Friday, 7 October 2022

Semporna v1.0 - Hari 2

Maglami-lami Waterhouse, Semporna

 

H A R I  2 - J U M A A T

07 Oktober 2022
11 Rabiul Awal 1444H

Bismillahirrahmaanirahim...

Jam 4.00 pagi kami setelkan urusan checked-in baggage kat kaunter AirAsia terlebih dahulu dan selepas tu terus masuk boarding gate J10 ke Tawau, boleh tahan jauh juga Gate ni...no rush...sebab masa masih panjang, flight kami akan berlepas pada jam 6.10 pagi.

Memandangkan solat subuh akan masuk pada jam 6.09, jadi memang tak sempat nak solat kat surau KLIA 2. Satgi kami akan solat kat dalam pesawat je la, ambik wuduk sesiap kat sini.



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau mengambil masa lebih kurang 2 jam 55 minit. Alhamdulillah kami selamat sampai lebih awal di Lapangan Terbang Tawau pada jam 8.40 pagi, penerbangan yang lancar.

Selesai urusan imigresen dan claim baggage kami terus ke luar dari airport untuk menuju ke van yang akan membawa kami ke Semporna pula.



Jarak Pekan Semporna (Daerah Semporna, Tawau) dari airport adalah 107km dan biasanya tempoh perjalanan menggunakan van adalah sekitar 1 jam 30 minit.

Gerak dari airport jam 9.30 pagi, keadaan jalan ke Semporna agak baik berbanding perjalanan dari KK ke Kundasang, sepanjang perjalanan kebanyakan kami melalui kawasan kelapa sawit kiri dan kanan. Kelihatan cuaca juga cukup baik cerah dan sedikit berawan.

Alhamdulillah tiba di Pekan Semporna pada jam 11.00 pagi dan terus ke pejabat Maglami-lami Waterhouse untuk urusan pendaftaran dan seterusnya urusan boat yang menghantar kami ke waterhouse.

Sekitar jam 11.30 pagi, memandangkan perut masing-masing sudah berkeroncong jadi kami singgah lunch dulu kat Anjung Samudera (Pekan Semporna). Beg kami tinggalkan kat pejabat dan kebetulan restoran ni hanya seminit jalan kaki je.


Kami ada masa lebih kurang dalam 2 jam sebelum boat ke Maglami-lami Waterhouse bergerak. Singgah lunch  kat sini kami semua memilih menu set Kang Heom Seafood.

Kang Heom Seafood, harganya cuma RM 25 ; nasi putih, 1 mangkuk saiz dalam 7 inci diameter penuh dengan ketam, udang, sotong, lala dan kerang serta mango blended...fuhhh memang sedap dan berbaloi, saiz portion memang berbaloi dengan harga

Perut pun dah kenyang, masa pun masih lagi panjang kami singgah ke kedai-kedai di Pekan Semporna untuk membeli barang apa yang kami masih belum ada untuk di bawa ke waterhouse.

Sepanjang berada di pekan ni ada juga beggars yang sedikit mengganggu kami, kebanyakannya masih lagi anak-anak kecik. Kalau melihat kepada bahasa dan muka macam bukan orang local.



Tepat jam 2.00 petang seperti yang dijadualkan, kami menaiki boat yang telah disediakan oleh pihak waterhouse. Jelas kelihatan air laut sangat jernih tapi malangnya pemandangan sedikit terganggu dengan kehadiran sampah sarap yang terapung seperti bekas botol minuman, plastik makanan dan sebagainya.

22 minit kemudian kami tiba di Maglami-lami Waterhouse dengan disambut meriah oleh semua staf waterhouse. Ucapan Selamat Datang ke Maglami-Lami dengan senyuman manis staf tersebut menyebabkan aku rasa cukup welcoming.

Sampai je kat waterhouse ni Iman cukup seronok sebab dia pun tak sabar nak berendam kat dalam air kejap lagi...biasa la dia tak boleh nampak air mesti nak berendam....sabar ye Iman...kita setel satu-satu dulu.

Posing dulu


Bilik tidur dengan 1 queen bed dan 1 single bed


Pemandangan keseluruhan waterhouse ni sangat menakjubkan dan lokasinya kebetulan berhadapan dengan Bohey Dulang. Dikelilingi lautan hijau/biru dengan air yang jernih bak kristal memang sangat mengujakan kami.

Sebelum memulakan aktiviti berenang dan berendam di dalam laut, selesaikan solat terlebih dahulu ya.

Jam 3.15 petang, selesai yang wajib dan mengemas apa yang patu di dalam bilik mari la kita memulakan terjunan tiruk ke dalam laut di depan bilik.







Jam 4.00 petang, pihak Maglami ada menyediakan hidangan petang. Secara keseluruhannya pakej kami adalah termasuk penginapan, makanan 4 kali sehari dan penghantaran boat (return). 

Air untuk minum ada disediakan dan self service, air yang disediakan adalah serbuk nescafe dan teh, gula dan susu serta air panas dan mineral. Pelanggan dibenarkan untuk membuat air sepanjang hari (non-stop supply).

Lepak kat atas cafe menikmatik hidangan petang sambil menghirup udara petang yang segar dan pemandangan laut yang sejauh mata memandang 


Mandi di laut hanya dibenarkan sehingga jam  6.00 petang sahaja atas sebab keselamatan. Memang kami berendam sampai sebelum masa tamat, rugi la kalau lepak dalam bilik je sedangkan laut dan terbentang luas di depan mata...tak gitu.

Hidangan makan malam pada jam 7.00 petang telah disediakan dan Alhamdulillah seperti yang dijangka ia adalah masakan kampung, cukup menyelerakan.

Selesai dinner kami mengambil kesempatan untuk lepak di salah sebuah pelantar yang telah disediakan pihak Maglami untuk sesi mengambil gambar waktu malam. Cuaca malam ni cukup cantik dengan kehadiran bintang-bintang di langit.





Jam 10.00 malam masing-masing masuk bilik untuk berehat, lagipun kami belum rehat secukupnya sejak fly dari Penang malam tadi.

Sambung aktiviti esok pula.


T A M A T   H A R I  2




No comments:

Post a Comment