Bismillahirrahmaanirrahim...
Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melawat Pulau Jeju, Korea Selatan selama 6h5m, tapi hanya 4 hari je yang boleh buat aktiviti sepenuhnya lagi 2 hari tu tolak masa perjalanan (dalam flight) dan urusan traveling.
Sebenarnya tiket kapal terbang ni kami beli masa kami masih lagi belum terbang ke Sydney Julai 2018 lepas, kebetulan wife tengah usya tiket AirAsia.... nahh....jumpa tiket yang boleh dikatakan murah untuk kami bertiga (2 Adults + 1 Infant), total tiket adalah RM 1,500 (return) sekali dengan 20kg baggage (return) jadi apa lagi beli je la nanti fikir lain itinerari nak buat camna.
Itinerari dan bajet hampir 100% di susun sendiri oleh isteri tersayang, dan ada juga aku tolong sikit-sikit la, tapi pendek kata dia la yang paling rajin susun..hehehe...
Itinerari dan bajet hampir 100% di susun sendiri oleh isteri tersayang, dan ada juga aku tolong sikit-sikit la, tapi pendek kata dia la yang paling rajin susun..hehehe...
Ok...dipendekkan cerita perancangan asal hanya kami bertiga je yang nak pi, tapi lepas tu baru terfikir nak ajak orang lain pula so, Ada (wife) ajak kak Ani (satu tempat kerja dengan Ada), tanpa fikir panjang kak Ani pun setuju. Selang beberapa bulan sebelum kami fly tu kak Ani ajak pula kawan dia, Shu (kami takde masalah kalau nak ajak orang lain lagi ramai lagi bagus, jimat la juga sewa kereta nanti sebab boleh share kan).
Sebelum aku citer lebih panjang lagi, cuma nak bagitau yang sepatutnya trip asal kami adalah pada 03-09 April 2019 (7h6m) tapi tak silap aku awal Januari 2019 aritu kebetulan saja la Ada check itinerari tiket AA kami, ternampak tarikh depart dah anjak ke 04 April 2019 (Rabu), masa tu terkejut la juga sebab emel/sms daripada AA apa pun takde tetiba tarikh tu dah tukar. Check banyak kali memang tarikh tu dah tukar.
![]() |
Nindiaaa...geng Jeju 4 orang dewasa dan seorang baby comey |
Sebelum aku citer lebih panjang lagi, cuma nak bagitau yang sepatutnya trip asal kami adalah pada 03-09 April 2019 (7h6m) tapi tak silap aku awal Januari 2019 aritu kebetulan saja la Ada check itinerari tiket AA kami, ternampak tarikh depart dah anjak ke 04 April 2019 (Rabu), masa tu terkejut la juga sebab emel/sms daripada AA apa pun takde tetiba tarikh tu dah tukar. Check banyak kali memang tarikh tu dah tukar.
Alamak AA ni la....dengan sms atau emel pun takde tetiba tarikh dah tukar. So....aku pun contact la AA melalui Service Centre hari tu juga bertanyakan hal ni. Dapat 'berbual' dengan staf AA melaui chat room, yup memang tarikh tu dah tukar dan aku nyatakan juga yang kami tak terima apa-apa makluman (memang terkilan la juga... tapi staf tu pun bukan boleh buat apa kan, jadi takde la aku nak bising-bising kat chartoom tu).
Memandangkan kami akan fly dari Pen-KL pada 02 April (Plan asal),mestilah flight ni pun kami kena anjak kan tarikhnya...tak kan kami nak fly juga tarikh ni dan bermalam sehari di Airport atau KL untuk tunggu flight ke Jeju 04 April tu, memang tak la. Aku minta bantuan AA untuk tukar tarikh ni, Alhamdulillah aduan kali pertama tu dua (2) minggu gak aku tunggu untuk diorang tukar tarikh tu tapi tak dapat-dapat, aku buat aduan kali kedua tak sampai beberapa jam tarikh tu dah tukar kat itinerari kami (nasib baik tukar tarikh ni pun free je, tapi untuk kali pertama je katanya).
Mulanya agak frust gak sebab tempoh 7 hari dah dipendekkan kepada 6 hari je, tapi takpela ada hikmah di sebalik tu. Itinerari kami terpaksa dirombak semula untuk menyesuaikan 6h5m tu.
HARI 1 - R A B U
04 April 2019
28 Rejab 1440H
Penerbangan dari Penang ke Kuala Lumpur kami ambil last flight iaitu jam 11.40malam, yang syoknya ambil last flight selalunya jarang delay dan mesti banyak tempat seat kosong (dah banyak kali juga aku ambil last flight sebelum ni, domestik). Kak Ani dengan Shu dah tiba kat KLIA 2 jam 10 malam tadi, diorang dua ambil flight awal sikit.
Disebabkan flight kami dari KL ke Jeju adalah esok pagi, jadi malam ni terpaksa la bermalam kat KLIA 2 ni. Nasib baik jumpa port untuk tidur dapat la lelapkan mata dalam sejam dua, Iman juga yang seronok dapat tidur dengan nyenyaknya kat stroller tu.
Lepas solat subuh kat surau tingkat paling atas (berdekatan dengan pintu departure untuk domestik) baru la kami berlima berjumpa semula. Lepas solat terus ke kaunter check-in beg (Boarding pass dah print sesiap dah).
Selesai check-in beg dan sarapan kami terus masuk ke dalam terminal palingggggg hujung tu ha, jenuh juga nak menapak.
Annyeonghaseyo....Alhamdulillah safely landed di Airport Jeju pada jam 4.30 petang (waktu tempatan), Jeju awal sejam dari Malaysia. Seperti biasa check imigresen dulu, kat sini aku kena tahan sebab tak sengaja 'terbawa' daging (dalam burger McD, kami beli untuk Iman makan dalam flight tadi), sebenarnya aku pun lupa pasal burger ni. Alhamdulillah nasib baik lepas dan pegawai tu hanya bagi warning je, tapi nama aku dah ada dalam list Jeju Imigresen la, jadi kalau nextime datang lagi dan melakukan kesalahan yang sama atau lain, mungkin aku akan kena denda pula ...harapnya tak la kan.
Keluar dari imigresen dan Jeju Airport meneruskan langkah ke stesen bas untuk kami menuju ke AJ Rental Office, naik shuttle bas yang memang disediakan oleh AJ tak sampai 3 minit perjalanan dari Airport ke pejabat.
![]() |
Dalam shuttle bas menuju ke AJ Rental Office |
Keta sewa ni kami dah tempah awal melalui online, daftar jadi ahli dulu kalau nak dapat murah. Kami sewa keta Kia...Untuk baby carseat pula, boleh buat sewaan terus kat situ tapi company lain (sebelah office AJ je).
Penggunaan carseat tak wajib pun kat Korea ni, tapi untuk keselamatan Iman, aku sewa gak dengan kadar harga KRW 40,000 (RM 144) untuk 6 hari sewaan. Lagipun kat Malaysia pun memang Iman akan duduk dalam carseat kalau dalam kereta jadi takde masalah bagi Iman untuk duduk dalam tu.
Selesai urusan, jam dah menunjukkan 6 petang, jadi hari pertama ni saja kami menghabiskan masa dengan penerbangan, urusan travelling, sewaan kereta dan juga tempat tinggal. Kami meneruskan perjalanan ke homestay kami di Seogwipo, cuaca dah makin sejuk apabila hari dah bertukar malam, kelihatan suhu tercatat pada skrin telefon adalah 10 darjah celcius.
Penggunaan carseat tak wajib pun kat Korea ni, tapi untuk keselamatan Iman, aku sewa gak dengan kadar harga KRW 40,000 (RM 144) untuk 6 hari sewaan. Lagipun kat Malaysia pun memang Iman akan duduk dalam carseat kalau dalam kereta jadi takde masalah bagi Iman untuk duduk dalam tu.
Selesai urusan, jam dah menunjukkan 6 petang, jadi hari pertama ni saja kami menghabiskan masa dengan penerbangan, urusan travelling, sewaan kereta dan juga tempat tinggal. Kami meneruskan perjalanan ke homestay kami di Seogwipo, cuaca dah makin sejuk apabila hari dah bertukar malam, kelihatan suhu tercatat pada skrin telefon adalah 10 darjah celcius.
Memandu kereta di sebelah kiri (kenderaan di sebelah kanan) pada minit pertama agak mengelirukan tapi alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri. Cuma ada beberapa kali aku agak ragu-ragu untuk terus membelok ke kanan sekiranya ingin masuk ke simpang (simpang 3 atau 4) disebabkan tak biasa dengan peraturan di Jeju Island. Sebenarnya simbol di jalanraya tu hampir sama je tapi memandangkan tak biasa memandu di negara orang jadi normal la tu kan.
Oh...sebelum tu nak bagitau yang kalau kita nak memandu di Korea Selatan, kita kena apply International Driving Licence (IDL) di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Malaysia dengan bayaran RM 150 untuk tempoh setahun. IDL ni wajib dan perlu di serahkan semasa mengambil kereta sewa tersebut.
![]() |
Kaunter AJ Rental, staf pun sangat la friendly |
Kami tiba di Bong Stay pada jam 6.45 petang, senja sudah mula berlabuh dan suhu di persekitaran semakin sejuk. Lokasi homestay ni hanya berdekatan dengan jalan utama dan terdapat beberapa kedai runcit termasuk 7E berdedekatan jadi mudah untuk kami membeli barang keperluan.
Kami akan stay kat homestay ni selama 3 malam sebelum beralih ke homestay seterusnya.
Untuk dinner kami mengambil peranan masing-masing dengan masak apa yang patut. Mula-mula agak sukar untuk kami memasak sebab semua peralatan elektrik menggunakan tulisan Korea jadinya terpaksa ikut lojik je tengok button tu tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Selepas dinner kami singgah ke 7E untuk beli barang keperluan di bawa esoknya sebagai kudap-kudapan.
Jam 10.00 malam adalah masa untuk rehat, setelah seharian perjalanan dari Malaysia ke Jeju Island agak penat juga, si kecik Iman Mikayla ni pun dah mula mengantuk....sleeping time....
T A M A T H A R I 1