Saturday, 11 June 2016

Penang Hill Nite Hike Ramadhan Version 2.0



Bismillahirrahmaanirrahim...

TARIKH : 10-11 Jun 2016 / 06 Ramadhan 1437H
MASA : 11.00 Malam (10 Jun) - 04.00 pagi (11 Jun)
PESERTA : 87 Orang (69 Lelaki dan 18 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN : 11 km 
TEMPOH PENDAKIAN : 3-5 jam (Round Trip)
TEMPAT : Bukit Bendera, Pulau Pinang
KETINGGIAN BUKIT : Bukit Bendera (739m)
TAHAP KESUKARAN : 4 /10
POSISI : Sweeper

KOS KESELURUHAN : Free of Charge

LOG PERJALANAN

11.00 malam
Berkumpul kat entrance Moon Gate, masing-masing dah sesiap untuk memulakan pendakian kejap lagi. Alhamdulillah cuaca malam ni cukup baik dan takde tanda-tanda nak hujan.

11.25 malam
Sesi taklimat, bacaan doa dan photo group dulu sebelum mula mendaki.




11.30 malam
Mula mendaki, tapi aku start lambat sikit biasa la sweeper, tunggu lagi ada peserta yang baru sampai, tunggu diorang bersiap2 dulu  pastu baru la start mendaki.

11.45 malam
Aku mula hiking ikut trek hutan, kebiasaannya trek yang orang selalu lalu adalah trek tangga (dari entrance Moon Gate di sebelah kiri), trek hutan ni adalah lebih pendek kami tak perlu singgah berenti kat Station 5. Tapi trek ni adalah trek yang kebanyakannya agak curam (dalam 30-50 darjah) sampaila ke Station 84, masa yang normal seseorang pendaki untuk melalui trek ni adalah lebih kurang 50minit hingga 1 jam sahaja. 

12.55 malam
STATION 84 : Alhamdulillah tiba di sini dengan selamatnya, yang dah sampai awal kat sini dah gerak lama dah so..tinggal kami yang kat belakang ni je lagi. Rehat kejap dalam 10 minit topup apa2 yang patut untuk sambung pendakian kejap lagi. Trek lepas ni dah ok dah kebanyakannya landai dan cuma ada beberapa tempat je nak keja naik mencanak sikit.

01.05 pagi
Sambung pendakian, tiba kat satu simpang kiri dan kanan, nak meneruskan perjalanan kena naik sebelah kanan. Kalau sebelah kiri adalah kawasan kebun orang yang ada bela anjing. Mungkin nasib kami tak berapa baik malam ni, anjing2 yang ada kat kebun tu (sebenarnya agak jauh juga lokasinya) menyalak lebih kuat dari biasa sampaikan tuan rumah/kebun siap keluar dan tunggu kami kat simpang tu. Apa lagi memang dia maki hamun kami (FYI..ni first time aku kena situasi ni walaupun dah berpuluh kali nite hike kat Penang Hill), kami cuba untuk meminta maaf dan sebagainya tapi lagi kami minta maaf lagi dia maki hamun kami. So..sebab dia pun tak nak terima tu kami jalan je la...harap2 dia tak lepaskan anjing2 dia tu..kalau tak memang lari tak cukup tanah kami, padahal jarak simpang ke rumah dia tu agak jauh juga tapi biasalah anjing kan, boleh sense kehadiran manusia dari jarak jauh lagi. Sorry la uncle..auntie bukan sengaja dah memang anjing2 tu nak menyalak nak buat camna, trek yang kami lalu tu pun, trek public dan siapa2 pun boleh akses masuk.

01.35 pagi
VIADUCT STATION : tiba di sini akhirnya..alhamdulillah, dekat dah ke puncak Penang Hill. Berenti kat sini dalam 10 minit sambil top up energy apa yang patut.





02.10 pagi 
PENANG HILL SUMMIT - Alhamdulillah selamat sampai di puncak, mcm biasa aku orang terakhir yang tiba di puncak. Kesemua 87 orang selamat sampai, ada beberapa orang yang dah mula turun tadi.





03.15 pagi 
Turun ke starting point dengan menggunakan jalan tar.

04.00 pagi
Tiba di Moon Gate ; bersurai, sahur kat Nasi Kandar Pelita (Gurney Drive) sebab ni je kedai muslim paling dekat dengan Moon Gate yang buka 24 jam.


TAMAT

JohnS
Penang Hill

No comments:

Post a Comment