Saturday, 8 October 2022

Semporna v1.0 - Hari 3

Maglami-Lami Waterhouse, Semporna

 

H A R I  3 - S A B T U

08 Oktober 2022
12 Rabiul Awal 1444H

Bismillahirrahmaanirahim...

Sunrise hari ni adalah jam 5.52 pagi, tapi sayangnya langit sedikit berawan di ufuk Timur menyebabkan sunrise kurang sempurna pagi ni. Takpa harap-harap esok sunrise adalah lebih cantik.






Depan tu adalah Bohey Dulang

Sarapan pagi disediakan pada jam 7.30 pagi..hidangan bihun sup, sedap sungguh. Kena makan berat sikit pagi ni memandangkan kami ada aktiviti hiking kat Bohey Dulang kejap lagi.


Alhamdulillah...nampaknya cuaca cerah hari ni, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Keadaan laut pun tenang tanpa, kalau snorkeling sekarang best juga ni, harap-harap petang lepas kami dah buat semua aktiviti island hopping laut masih lagi dalam keadaan tenang.

Sebelum boat kami sampai, sempat lagi posing dulu, rugi kalau tak ambik gambar buat kenangan dengan cuaca yang cantik ni.


Jam 9.40 pagi kami bergerak menuju ke Bohey Dulang untuk aktiviti hiking hari ni.



Selepas 25 minit di atas boat Alhamdulillah  kami sampai di Jeti Bohey Dulang, dah ramai tourist yang sampai kat sini dari pelbagai tempat. Nampak macam kena ambik giliran juga nanti ni kat atas tu kalau nak ambik gambar.



Sampai kat kaunter pendaftaran kami dimaklumkan yang budak kecik bawah 10 tahun tak dibenarkan untuk mendaki, Iman baru 6 tahun jadinya memang tak boleh la dia ikut sekali. 

Atas faktor keselamatan katanya, cuma agak terkilan sebab masa kami naik kat atas ada seorang budak yang aku rasa baru umur 7 atau tahun boleh pula naik, kalau ikutkan Iman pun dah biasa hiking sejak usia 5 bulan lagi aku dah bawa masuk hutan dan hiking merata tempat kat Semenanjugn mahupun luar negara. 

Tak pa la...aku tak nak argue jadinya kami terpaksa tinggalkan Iman bersama dengan cik Ell (memang tak naik atas, jadi lepak kat bawah je tengok akuarium mini kat kawasan jeti ni)...takde rezeki untuk Iman naik sekali...in shaa ALLAH kalau ada rezeki lagi boleh la nanti bawa Iman naik kat sini lagi.

Lagi satu, wajib pakai kasut hiking bertutup, kami berdua memang dah pakai sandal hiking tapi staf situ wajibkan juga kami menggunakan adidas kampung untuk hiking sebab bertutup. Dan adidas kampung ni pula memang kena sewa dengan harga sepasang RM5. Ni pun aku tak faham kenapa nak kena sewa juga padahal sandal kami ni pun memang sandal untuk hiking cuma tak bertutp ja la. Yang ni aku argue  tapi seperti biasa staf tu buat derk je wajib juga katanya pakai adidas kampung tu sebab alasan bertutup.

Aku argue bukan pasal RM5 tu tapi sebab sandal yang kami pakai tu lebih selesa untuk di pakai...adoii la....takpa la...terpaksa juga ikut cakap dia, pakai pi la. 




Secara keseluruhan trek pendakian tak susah, ada trek tangga dan tanah tapi kalau hujan keadaan trek akan jadi licin sikit perlu lebih berhati-hati apabila mendaki kat kawasan trek ni. 

Trek naik dan turun adalah berbeza, walaupun trek ni aku kategorikan sebagai trek yang senang tapi ia memerlukan stamina untuk mendaki tangga. Kalau yang ada sakit lutut tu mungkin agak struggle juga nanti nak turun. Tapi tak perlu risau boleh je naik slow slow .

Puncak bukit adalah berketinggian 353m dengan jarak pendakian lebih kurang 700m sahaja, tak jauh mana cuma agak mencanak treknya.

Alhamdulillah kami tiba di puncak bukit selepas 30minit pendakian, kalau tak stop banyak aku rasa akan lebih cepat sampai. Tapi rugi la kalau nak cepat-cepat, memori on trek  kena la snap juga.


Subhanallah....lawanya view dari atas ni...nampak air laut kebiruan, kelihatan juga coral di persisiran pantai

Bersama cinta hati




Setelah spend masa dalam 30 minit kat puncak, kami pun turun melalui trek yang lain pula. Trek kali ni lebih banyak tangga berbanding trek naik tadi.





Tiba di pintu masuk penamat trek turun pada jam 12.00 tengahari, terus ke jeti untuk meneruskan aktiviti lain. Cik Ell, Fairus, Adawiyah dan menunggu kat jeti memandangkan diorang kan tak join kami tadi.


Destinasi seterusnya kami ke Pulau Mantabuan, memandangkan sekarang dah waktu tengahari, kami stop kat sini untuk lunch dulu sambil-sambil tu akan lepak kat sini ambil gambar dan sebagainya.



Budak kecik seketoi ni, tak kira matahari tengah atas kepala pun dia bukan kisah janji boleh main air...Iman...Iman...


Lepak 45 minit kat sini, jam 1.20 petang meneruskan aktiviti snorkeling pula di pulau yang sama, cuma kena naik bot dan menghala ke bahagian belakang pulau.



Antara coral yang terdapat di kawasan perairan Pulau Mantabuan



Ni pertama kali Iman berenang di laut lepas, alhamdulillah berani juga dia tapi buat masa ni kena pakai pelampung la dulu...tak berani nak bagi lepas dengan life jacket je


Setelah puas snorkeling kat Pulau Mantabuan, kami meneruskan aktiviti ke Pulau Sibuan pula. Singgah kejap ambil gambar kat kawasan pantai berpasir, Pulau Sibuan terkenal dengan pemandangannya yang sangat cantik dengan pasir pantai yang putih kekuningan.



Fuh...air jernih betul...


Alhamdulillah cuaca hari ni cukup baik, memang panas terik tapi hasil gambar akan lebih cantik. 


Kalau posing tak kalah dia ni...


Dah letih ambil gambar dan menyaksikan keindahan pesisir pantai Pulau Sibuan, naik bot semula untuk menujuk ke snorkeling point pula, dalam seminit je. 

Kat sini banyak ikan berbanding Mantabuan





Aktiviti hari ni berakhir pada jam 3.25 petang, masing-masing pun dah letih dengan aktiviti air. Perjalanan dari pulau Sibuan ke Maglami-lami Waterhouse hanya mengambil masa dalam 20 minit je. Sempat lagi la sikecik ni lena, keletihan bermain air laut.

Sampai di Waterhouse pada jam 3.45 petang, sebelum masuk bilik aku singgah kejap kat kaunter sebab pagi tadi kami ada request untuk beli lobster untuk dinner malam ni.

Aku pilih lobster yang agar besar juga la dalam 800 gram (RM 240), harga pun boleh tahan tapi takpa la sebab saja nak merasa (ni firstime aku makan lobster) sekilo RM 350...hahaha...harga kayangan sungguh. Tapi lobster ni aku share dengan Adawiyah dan Sobana, saja je nak merasa. 

Sambung berendam lagi sekajap dalam air sebelum naik, Iman seperti biasa tetapi meneruskan aktiviti air sampai la lewat petang, selagi tak panggil selagi tu la tak naik.

Saiz lobster 800 gram, buat masak butter telur masin

Jam 7.00 petang dinner is served

Dinner kat rooftop sambil layan angin laut yang sejuk, berguna juga tripod dengan portabla pump (lamp/powerbank) yang aku bawa ni, boleh guna jadi lampu. Kat atas ni takde lampu jadi memang gelap la.


Baru 5 tahun dah dapat makan lobster...amboiiiii diaaa....tapi nasib baik Iman kata tak sedap...haha...sedap lagi isi ketam katanya...nasib baik...dah la mahal lobster ni...esok-esok takde dah dia nak makan lagi.


Lepas dinner kami lepak pula kat platform yang ada kat hujung bahagian kiri waterhouse ni, cuaca pun cerah jadi ambik kesempatan untuk lepak sambil-sambil layan angin malam.


Waktu malam air sedikit surut, kalau ada rezeki boleh menyaksikan penyu berenang di tepi-tepi waterhouse ni. Gambar ni aku ambik dari depan bilik kami.


Puas santai-santai lepak di balkoni bilik menyaksikan keindahan waktu malam di tengah laut...jam 11.00 malam...resting time...esok sambung pula aktiviti lain.


T A M A T   H A R I   3


Friday, 7 October 2022

Semporna v1.0 - Hari 2

Maglami-lami Waterhouse, Semporna

 

H A R I  2 - J U M A A T

07 Oktober 2022
11 Rabiul Awal 1444H

Bismillahirrahmaanirahim...

Jam 4.00 pagi kami setelkan urusan checked-in baggage kat kaunter AirAsia terlebih dahulu dan selepas tu terus masuk boarding gate J10 ke Tawau, boleh tahan jauh juga Gate ni...no rush...sebab masa masih panjang, flight kami akan berlepas pada jam 6.10 pagi.

Memandangkan solat subuh akan masuk pada jam 6.09, jadi memang tak sempat nak solat kat surau KLIA 2. Satgi kami akan solat kat dalam pesawat je la, ambik wuduk sesiap kat sini.



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau mengambil masa lebih kurang 2 jam 55 minit. Alhamdulillah kami selamat sampai lebih awal di Lapangan Terbang Tawau pada jam 8.40 pagi, penerbangan yang lancar.

Selesai urusan imigresen dan claim baggage kami terus ke luar dari airport untuk menuju ke van yang akan membawa kami ke Semporna pula.



Jarak Pekan Semporna (Daerah Semporna, Tawau) dari airport adalah 107km dan biasanya tempoh perjalanan menggunakan van adalah sekitar 1 jam 30 minit.

Gerak dari airport jam 9.30 pagi, keadaan jalan ke Semporna agak baik berbanding perjalanan dari KK ke Kundasang, sepanjang perjalanan kebanyakan kami melalui kawasan kelapa sawit kiri dan kanan. Kelihatan cuaca juga cukup baik cerah dan sedikit berawan.

Alhamdulillah tiba di Pekan Semporna pada jam 11.00 pagi dan terus ke pejabat Maglami-lami Waterhouse untuk urusan pendaftaran dan seterusnya urusan boat yang menghantar kami ke waterhouse.

Sekitar jam 11.30 pagi, memandangkan perut masing-masing sudah berkeroncong jadi kami singgah lunch dulu kat Anjung Samudera (Pekan Semporna). Beg kami tinggalkan kat pejabat dan kebetulan restoran ni hanya seminit jalan kaki je.


Kami ada masa lebih kurang dalam 2 jam sebelum boat ke Maglami-lami Waterhouse bergerak. Singgah lunch  kat sini kami semua memilih menu set Kang Heom Seafood.

Kang Heom Seafood, harganya cuma RM 25 ; nasi putih, 1 mangkuk saiz dalam 7 inci diameter penuh dengan ketam, udang, sotong, lala dan kerang serta mango blended...fuhhh memang sedap dan berbaloi, saiz portion memang berbaloi dengan harga

Perut pun dah kenyang, masa pun masih lagi panjang kami singgah ke kedai-kedai di Pekan Semporna untuk membeli barang apa yang kami masih belum ada untuk di bawa ke waterhouse.

Sepanjang berada di pekan ni ada juga beggars yang sedikit mengganggu kami, kebanyakannya masih lagi anak-anak kecik. Kalau melihat kepada bahasa dan muka macam bukan orang local.



Tepat jam 2.00 petang seperti yang dijadualkan, kami menaiki boat yang telah disediakan oleh pihak waterhouse. Jelas kelihatan air laut sangat jernih tapi malangnya pemandangan sedikit terganggu dengan kehadiran sampah sarap yang terapung seperti bekas botol minuman, plastik makanan dan sebagainya.

22 minit kemudian kami tiba di Maglami-lami Waterhouse dengan disambut meriah oleh semua staf waterhouse. Ucapan Selamat Datang ke Maglami-Lami dengan senyuman manis staf tersebut menyebabkan aku rasa cukup welcoming.

Sampai je kat waterhouse ni Iman cukup seronok sebab dia pun tak sabar nak berendam kat dalam air kejap lagi...biasa la dia tak boleh nampak air mesti nak berendam....sabar ye Iman...kita setel satu-satu dulu.

Posing dulu


Bilik tidur dengan 1 queen bed dan 1 single bed


Pemandangan keseluruhan waterhouse ni sangat menakjubkan dan lokasinya kebetulan berhadapan dengan Bohey Dulang. Dikelilingi lautan hijau/biru dengan air yang jernih bak kristal memang sangat mengujakan kami.

Sebelum memulakan aktiviti berenang dan berendam di dalam laut, selesaikan solat terlebih dahulu ya.

Jam 3.15 petang, selesai yang wajib dan mengemas apa yang patu di dalam bilik mari la kita memulakan terjunan tiruk ke dalam laut di depan bilik.







Jam 4.00 petang, pihak Maglami ada menyediakan hidangan petang. Secara keseluruhannya pakej kami adalah termasuk penginapan, makanan 4 kali sehari dan penghantaran boat (return). 

Air untuk minum ada disediakan dan self service, air yang disediakan adalah serbuk nescafe dan teh, gula dan susu serta air panas dan mineral. Pelanggan dibenarkan untuk membuat air sepanjang hari (non-stop supply).

Lepak kat atas cafe menikmatik hidangan petang sambil menghirup udara petang yang segar dan pemandangan laut yang sejauh mata memandang 


Mandi di laut hanya dibenarkan sehingga jam  6.00 petang sahaja atas sebab keselamatan. Memang kami berendam sampai sebelum masa tamat, rugi la kalau lepak dalam bilik je sedangkan laut dan terbentang luas di depan mata...tak gitu.

Hidangan makan malam pada jam 7.00 petang telah disediakan dan Alhamdulillah seperti yang dijangka ia adalah masakan kampung, cukup menyelerakan.

Selesai dinner kami mengambil kesempatan untuk lepak di salah sebuah pelantar yang telah disediakan pihak Maglami untuk sesi mengambil gambar waktu malam. Cuaca malam ni cukup cantik dengan kehadiran bintang-bintang di langit.





Jam 10.00 malam masing-masing masuk bilik untuk berehat, lagipun kami belum rehat secukupnya sejak fly dari Penang malam tadi.

Sambung aktiviti esok pula.


T A M A T   H A R I  2