Monday, 6 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 05)

 



T I K E D H U N G A   T O   G H O R E P A N I

- 7  K M  ( 8 - 9  J A M )


H A R I   K E - 2   P E N D A K I A N


H A R I   0 5  -  0 6   M e i   2 0 2 4   ( I s n i n )

Bangun untuk solat subuh jam 4.15 pagi, selesai solat memang tak boleh nak tidur dah, masa ni aku gunakan untuk buat kerja hakiki aku. 

Jam 7.00 pagi turun untuk sarapan pagi, geng lain ada yang dah terpacak tunggu kat meja makan. 

Sementara menunggu makanan yang kami dah order sesiap malam tadi, ambik foto dulu buat kenangan

Kami cuba mengurangkan perbelanjaan dengan hanya order  makanan paling murah, perjalanan masih jauh lagi ni satgi belum sampai base camp miskin pula jadinya karang.


Cuaca pagi ni nampak macam baik sedikit berbanding semalam. Asap semakin berkurangan memandangkan petang semalam hujan lebat sekejap dan menyebabkan suhu agak sejuk sedikit.

Kaki mula melangkah untuk meneruskan perjalanan hari ni pada jam 7.50 pagi, ada 3 orang daripada kalangan kami yang membuat keputusan untuk menaiki Jeep. Trek hari ni kebanyakannya adalah mencanak. Kami akan regroup semula dalam masa 3 jam lagi di Fish Tail View Guesthouse lebih kurang 3 jam perjalanan dari sini. Kos untuk menaiki Jeep adalah NPR 6000 (RM 217.40) untuk sebuah jeep. Menaiki jeep hanya perlu mengambil masa dalam sejam je nak sampai ke destinasi.

Sesiapa yang rasa galas beg agak berat, boleh je tumpang jeep ni sekali untuk mengurangkan beban memandangkan trek hari ni agak memenatkan.

Masing-masing rileks je tak bawa beban, sekadar bawa air dan sedikit kudapan

Kak Tee, antara yang paling senior dalam group kami aku dengan kak Tee ni mesti selalu gaduh...ahaha tapi bukan la gaduh apa...gaduh antara kakak dengan adik

Pace aku ni nak kata laju tak juga....nak kata perlahan pun tak juga kiranya tengah-teangah la. Jadi siapa-siapa yang trekking dengan aku sekali kira beruntung la sebab aku memang jenis suka ambik gambar.


Banyak trek batu yang kami lalui...naik...naik dan naik, penat ja rehat...tarik nafas bagi lega dulu...nak rushing pi mana kan...in shaa ALLAH akan sampai juga ke destinasi nanti...enjoy the journey.


Yang bawa beg plastik tu adalah Not, sempoi....dalam plastik tu ada kudap-kudapan dia la tu


Pendakian kami diteruskan dengan trek tangga-tangga batu...memang menguji lutut dan muscle betul. 

Sepanjang pendakian tu kami ada terjumpa sepasang veteran matsalleh, diorang ni baru turun dari Base Camp, dah berada di dalam trek ni selama sebulan, hari ni diorang nak keluar dari ABC. Macam best je boleh trekking dan hiking sebulan, mungkin satu hari nanti boleh la kut buat juga camni.


Gambar paling kiri : Arjun dan Philippa - Gambar tengah : Porter kami nama dia unik sikit Monsun namanya - Gambar tepi kanan : dua orang veteran matsalleh yang tengah hiking

Dalam tengah hiking tu, tetiba kami terserempak dengan sekumpulan budak-budak kecik dan remaja yang dalam perjalanan ke sekolah, lewat juga diorang ni masuk kelas sebab sekarang dah jam 9.00 pagi. Dalam kepala dok terfikir, hebatnya diorang ni hari-hari turun naik gunung untuk mendapatkan ilmu, patut la badan pun slim-slim semua.


Kami tiba di Ulleri (1,960m) pada jam 9.40 pagi, rehat dalam 10 minit untuk top up balik tenaga sebab tadi non-stop mendaki tangga-tangga yang beribu tu.


Tiba di Fish Tail View Guesthouse jam 11.10 pagi, Roslyn, kak Bai dan Mozart dah sampai kat sini 2 jam yang lalu...haha...lama ye korang tunggu kami. Kat sini kami akan berhenti untuk lunch dan solat.


Sebenarnya perut masih kenyang sebab dalam perjalanan tadi pun macam-macam kudapan yang aku makan. Kat sini Roslyn belanja makan pisang goreng (banana fritter)....untuk sepinggan pisang goreng harga adalah NPR 6000 (RM 21.70), dah serupa harga macam dalam hotel. Tapi pisang gorengnya tak berapa sedap sebab dah lembik...sebenarnya lebih sesuai untuk dibuat cekodok...hahah. Takpa la dah la orang belanja, makan je la.

Kami sambung pendakian jam 12.45 tengahari setelah selesai makan dan solat.


Bermula dari Fish Tail View Guesthouse ni, pendakian kami agak rileks sikit sebab agak mendatar dan sedikit yang menaik. Kami juga ada melintas beberapa anak sungai yang sangat jernih airnya seperti kristal dan sangat la sejuk.



Belakang tu anak sungai dari mata air, jernih gile air dia. Celup jari dalam kolam kecik ni, fuhh sejuk gile air macam dalam peti ais. Aku wefie dengan Not (belakang sekali) dan kak Tee (belakang aku)




Dari kejauhan dah nampak pintu gerbang Welcome to Ghorepani Poon Hill ni, yeayy....tak lama dah nak sampai. Tiba di pintu gerbang ni pada jam 4.05 petang, masa ni hujan dah turun tapi tak lebat lagi, sekadar dapat membasahkan bumi dan menyahusir asap kebakaran.


Alhamdulillah kami tiba di Green View Lodge & Restaurant, Ghorepani (2,874m) pada jam 4.35 petang. Disebabkan tadi ada hujan sikit, suhu di persekitaran jadi lebih sejuk. Nasib baik kat teahouse ni ada alat pemanas yang disediakan di dalam restoran jadi semua orang boleh lepak kat situ untuk memanaskan badan.

Hari ni aku mandi hot shower dengan bayaran NPR 100 (RM 3.60) segar badan, tak sanggup nak mandi air sejuk walaupun hakikatnya adalah lebih baik mandi air sejuk untuk melegakan muscle dalam badan.

Gambar kiri : Sara, kak Ratna dan Roslyn tengah lepak di hadapan alat pemanas, memang syok duduk depan pemanas ni sebab suhu terlalu sejuk sekarang. 
Gambar kanan : kak Bai, Philippa dan kak Tee sedang update socmedia kut sambil-sambil nak pilih nak makan apa dinner jap lagi.

Malam ni kena tidur lagi awal sebab esok pagi kena bangun awal sikit untuk ke Poon Hill pula untuk layan sunrise dan view yang pastinya adalah lebih cantik. Dan ia juga merupakan salah satu lokasi utama dalam itinerari pendakian kami.

Hari ni aku dapat sebilik semula dengan roomate aku dengan Abujid dan Mozart. Kami ditempatkan dalam bilik berempat walaupun kami hanya bertiga. Lucky us, bilik lebih luas tapi pada masa yang sama lebih sejuk juga la sebab luas...hahah

Sebelum tidur, sempat aku buat kerja hakiki aku kejap dalam sejam dan apabila jam dah menunjukkan 10.00 malam, masa untuk tutup laptop dan tidur...zzzzz.



~ T A M A T   H A R I   0 5 ~

No comments:

Post a Comment