Saturday, 11 June 2016

Penang Hill Nite Hike Ramadhan Version 2.0



Bismillahirrahmaanirrahim...

TARIKH : 10-11 Jun 2016 / 06 Ramadhan 1437H
MASA : 11.00 Malam (10 Jun) - 04.00 pagi (11 Jun)
PESERTA : 87 Orang (69 Lelaki dan 18 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN : 11 km 
TEMPOH PENDAKIAN : 3-5 jam (Round Trip)
TEMPAT : Bukit Bendera, Pulau Pinang
KETINGGIAN BUKIT : Bukit Bendera (739m)
TAHAP KESUKARAN : 4 /10
POSISI : Sweeper

KOS KESELURUHAN : Free of Charge

LOG PERJALANAN

11.00 malam
Berkumpul kat entrance Moon Gate, masing-masing dah sesiap untuk memulakan pendakian kejap lagi. Alhamdulillah cuaca malam ni cukup baik dan takde tanda-tanda nak hujan.

11.25 malam
Sesi taklimat, bacaan doa dan photo group dulu sebelum mula mendaki.




11.30 malam
Mula mendaki, tapi aku start lambat sikit biasa la sweeper, tunggu lagi ada peserta yang baru sampai, tunggu diorang bersiap2 dulu  pastu baru la start mendaki.

11.45 malam
Aku mula hiking ikut trek hutan, kebiasaannya trek yang orang selalu lalu adalah trek tangga (dari entrance Moon Gate di sebelah kiri), trek hutan ni adalah lebih pendek kami tak perlu singgah berenti kat Station 5. Tapi trek ni adalah trek yang kebanyakannya agak curam (dalam 30-50 darjah) sampaila ke Station 84, masa yang normal seseorang pendaki untuk melalui trek ni adalah lebih kurang 50minit hingga 1 jam sahaja. 

12.55 malam
STATION 84 : Alhamdulillah tiba di sini dengan selamatnya, yang dah sampai awal kat sini dah gerak lama dah so..tinggal kami yang kat belakang ni je lagi. Rehat kejap dalam 10 minit topup apa2 yang patut untuk sambung pendakian kejap lagi. Trek lepas ni dah ok dah kebanyakannya landai dan cuma ada beberapa tempat je nak keja naik mencanak sikit.

01.05 pagi
Sambung pendakian, tiba kat satu simpang kiri dan kanan, nak meneruskan perjalanan kena naik sebelah kanan. Kalau sebelah kiri adalah kawasan kebun orang yang ada bela anjing. Mungkin nasib kami tak berapa baik malam ni, anjing2 yang ada kat kebun tu (sebenarnya agak jauh juga lokasinya) menyalak lebih kuat dari biasa sampaikan tuan rumah/kebun siap keluar dan tunggu kami kat simpang tu. Apa lagi memang dia maki hamun kami (FYI..ni first time aku kena situasi ni walaupun dah berpuluh kali nite hike kat Penang Hill), kami cuba untuk meminta maaf dan sebagainya tapi lagi kami minta maaf lagi dia maki hamun kami. So..sebab dia pun tak nak terima tu kami jalan je la...harap2 dia tak lepaskan anjing2 dia tu..kalau tak memang lari tak cukup tanah kami, padahal jarak simpang ke rumah dia tu agak jauh juga tapi biasalah anjing kan, boleh sense kehadiran manusia dari jarak jauh lagi. Sorry la uncle..auntie bukan sengaja dah memang anjing2 tu nak menyalak nak buat camna, trek yang kami lalu tu pun, trek public dan siapa2 pun boleh akses masuk.

01.35 pagi
VIADUCT STATION : tiba di sini akhirnya..alhamdulillah, dekat dah ke puncak Penang Hill. Berenti kat sini dalam 10 minit sambil top up energy apa yang patut.





02.10 pagi 
PENANG HILL SUMMIT - Alhamdulillah selamat sampai di puncak, mcm biasa aku orang terakhir yang tiba di puncak. Kesemua 87 orang selamat sampai, ada beberapa orang yang dah mula turun tadi.





03.15 pagi 
Turun ke starting point dengan menggunakan jalan tar.

04.00 pagi
Tiba di Moon Gate ; bersurai, sahur kat Nasi Kandar Pelita (Gurney Drive) sebab ni je kedai muslim paling dekat dengan Moon Gate yang buka 24 jam.


TAMAT

JohnS
Penang Hill

Sunday, 5 June 2016

Gunung Baling



Bismillahirrahmaanirrahim...

TARIKH - 04 Jun 2016 / 28 Sya'aban 1437H (Sabtu) - DAYPACK
MASA : 03.00 pagi - 09.15 pagi
PESERTA - 6 Orang (5 Lelaki dan 1 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 5.20 km 
TEMPOH PENDAKIAN - Naik = 1 Jam 20 Minit ; Turun = 45 Minit
KETINGGIAN GUNUNG - 546 m
TAHAP KESUKARAN - 4 /10

KOS KESELURUHAN : Free of Charge



LOG PERJALANAN


02.45 pagi
Tiba di perkarangan tempat letak kereta starting Gunung Baling ; sekarang dah ada parking dan entrance baru untuk naik Gunung Baling.

03.00 pagi

Dengan bacaan bismillah...pendakian bermula melalui trek baru yang telah disediakan oleh pihak Majlis Daerah Baling (MDB), trek kali ni agak pendek berbanding sebelumnya, siap ada pondok dan tangga lagi. Tapi trek baru ni sampai ke Gua Kambing je.
Pondok sebelum sampai ke Gua Kambing dalam 10 minit dari starting point, tangga kat sebelah ni adalah tangga daripada simen (moulded) yang naik ke Gua Kambing...kejap je...dalam seminit je melalui tangga ni

03.20 pagi
Tiba di Gua Kambing, rehat selama 20 minit sambil makan dan tunggu rakan yang ada di belakang. Lepas tu sambung semula pendakian ke puncak, kalau rehat pun takat seminit dua je kat trek.


Gua Kambing
04.20 pagi
Alhamdulillah...tiba di puncak Gunung Baling, sekarang ni dah ada papan tanda Gunung Baling (sebelum ni masa aku naik bulan Disember 2015 lepas belum ada lagi). Puncak pun lebih luas dan banyak pula tempat-tempat yang lebih menarik untuk ambik gambar.


Papan Tanda baru yang telah dipasang beberapa bulan lepas oleh pihak Majlis Daerah Baling (MDB



Suasana malam ni agak sejuk dengan bacaan suhu pada apps phone aku adalah 20 darjah celcius...sejuk nasib baik takde angin kalau tak lagi sejuk la malam ni. Rehat sambil layan bintang-bintang di langit dan udara nyaman di puncak Baling...best...dapat la rehatkan badan dan otak kejap dalam 30 minit sebelum solat Subuh.

06.00 pagi 
Solat SUBUH, masa ni semakin ramai pula pendaki2 yang naik...riuh rendah dibuatnya puncak Baling. Sambil2 tu sarapan pagi, kali ni aku tak masak2 kat puncak sebab malas...jadinya sarapan roti jela.

07.00 pagi
Layan sunrise...alhamdulillah, walaupun tidak sekacak yang sebelum ni aku datang...tapi ia cukup indah dan mengagumkan untuk dilihat. Macam biasa la...sesi fotografi dengan geng2...nasib baik diorang sporting...hehehe.





Pemandangan dari puncak Gunung Baling berlatarbelakangkan Gunung Pulai

Wan
Mad
Abu
Lukman Hakim
Isa
CT

08.00 pagi
Memulakan penurunan mendaki, sambil2 turun tu macam biasa la..akan stop kejap2 kat tempat2 yang menarik untuk ambik gambar...hehehe





09.15 pagi

Alhamdulillah tiba di starting point...aktiviti pendakian selesai.

TAMAT

JohnS 
Gunung Baling

Friday, 1 January 2016

Penang Hill New Year Eve 3.0



Bismillahirrahmaanirrahim...


TARIKH : 31 Disember 2015 / 19 Rabi'ul Awwal 1437H (Khamis)
MASA : 08.30 malam - 05.00 pagi
PESERTA : 92 Orang (64 Lelaki dan 28 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN : 11 km 
TEMPOH PENDAKIAN : 3-5 jam (Round Trip)
TEMPAT : Bukit Bendera, Pulau Pinang
KETINGGIAN BUKIT : Bukit Bendera (739m)
TAHAP KESUKARAN : 4 /10
POSISI : Sweeper



LOG PERJALANAN

08.00 malam
Berkumpul kat Moon Gate (berdekatan dengan Taman Botani Pulau Pinang). Park kereta kat parking lot dan juga tepi jalan Moon Gate tu. 

08.20 malam
Taklimat ringkas dan bacaan doa dan sesi bergambar

08.30 malam 
Sesi bergambar...macam biasa la...kali ni peserta memang ramai..aku pun tak expect seramai ni..meriah teriak Penang Hill malam ni.


Macam biasa la, sebelum naik tu kena la ada sesi bergambar beramai-ramai

09.00 malam
Mula mendaki menaiki trek Pond & Hill. 10 minit pertama trek biasa je (tak curam sangat), lepas tu trek menaik dan terus menaik dan diselang seli dengan trek landai...alhamdulillah cuaca malam ni sejuk sikit so..takde la terasa penat sangat masa hiking...

10.00 malam

Station 5...rehat jap dalam 10 minit, biasa la ramai2 ni jadi slow skit...tapi takpa yang penting semua selamat sampai kat sini. ABis rehat sambung balik hiking...trek ke pit stop seterusnya biasa2 je..landai...cuma ada sikit ja yang curam sikit.

11.20 malam
Stesen 84...macam biasa...take 10 minutes...40 minit lagi nak jam 12 dah..rasanya memang tak sempat nak tengok bunga api dari puncak Penang Hill ni...teruskan hiking...jam 12.00 t/malam je dah kedengaran bunyi-bunyi mercun dan bunga api...haha...memang tak sempat la nak layan dari puncak...

12.30 t/malam
Viaduct Station...

01.20 pagi
Alhamdulillah...tiba di puncak Penang Hill (Cliff Cafe)...ramai dah sampai kat puncak sejam dua yang lalu...biasa la aku orang paling last sweep kawan-kawan...sampai2 je kat atas dah ramai pula yang tidur..merata-rata je tidur. Alhamdulillah yang penting semua sampai ke puncak dengan selamatnya.







04.00 pagi
Start hiking menuruni bukit menggunakan jalan tar, sejam je kalau lalu tar berbanding menggunakan trek tadi (dalam 2 jam juga nak turun tu)...tapi kalau turun slow tu..boleh jadi sejam setengah juga la.

05.30 pagi
Tiba di Starting point, singgah kat surau untuk solat subuh dan mandi2 untuk sambung aktiviti Citywalk pula kejap lagi.

TAMAT

JohnS
Penang Hill