Saturday, 7 February 2015

Ragam Pendaki

Bismillahirrahmaanirrahim...

Setiap kali aku mendaki gunung atau bukit dengan kawan-kawan yang lama mahupun yang baru macam-macam kerenah aku dapat tengok. Kat bawah ni adalah kategori-kategori yang boleh aku huraikan :-



1. Shooter / Runner
Diorang akan menjadi orang pertama sampai ke puncak / kemsite (selain daripada guider la). Untungnya diorang ni sebab dapat rehat dengan lebih lama, boleh juga tolong-tolong siapkan khemah, masak air dan seumpamanya. Stamina diorang ni selalunya memang tip top . Kenapa nak cepat sampai ke kemsite / puncak gunung (hanya diorang saja yang tahu). Aku dulu pun selalu juga nak sampai awal sebab nak jadi orang pertama ke puncak (kononnya la kan), tapi lepas tu layan blues sorang-sorang...sambil menunggu yang lain-lain sampai....tapi tu dulu la...sekarang aku dah jadi sweeper, lagi syok.

2. New gear from head to toe
Haa...tudia, kategori ni aku selalu jumpa untuk pendaki-pendaki yang baru berjinak-jinak mendaki (biasa la, semangat baru). Semuanya baru, bau kedai lagi tau siap ada tag harga lagi yang tak sempat tanggal (memang pernah aku tengok sendiri..hahhaa, mungkin excited sangat kut). Tapi apa-apa pun kalau dah semua pun baru tu,lepas ni kena teruskanlah hobi mendaki tu supaya tak membazir je beli baru semua tapi hanya pakai sekali je kan.

3. Terlalu berani atau berlagak berani
Ok...selalunya dapat dilihat dalam kalangan pendaki-pendaki muda dan baru walaupun telah dipesan sebelum memulakan pendakian untuk berhati-hati dan ikut arahan ketua atau guider. Tak salah untuk berani tetapi kena la bertempat, hormatilah ketua sebab apa-apa yang terjadi ketua akan bertanggungjawab untuk kalian semua kan. Bukan senang untuk menjadi ketua rombongan sebab dia kena fikir untuk keselamatan setiap 'anak-anak buahnya' supaya selamat pergi dan balik, walaupun pada zahirnya keselamatan adalah di bawah tanggjawab masing-masing. Tapi kena ingat ye, dalam sesuatu aktiviti tu perlu ada seorang ketua, kalau tak nak ikut cakap ketua adalah lebih baik pergi sendiri je...tak gitu.

4. Cant live without technology
Kalau 5 tahun lepas kategori ni mungkin xde, tapi sejak adanya facebook, whatsapp, wechat, tweeter dan sebagainya..nah sekarang dah termasuk pula kategori ni. Ada juga kalangan kita yang 'too attached' dgn teknologi, sikit-sikit nak online...sikit-sikit nak online, soalan yang 'best' selalu orang tanya 'ada line tak kat puncak/kemsite'..hahha..ok..ok...maaf ya..aku pn kadang-kadang online kat puncak/kemsite tapi dengan kadar yang sangat-sangat jarang. Apa la salahnya kalau kita berkumpul dan berbual sambil membantu menyiapkan apa-apa yang patut bersama-sama rakan sependakian...kan lebih baik daripada duduk terperap kat bawah fly atau dalam khemah...kalau macamtu lebih baik dok rumah kunci bilik lepastu layan la gadget tu sorang-sorang...kan.

5. Photographer
Selalu bawa kamera besar/canggih (DSLR) yang berat 'body' kamera tu saja kadang-kadang sampai 1kg, tu tak termasuk lagi lens, tripod dan bateri spare mau tak 2-3 kg juga tu. Tapi ada juga yang hanya menggunakan kamera handphone sahaja. Diorang ni selalu je nampak benda-benda (flora dan fauna) yang pelik-pelik yang kadang-kadang kita tak nampak pun tapi diorang boleh nampak. Punya telitinya diorang nak ambik gambar, selalunya gambar yang diambil memang cantik-cantik.

6. Cook
Alhamdulillah ramai juga kalangan pendaki yang pandai masak, tapi apa yang aku tengok kadang-kadang muka yang sama je yang akan masak. Kesian kan, diorang pun penat mendaki jadinya kita yang tak memasak ni tolong-tolong la sama untuk memasak, tak perlu pun tunggu arahan tolong je terus, paling kurang pun bantula basuh pinggan, periuk, atau bersihkan kawasan tempat memasak dan seumpamanya..tak gitu kawan-kawan...kena la bekerjasama kan.

7. Manja
Haaa...ini lagi satu kategori, selalunya golongan perempuan, jarang pula aku tengok lelaki yang masa mendaki manja bebeno...ada kut cumanya tak perasan sangat. Terutamanya kalau si perempuan mendaki bersama boyfriendnya..ya...aku dah tengok gelagat ni . Sakit sikit je dah mengadu-ngadu  kat si lelaki, penat sikit je dah nak duduk lepastu suruh si lelaki tolong dia (adoi la..macam-macam perangai), boleh pula yang boyfriend dia ni dok layan 'manja' awek dia tu (sayang sangat kut), aku tengok yang dah kawin pun tak manja macamtu.

8. Tak ingat trek
Ada juga yang walaupun dah lalu trek tu berkali-kali tapi masih tak ingat, mungkin masa diorang tengah trekking tu diorang tak betul-betul observe, tu yang tak ingat tu. Diorang ni akan sanggup tunggu orang belakang untuk tunjukkan arah (tindakan yang bijak..jangan teruskan pendakian sekiranya tidak yakin dengan trek ni). Kadang-kadang aku pun tak ingat trek juga terutamanya kalau trek tu dah lama aku tak datang...hehhee.

9. Tak mahu makan
Ya..ada juga kategori ni, rujuk balik rule of thumbs..apabila kita dah menggunakan tenaga sudah tentu kita dah bakar segala 'bahan makanan' yang kita makan sebelum ni kan. Tapi ada juga yang dah sampai kemsite / puncak tak mahu makan (kalau makan pun setakat sesuap dua nasi). Aku tak tau kenapa tapi kalau tak berselera macamana sekalipun kita mesti makan sebab nak ganti balik tenaga yang telah terbakar, sebab kalau tak ada tenaga macamana kita nak meneruskan pendakian seterusnya. Dan kita tak tahu apa akan jadi pada badan kita sekiranya tak makan, ingat ya kita berada di dalam hutan tiada klinik, tiada hospital. Jadi bagi mereka yang suka sangat tak makan tu...ingat-ingat la ye, bawa la makanan yang mudah untuk dimakan sekiranya tak mahu makan makanan yang dimasak oleh rakan-rakan kita.

10. 7 Eleven (7E)
Yang ni aku namakan 7E sebab ada juga jenis pendaki yang selalu je bawa makanan yang banyak macam dah 7E aku tengok. Bawa coklat, maggi, roti, kopi 3 in 1, air berbotol-botol (walaupun dah cakap jangan bawa banyak, tapi dia bawa juga), 100 plus, livita dan macam-macam lagi la yang sedap-sedap...hahaha...tapi nanti kat kemsite / puncak semua tu dia akan bagi-bagi kat kawan-kawan yang lain (kurangkan beban katanya...haha). Tapi kan kalau dah dalam hutan tu memang masing-masing akan jadi pemurah (alhamdulillah).

11. Tanker
Seringkali menjadi 'mangsa' rakan-rakan yang lain untuk bawa ration mahupun peralatan lain seperti khemah, fly, ground, periuk belanga dan sebagainya. Selalu kena kat pendaki yang bawa beg bersaiz besar macam 70L, 80L dan keatas. Maklum la compartment luas tapi barang yang dibawa sendiri sikit sangat kan. Selalu kena kat lelaki la tapi kadang-kadang ada juga aku tengok perempuan yang jadi tanker. Pelbagai saiz tanker yang aku tengok, ada juga yang berbadan kecil tapi bawa barang banyak (tak padan dengan saiz badan). Saiz fizikal bukanlah penghalang bagi diorang, tapi bagi aku adalah lebih baik bawa beg yang bersesuaian dengan saiz badan kita (lama lagi nak guna badan ni tau).

12. Lightweight (er)
Bawa beg yang kecik je (30L dan ke bawah) walaupun kadang-kadang trip dibuat selama 3-4 hari, jadinya barang tak boleh nak bawa banyak, semua dia nak bawa 'light-light je katanya" sebab tak nak bagi beg berat (good for him) tapi kadang-kadang tak dapat nak memuatkan barang-brang group seperti ration, ground, fly atau khemah. Yang ni bertentangan dengan mereka yang digelar tanker.

13. VVIP
Seringkali kurang menepati masa, kalau kita kata jam 8.00 pagi SHARP siap semuanya / berjumpa / bergerak dan lain-lain, jangan harap dia nak datang jam tu juga, kadang-kadang lewat satu jam atau kurang atau lebih. Orang lain dah sedia tapi dia masih lagi belum sampai, kelewatan ni akan menyebabkan orang lain juga lewat, bak kata 'pujangga' macam VVIP aje ye. Adalah tidak adil untuk mereka yang sudah bersedia awal. Hormatilah masa kawan-kawan kita yang lain ye..masa itu penting agar trip akan berjalan dengan lancar.

14. Photo'gedik'
Haa...kategori ni memang banyak aku jumpa, biasalah la kalau dah nama buat aktiviti tu rugi la kalau tak ambil gambar untuk kenangan. Baik lelaki mahupun perempuan sama je sebenarynya. Lebih-lebih lagi sekarang ni dah ada pula istilah SELFIE..kiri kanan aku tengok selfie (dengan aku-aku sekali pun selfie sama). Aku kalau nak ambik gambar kat trek ka...senang je nak dapatkan attention...aku cuma kira 1..2...3...haa mesti semua akan menoleh ke belakang (sebab aku memang selalu kat belakang)...hehe...u guys rock my photos.

15. Click Going Then Silence (bonus)

Nindiaa...kategori ni mmmmm...camna nak hurai ek, ginilah...apabila up je event punya ramai yang klik going, tapi lepas tu terus senyap. Kadang-kadang dah tag nama banyak kali pun tak respon apa. Tapi tu la..mungkin diorang ada hal masing-masing, cumanya kalau kita nak klik going tu pastikan kita akan memberi komitmen dengan trip tu agar tidak menyusahkan organiser nanti. Bukan apa organiser nak kena uruskan permit, guider, pengangkutan dan sebagainya lagi kan. Apa la salahnya kalau inform je terus kat organiser, tak susah pun malah akan turut membantu organiser tu sendiri kan.

16. Lone Ranger (bonus)

Kategori ni memang rare sebab tak ramai sebenarnya yang mempunyai keberanian dan semangat yang kental untuk sorang-sorang masuk hutan dan bermalam di sana. Dalam geng aku Penjejak Gunung aku kenal ada sorang je yang kategori camni. Mungkin ada lagi dua tiga orang tapi aku rasa tak 'segila' dia ni. 

17. Sukaaaa sangat kata dia ni newbie

Ni lagi satu kategori bonus...mmm...camnila..newbie maksudnya ialah seseorang yang baru melibatkan diri dalam sesuatu perbuatan atau dalam kes kita ni baru dalam bidang pendakian la. Tak salah kalau mengaku diri tu newbie tapi kalau dah naik gunung, masuk hutan, camping dan seumpamanya dah banyak kali, berpuluh-puluh kali....mmm rasanya tak perlulah nak canangkan diri tu newbie lagi kalau sekali dua cakap camtu takpa...tapi kalau dah berkali-kali cakap saya ni newbie...newbiee...ayat yang selalu aku dengar/baca "saya ni newbie..mohon tunjuk ajar"...lama-lama orang akan jadi annoying, irritating. Apa yang penting sekiranya kita ada pengalaman sikit sekalipun kongsi je dengan rakan-rakan yang lain...tak perlulah 'merendah' diri sangat ye. Mungkin secara tidak sedar anda sebenarnya ingin membertahu bahawa diri anda hebat dan banyak pengalaman, jadinya elakkan la cakap diri kita ni newbie.

18. Act je lebih

Yang ni bertentangan pula dengan kategori No. 17, ada juga pendaki-pendaki yang baru je mula berkecimpung dalam pendakian (yang ni memang newbie betul-betul) tapi kalau bercerita seolah-olah macam dah naik gunung, masuk hutan banyak kali mengalahkan orang yang lebih berpengalaman. Kadang-kadang tu tak mau dengan nasihat pula tu padahal dia tu baru lagi dan kadang-kadang pun lawak juga, biasa la sebab selalunya diorang ni terlalu excited dengan pengalaman baru ni, apa yang paling penting dengar je arahan atau nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman (ada sebab sesuatu perkara tu dilarang atau disuruh).

19. Sweeper / penyapu lidi
Menjadi orang yang paling last sampai ke puncak / kemsite, selalunya guider (yang ditugaskan khas untuk menjadi sweeper) atau pun rakan-rakan yang memang suka jadi sweeper. Diorang ni selalunya berperanan untuk memastikan semua peserta yang terkebelakang akan mendaki bersamanya untuk sampai ke destinasi. Memerlukan kesabaran yang tinggi dari segi mental dan emosi sebab kadang-kadang akan ada peserta yang mengeluh contohnya pertanyaan yang paling popular ialah "jauh lagi ke ? ", "lepas ni ada pacak lagi tak ?", "agak-agak jam berapa kita nak sampai ? ", dan jawapan yang paling popular antaranya ialah "takpa kejap lagi sampai la, depan tu je lagi nak sampai, sikitttttt je lagi dan pelbagai lagi jawapan yang menarik. Sebagai sweeper dia kena selalu bagi kata-kata semangat sebab kadang-kadang akan ada peserta yang memang akan give up dari segi mental dan fizikal. Untungnya mereka yang sweep adalah pendakian adalah perlahan tetapi akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak / kemsite. Menjadi seorang sweeper mestilah mempunyai sifat sabar yang tinggi dan mental yang kuat.

Nah...itulah dia antara ragam pendaki, mungkin banyak lagi sebenarnya tapi ini adalah antara yang paling popular dalam kalangan pendaki.


Guys...mohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan coretan ini, ia adalah sekadar untuk bacaan ringan sahaja.... :)


JohnS @ Ragam Pendaki


No comments:

Post a Comment