A N N A P U R N A - T H E B E G I N N I N G
N A Y A P U L T O T I K E D H U N G A
- 1 0 K M ( 5 - 6 J A M )
H A R I P E R T A M A P E N D A K I A N
H A R I 0 4 - 0 5 M e i 2 0 2 4 ( A h a d )
Hari yang ditunggu telah tiba.....maka akan bermula la pendakian kami selama sembilan hari di trek Annapurna Base Camp.
Memandangkan jarak pendakian kami hari ni tak lama jadi kami akan gerak lewat sikit.
Pagi ni semua sarapan kat hotel je, sebab kalau kat luar pun memang kedai makan tak buka lagi. Selesai sarapan pagi, beg yang kami akan tinggalkan di hotel ni kami letak kat kaunter depan nanti pihak hotel akan uruskan tempat penyimpanan. Pengurus hotel Mr Bhim yang benarkan kami tinggalkan barang ni, kebetulan dia adalah kawan kepada guider kami Arjun. Pada asalnya nak letak barang kami semua kat rumah sewa Arjun tapi memandangkan Mr Bhim pun dah offer kami jadi lagi mudah la sebab tinggal je terus beg tu kat hotel.
Jam 9.30 pagi, sesi memunggah beg ke dalam van dimulakan, sambil-sambil tu masing-masing sibuk dengan sesi fotografi dan sebagainya.
![]() |
Ambik gambar dulu kat depan van yang bawa kami ke Naya Pul, starting point pendakian |
Tepat jam 10.20 pagi kami bergerak ke Naya Pul, perjalanan menaiki van ini akan mengambil masa lebih kurang dalam sejam.
![]() |
Posing dulu sebelum pendakian dimulakan, bersama-sama dengan guider kami Arjun dan porter-porter yang gagah |
Jam 12.00 tengahari selepas bacaan doa kami pun memulakan pendakian, cuaca hari ni agak panas dan berdebu. Untuk pengetahuan kebetulan masa kami ada di sini Arjun ada maklumkan kat kami yang berlaku pembakaran terbuka di beberapa tempat pergunungan ni jadi keadaan persekitaran agak panas dan berasap.
Pemandangan pun tak berapa clear disebabkan asap yang agak banyak dan debu-debu dari tanah yang kering.
Masing-masing bersemangat dengan pendakian hari ni, maklum la baru pertama kali menjejakkan kaki kat trek ni. Suasana pendakian pun berbeza dengan pendakian yang kami lalui kalau di Malaysia.
Setelah 40 minit perjalanan, kami tiba di kaunter pendaftaran kemasukkan trek ABC. Kat sini aku kena serahkan Permit pendakian di ABC yang apply dua hari lepas kat agent yang mengurusakan Permit di Thamel. Proses dia simple je, tunjuk je permit kat kaunter nanti staf kat situ akan scan tak sampai 5 minit selesai, orang yang jaga kaunter tu bukan tanya apa pun, janji kita ada permit...selesai urusan.
Sementara urusan permit, geng aku yang lain hanya berehat dan mengambil gambar di sini.
Sementara urusan permit, geng aku yang lain hanya berehat dan mengambil gambar di sini.
Bangunan warna putih belah kanan tu adalah kaunter pendaftaran untuk penyerahan permit pendakian di ABC
Cantik betul lantai kat kawasan ni, diorang guna batu je, lagi lawa dari tiles yang selalu aku guna kalau untuk buat bangunan-bangunan di Malaysia.
Jam 1.50 petang kami berhenti kat Green Great View Lodge (Teahouse) untuk lunch, masing-masing order makanan untuk isi perut yang dah mula lapar sebab last sekali makan adalah sarapan pagi tadi.
Kat sini, trek agak mencanak sikit dan terpaksa lalu jalan simen, boleh tahan juga nak lalu kat sini. Terasa kepenatan masing-masing tapi nasib baik masa ni udara sejuk sikit sebab tengah hujan renyai.
Dah start jumpa trek tangga batu kat sini, cantik betul cara susunan tangga yang diorang bina ni, tak perlu simen pun hanya sekadar susunan batu dan juga tanah liat sebagai 'simen'. Cukup teratur dan teliti, kagum betul tengok hasil kerja diorang ni.
Perjalanan di sambung semula pada jam 3.15 petang, nampak cuaca macam nak hujan, bagus juga bagi kurang sikit debu-debu yang berterbangan disebabkan cuaca yang kering. Nah...beberapa ketika kemudian hujan pun turun tapi tak lebat pun, sekadar renyai-renyai cukup la membasahi sedikit tanah kering di trek ABC ni.
![]() |
Dah macam Teletubbies dah aku tengok kak Ratna ni, masing-masing dah memakai raincoat. Aku seperti biasa hanya menggunakan payung je |
Kat sini, trek agak mencanak sikit dan terpaksa lalu jalan simen, boleh tahan juga nak lalu kat sini. Terasa kepenatan masing-masing tapi nasib baik masa ni udara sejuk sikit sebab tengah hujan renyai.
Sambung pendakian setelah rehat selama 10 minit di sini, trek semakin menaik dan menaik, sekali sekala akan jumpa juga la trek bonus (trek landai).
![]() |
Letih tengok tangga-tangga batu yang bersusun...cantik tapi memenatkan...jangan tertipu dengan kecantikannya... |
Dah start jumpa trek tangga batu kat sini, cantik betul cara susunan tangga yang diorang bina ni, tak perlu simen pun hanya sekadar susunan batu dan juga tanah liat sebagai 'simen'. Cukup teratur dan teliti, kagum betul tengok hasil kerja diorang ni.
Alhamdulillah, kami tiba di Tikedhunga pada jam 5.20 petang di ketinggian 1,540m. Kami akan bermalam di Laxmi Guesthouse, ada bilik berdua dan ada bilik bertiga yang telah di tempah oleh Arjun. Bilik-bilik ni semua Arjun dah book sebelum kami sampai di Nepal lagi untuk memudahkan urusan kami di sini.
Dinner Time jam 7.15 malam setelah masing-masing selesai mengerjakan solat. Ada yang mandi (hot shower disediakan dengan bayaran NPR 150 (RM 5.40). Ada juga yang sanggup mandi air sejuk, aku pun mandi juga dengan air sejuk. Dengan ketinggian 1,500m ni boleh tahan lagi la sejuk air tu..hahah.
Makanan kat teahouse ni boleh tahan juga mahalnya, masa ni la segala jenis sambal, lauk yang kami bawa dari Malaysia berguna. Beli nasi dan sulam dengan sambal, brahim dan sebagainya, boleh la jimat kat situ.
Selesai dinner dan aktiviti membawang, kami masuk bilik masing-masing untuk merehatkan diri.
Sebelum aku tidur, aku kena buat kerja dulu maklum la aku ni bekerja sambil bercuti..😂😂
10.30 malam waktu tidur, subuh pun awal jadi kena la tidur lebih awal
~ T A M A T H A R I 0 4 ~
No comments:
Post a Comment