D E U R A L I T O
A N N A P U R N A B A S E C A M P ( A B C )
- 9 K M ( 4 - 6 J A M )
H A R I K E - 6 P E N D A K I A N
H A R I 0 9 - 1 0 M e i 2 0 2 4 ( J u m a a t )
Bangun pagi pada jam 4.30 pagi, suhu dalam bilik sejuk, aku check kat handphone, suhu sekarang adalah 6 darjah celcius, menggigil satu badan nak ambil wuduk...haha..
Jam 6.30 pagi, kelihatan geng perempuan yang lain dah ramai berada kat luar sambil mengambil gambar, cuaca hari ni nampak cerah.
Jam 6.30 pagi, kelihatan geng perempuan yang lain dah ramai berada kat luar sambil mengambil gambar, cuaca hari ni nampak cerah.
Sarapan pagi disediakan jam 7.00 pagi, malam tadi kami dah order sesiap untuk sarapan, jadi duduk je kat cafe makanan kami dh tersedia siap. Cara ni adalah lebih mudah untuk tak membuang masa pada waktu pagi.
Kelihatan masing-masing antara kami begitu excited pagi ni, alhamdulillah semua sihat-sihat belaka. Hari penentu yang kami akan tiba di Annapurna Base Camp (ABC), ikut perkiraan perjalanan sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja. Semoga perjalanan kami akan berjalan dengan lancar hari ni.
Tepat jam 8.00 pagi selesai doa dibacakan, perjalanan menuju ke Machhapuchhre Base Camp (MBC) bermula. Trek menuju ke MBC adalah sedikit berbatu, lembah dan bersebelahan dengan Sungai Modi (Modi Khola).
View sepanjang perjalanan cukup menakjubkan.
Dari kejauhan lagi dah nampak snow cap pergunungan ditambah lagi dengan cuaca yang cukup cerah menambahkan lagi keindahan pemandangan sepanjang perjalanan. Walaupun cuaca nampak terik tapi suhu persekitaran cukup nyaman untuk pendakian kami.
Bilangan pokok sepanjang trek semakin berkurangan dan kebanyakannya daripada jenis bush and shrub. Daun-daun pokok pula masih lagi hijau-kekuningan walaupun di penghujung musim Spring. Ia akan subur menghijau apabila masuk musim hujan beberapa minggu lagi.
![]() |
Terserempak dengan sherpa ni, aku pun tak pasti apa yang dipikul di belakangnya, nampak macam jaring untuk penapis pasir pun ada |
Tiba di Machhapuchhre Base Camp (MBC) pada jam 10.30 pagi, sepatutnya kami akan stop kat sini untuk rehat sebelum meneruskan ke last check point iaitu ABC tapi Pippa dan Abujid telah pun meneruskan pendakian ke ABC. Diorang dua sebenarnya tersilap info dari porter kami (Sagar namanya) yang perjalanan akan diteruskan sehingga ke ABC tak perlu singgah kat mana-mana pitstop.
Jadinya Pippa dan Abujid dah tiba di ABC lebih awal...kami 10 orang di belakang akan stay kejap di MBC untuk rehat.
Jadinya Pippa dan Abujid dah tiba di ABC lebih awal...kami 10 orang di belakang akan stay kejap di MBC untuk rehat.
Sejak sejam lalu kabus dah mula menutupi lembah sepanjang perjalanan, langit pun dah tak berapa nampak. Puncak-puncak gunung di sepanjang trek pun dah hilang dari pandangan, suhu pula semakin sejuk.
Memandangkan hari pun masih lagi pagi kami akan lepak lama sikit kat MBC ni sebab trek yang seterusnya ke ABC pun gradually menaik dan hanya berjarak sekitar 2.9km je, jadinya kami tak perlu rushing sangat pun.
![]() |
Missing Pippa dan Abujid, diorang dah ke depan tinggal kami je kat belakang untuk menikmat minum pagi. Nak kata lunch dak juga sebab masih lagi belum tengahari. |
Dapat makan maggi cup dengan secawan kopi panas...fuhhhhh memang sedap gile ditambah lagi dengan suhu yang sejuk dan pada masa yang sama matahari terik terpacak di atas kepala. Mulanya kami nak minum kat luar tapi suhu terlalu sejuk jadi decided kami lepak kat dalam je...haha...sejuk gedikkk.
Jam 12.10 tengahari pendakian diteruskan, masa ni kabus kejap hilang...kejap muncul...macam chipsmore.
![]() |
Dari jauh kelihatan MBC sebaik je kami memulakan perjalanan ke ABC, Gunung Fish Tail kat belakang (kanan) tak berapa nampak |
Alhamdulillah jam 2.25 petang, aku tiba di papan tanda keramat NAMASTE Annapurna Base Camp.
Nampaknya cuaca agak mencemburui kami waktu ni apabila hanya kelihatan kabus je menyelubungi kawasan sekitar.
Kelihatan di wajah masing-masing menunjukkan tanda kepuasan dengan kejayaan kecil ni. Ada kalangan mereka yang menangis kegembiraan sambil berpelukan antara satu sama lain. Tahniah semua akhirnya sampai juga di sini dengan selamat.
Aku lepak kat sini lebih kurang 20 minit, ambik gambar dan video buat kenang-kenangan, lepas tu terus menuju ke teahouse kena jalan dalam 200m lagi ke atas.
Check-in bilik bertiga malam ni, selepas barang dipunggah aku meneruskan solat dengan mengambil air wuduq dari paip....sejuknyaaaaa...suhu pada masa ni adalah 2 darjah celcius.
Walaupun musim bunga (Spring) dah semakin menghampiri penghujung, sisa-sisa salji pada musim salji (winter) pada bulan Disember - Februari hari tu masih ada di sekitar teahouse di Base Camp ini. Tapi warna putih salji tu sudah pun bercampur dengan warna tanah mungkin disebabkan ia telah dipijak oleh para pendaki.
View banjaran Himalaya mula terserlah apabila kabus menghilang, menampakkan langit biru walaupun sedikit berawan.
Sekitar jam 6.15 petang, aku dan Pippa keluar untuk menikmati keindahan Base Camp memandangkan cuaca pun dah cerah semula.
![]() |
Kelihatan masih ada sisa-sisa salji yang dah membeku disaluti dengan tanah |
![]() |
Annapurna Sanctuary Lodge & Restaurant (bangunan sebelah kanan), ini la hostel (teahouse) kediaman kami malam ni, cukup selesa untuk para pendaki merehatkan diri dan menjamu selera di cafe |
Jam 7.30 malam dinner time, masing-masing pun dah kelaparan dan seperti hari-hari yang lain segala bekalan makanan sampingan kami letak atas meja, makan pedas-pedas dengan suhu yang sejuk ni memang menyelerakan sungguh.
Sementara menunggu dinner disediakan kami order sesiap untuk sarapan pagi esoknya pula.
Jam 10.00 malam aku pun dah mengantuk, badan perlukan rehat dan esok perjalanan kami adalah lebih panjang dari hari-hari yang sebelumnya, sleeping time...zzzZZZzzz
~ T A M A T H A R I 0 9 ~
No comments:
Post a Comment