek ni kami tersasar sedikit (ada dua simpang sebenarnya, tersilap ambik simpang kanan sepatutnya lalu simpang kiri), masa ni aku kat depan. Langkah diteruskan tapi 2-3 minit aku pelik sebab trek ni menaik sepatutnya trek landai je lepas daripada trek mencanak tadi. Aku ambik keputusan untuk berpatah balik dan minta yang lain-lain pun patah balik. Turun semula kira-kira 5 minit lepas tu jumpa balik simpang Y tadi...yup trek ni yang betul. Perjalanan diteruskan melalui trek landai dan tiba di kawasan pokok buluh dan trek berbatu.
05.00 pagi - Melalui trek berbatu dan pokok buluh, kecuraman trek adalah sekitar 45-50 darjah sahaja. Perjalanan diteruskan tanpa henti.
05.25 pagi - Tiba di Check Point 2, tempat untuk rehat. Kawasan sedikit lapang dengan batu-batu tersusun rapi di sekitarnya. Topup tenaga, makan apa yang patut sikit sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai.
05.30 pagi - Sambung pendakian melalu trek menaik (30-50 darjah), pokok buluh dan batu dilalui dengan penuh berhati-hati. Kekadang terpaksa tunduk melalui batang dan dahan pokok yang merentang trek. Dua kali kami melalui 'lubang' batu yang hanya boleh memuatkan seorang pada satu-satu masa.
05.40 pagi - Tiba di permatang (kawasan ni memang 90% adalah trek batu), kiri dan kanan kelihatan lampu-lampu jalan dan rumah penduduk setempat. Langit pula kelihatan mendung (menunggu masa untuk hujan je lagi). Pendakian diteruskan dengan lebih berhati-hati memandangkan trek adalah batu dan kiri dan kanan adalah gaung. Risau juga takut tersilap langkah, tangan digunakan untuk berpaut pada batu-batu.
05.50 pagi - Alhamdulillah tiba di PUNCAK GUNUNG BALING, bentang ground, makan apa yang patut untuk tambah tenaga.
06.00 pagi - Solat SUBUH, masa ni hujan dah mula turun renyai-renyai. Masing-masing dah mula memakai baju hujan. Bentang dijadikan fly, boleh la cover sikit daripada terkena hujan. Hujan terus turun tapi tak la lebat sangat, cuaca menjadi semakin sejuk.
07.00 pagi - Memandangkan hujan turun, kali ni kami kurang bernasib baik sedikit sebab tak dapat nak tengok matahari terbit. Tapi kami dihidangkan dengan suasana pemandangan yang lain pula.
Suasana pagi dari puncak Gunung Baling |
Menyambut hari Malaysia di puncak Gunung Baling (Photo Credit : Ramlan - Utara Runnaz) |
08.10 pagi - Memulakan pendakian menurun, 30 minit terakhir kami terpaksa melalui trek tanah merah yang licin kerana hujan pagi tadi. Banyak kali juga tergelincir tapi alhamdulillah tiada sebarang kecederaan teruk yang teruk berlaku. Trek Gunung Baling memang macam ni, tiap kali hujan je mesti trek akan jadi licin sebab tanah merah.
09.40 pagi - Tiba di Starting Point (parking), bersiap-siap untuk sambung pendakian ke Gunung Pulai pula nanti.
10.30 pagi - Bertolak ke Masjid Ridwaniah untuk salin pakaian dan sebagainya. Daripada 23 orang yang menyertai event ni, hanya 13 yang akan meneruskan perjuangan pendakian Gunung Pulai (termasuk beberapa lagi rakan-rakan lain yang hanya naik Gunung Pulai).
11.15 pagi - Makan tengahari siap kat gerai berdekatan dengan Masjid.
11.50 pagi - Gerak ke Starting Point Gunung Pulai
12.20 t/hari - Taklimat ringkas oleh Kumar dan Ramlan
12.30 t/hari - Memulakan pendakian, melalui jambatan besi melintasi sungai Baling (kira-kira 10 meter lebar), sepuluh minit pertama kami hanya melalui trek yang landai dan agak lecah sedikit sebab hujan pagi tadi. Lepas je sepuluh minit trek mula menaik (dengan kecuraman 60-80 darjah). Memang banyak tenaga kena guna samada tenaga kaki mahupun tangan. Batu-batu pula tajam dan agak berbahaya. Sekali sekala terpaksa melalui trek yang semak (nampaknya tak ramai yang melalui trek Gunung Pulai melainkan orang-orang kampung yang mencari pokok Paku Aji untuk dijual).
Antara trek berbatu yang dilalui di Gunung Pulai |
Lereng berbatu yang dilalui |
Pokok Paku Aji yang tumbuh subur di lereng Gunung Pulai (Model : Pokcik Ali) |
03.30 petang - Alhamdulillah tiba di PUNCAK GUNUNG PULAI, puncak gunung agak semak dan dipenuhi dengan pokok-pokok renik. Kami terpaksa menebas sedikit kawasan puncak. Kabus tiba-tiba menutup pemandangan di sekitarnya. Nasib baik cuaca hari ni agak baik (mendung) jadinya tak de la panas kat puncak ni. Masing-masing mula mengeluarkan makanan dan minuman untuk alas perut, ada yang mengerjakan solat Zohor dan ada juga yang sibuk mengambil panorama keindahan Gunung Baling dari puncak Pulai.
Gunung Baling dari puncak Gunung Pulai |
Lagi menyambut hari Malaysia di Gunung Pulai pula |
04.55 petang - Memulakan pendakian menurun, memandangkan kami melalui tebing-tebing gunung yang agak curam, penurunan adalah lebih berbahaya berbanding pendakian menaik. Silap aku sebab tak bawa sarung tangan, sakit juga la tangan aku sebab seringkali terpaksa berpaut pada batu yang tajam dan terkena duri-duri pokok.
06.25 petang - Alhamdulillah tiba di Starting point, rehat sebentar dan tunggu rakan-rakan yang lain tiba. Tak sampai 20 minit hujan turun dengan lebatnya.
08.00 malam - Peserta terakhir tiba di Starting Point dengan selamatnya.
Event Gunung Baling dan Gunung Pulai tamat di sini.
JohnS
07 Zulhijjah 1436H