![]() |
Maglami-Lami Waterhouse, Semporna |
H A R I 3 - S A B T U
08 Oktober 2022
12 Rabiul Awal 1444H
Bismillahirrahmaanirahim...
Sunrise hari ni adalah jam 5.52 pagi, tapi sayangnya langit sedikit berawan di ufuk Timur menyebabkan sunrise kurang sempurna pagi ni. Takpa harap-harap esok sunrise adalah lebih cantik.
![]() |
Depan tu adalah Bohey Dulang |
Sarapan pagi disediakan pada jam 7.30 pagi..hidangan bihun sup, sedap sungguh. Kena makan berat sikit pagi ni memandangkan kami ada aktiviti hiking kat Bohey Dulang kejap lagi.
Alhamdulillah...nampaknya cuaca cerah hari ni, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Keadaan laut pun tenang tanpa, kalau snorkeling sekarang best juga ni, harap-harap petang lepas kami dah buat semua aktiviti island hopping laut masih lagi dalam keadaan tenang.
Sebelum boat kami sampai, sempat lagi posing dulu, rugi kalau tak ambik gambar buat kenangan dengan cuaca yang cantik ni.
![]() |
Selepas 25 minit di atas boat Alhamdulillah kami sampai di Jeti Bohey Dulang, dah ramai tourist yang sampai kat sini dari pelbagai tempat. Nampak macam kena ambik giliran juga nanti ni kat atas tu kalau nak ambik gambar.
Sampai kat kaunter pendaftaran kami dimaklumkan yang budak kecik bawah 10 tahun tak dibenarkan untuk mendaki, Iman baru 6 tahun jadinya memang tak boleh la dia ikut sekali.
Atas faktor keselamatan katanya, cuma agak terkilan sebab masa kami naik kat atas ada seorang budak yang aku rasa baru umur 7 atau tahun boleh pula naik, kalau ikutkan Iman pun dah biasa hiking sejak usia 5 bulan lagi aku dah bawa masuk hutan dan hiking merata tempat kat Semenanjugn mahupun luar negara.
Tak pa la...aku tak nak argue jadinya kami terpaksa tinggalkan Iman bersama dengan cik Ell (memang tak naik atas, jadi lepak kat bawah je tengok akuarium mini kat kawasan jeti ni)...takde rezeki untuk Iman naik sekali...in shaa ALLAH kalau ada rezeki lagi boleh la nanti bawa Iman naik kat sini lagi.
Lagi satu, wajib pakai kasut hiking bertutup, kami berdua memang dah pakai sandal hiking tapi staf situ wajibkan juga kami menggunakan adidas kampung untuk hiking sebab bertutup. Dan adidas kampung ni pula memang kena sewa dengan harga sepasang RM5. Ni pun aku tak faham kenapa nak kena sewa juga padahal sandal kami ni pun memang sandal untuk hiking cuma tak bertutp ja la. Yang ni aku argue tapi seperti biasa staf tu buat derk je wajib juga katanya pakai adidas kampung tu sebab alasan bertutup.
Aku argue bukan pasal RM5 tu tapi sebab sandal yang kami pakai tu lebih selesa untuk di pakai...adoii la....takpa la...terpaksa juga ikut cakap dia, pakai pi la.
Secara keseluruhan trek pendakian tak susah, ada trek tangga dan tanah tapi kalau hujan keadaan trek akan jadi licin sikit perlu lebih berhati-hati apabila mendaki kat kawasan trek ni.
Trek naik dan turun adalah berbeza, walaupun trek ni aku kategorikan sebagai trek yang senang tapi ia memerlukan stamina untuk mendaki tangga. Kalau yang ada sakit lutut tu mungkin agak struggle juga nanti nak turun. Tapi tak perlu risau boleh je naik slow slow .
Puncak bukit adalah berketinggian 353m dengan jarak pendakian lebih kurang 700m sahaja, tak jauh mana cuma agak mencanak treknya.
Alhamdulillah kami tiba di puncak bukit selepas 30minit pendakian, kalau tak stop banyak aku rasa akan lebih cepat sampai. Tapi rugi la kalau nak cepat-cepat, memori on trek kena la snap juga.
Subhanallah....lawanya view dari atas ni...nampak air laut kebiruan, kelihatan juga coral di persisiran pantai |
Setelah spend masa dalam 30 minit kat puncak, kami pun turun melalui trek yang lain pula. Trek kali ni lebih banyak tangga berbanding trek naik tadi.
Tiba di pintu masuk penamat trek turun pada jam 12.00 tengahari, terus ke jeti untuk meneruskan aktiviti lain. Cik Ell, Fairus, Adawiyah dan menunggu kat jeti memandangkan diorang kan tak join kami tadi.
Destinasi seterusnya kami ke Pulau Mantabuan, memandangkan sekarang dah waktu tengahari, kami stop kat sini untuk lunch dulu sambil-sambil tu akan lepak kat sini ambil gambar dan sebagainya.
![]() |
Budak kecik seketoi ni, tak kira matahari tengah atas kepala pun dia bukan kisah janji boleh main air...Iman...Iman... |
Lepak 45 minit kat sini, jam 1.20 petang meneruskan aktiviti snorkeling pula di pulau yang sama, cuma kena naik bot dan menghala ke bahagian belakang pulau.
![]() |
Antara coral yang terdapat di kawasan perairan Pulau Mantabuan |
![]() |
Ni pertama kali Iman berenang di laut lepas, alhamdulillah berani juga dia tapi buat masa ni kena pakai pelampung la dulu...tak berani nak bagi lepas dengan life jacket je |
Setelah puas snorkeling kat Pulau Mantabuan, kami meneruskan aktiviti ke Pulau Sibuan pula. Singgah kejap ambil gambar kat kawasan pantai berpasir, Pulau Sibuan terkenal dengan pemandangannya yang sangat cantik dengan pasir pantai yang putih kekuningan.
![]() |
Fuh...air jernih betul... |
Alhamdulillah cuaca hari ni cukup baik, memang panas terik tapi hasil gambar akan lebih cantik.
Dah letih ambil gambar dan menyaksikan keindahan pesisir pantai Pulau Sibuan, naik bot semula untuk menujuk ke snorkeling point pula, dalam seminit je.
![]() |
Kat sini banyak ikan berbanding Mantabuan |
Sampai di Waterhouse pada jam 3.45 petang, sebelum masuk bilik aku singgah kejap kat kaunter sebab pagi tadi kami ada request untuk beli lobster untuk dinner malam ni.
Aku pilih lobster yang agar besar juga la dalam 800 gram (RM 240), harga pun boleh tahan tapi takpa la sebab saja nak merasa (ni firstime aku makan lobster) sekilo RM 350...hahaha...harga kayangan sungguh. Tapi lobster ni aku share dengan Adawiyah dan Sobana, saja je nak merasa.
Sambung berendam lagi sekajap dalam air sebelum naik, Iman seperti biasa tetapi meneruskan aktiviti air sampai la lewat petang, selagi tak panggil selagi tu la tak naik.
![]() |
Jam 7.00 petang dinner is served |
![]() |
Dinner kat rooftop sambil layan angin laut yang sejuk, berguna juga tripod dengan portabla pump (lamp/powerbank) yang aku bawa ni, boleh guna jadi lampu. Kat atas ni takde lampu jadi memang gelap la. |
Lepas dinner kami lepak pula kat platform yang ada kat hujung bahagian kiri waterhouse ni, cuaca pun cerah jadi ambik kesempatan untuk lepak sambil-sambil layan angin malam.
Waktu malam air sedikit surut, kalau ada rezeki boleh menyaksikan penyu berenang di tepi-tepi waterhouse ni. Gambar ni aku ambik dari depan bilik kami. |
Puas santai-santai lepak di balkoni bilik menyaksikan keindahan waktu malam di tengah laut...jam 11.00 malam...resting time...esok sambung pula aktiviti lain.
T A M A T H A R I 3
No comments:
Post a Comment