T A D A P A N I T O C H H O M R O N G
- 9 K M ( 6 - 8 J A M )
H A R I K E - 4 P E N D A K I A N
H A R I 0 7 - 0 8 M e i 2 0 2 4 ( R a b u )
Hari ni alarm aku set jam 4.30 pagi untuk solat subuh lewat sikit dari semalam, turun dari katil dan buka je pintu bilik terus udara sejuk terasa disebabkan aku nak ambik wuduk jadi jaket aku tak pakai dan hanya mengenakan 2 lapis baju je. Bersedia la dengan air sejuk macam dalam peti ais nak ambik wuduk...hahaha.
Selesai solat subuh memang aku tak boleh nak tidur dah, jadi aku buka laptop balik untuk sambung buat kerja lagi.
Turun sarapan jam 7.00 pagi, malam tadi pun kami dah order sesiap jadi turun je kat cafe makanan memang dah sedia untuk dihidang.
![]() |
Jarak perjalanan kami hari ni adalah 9km dan akan melalui pendakian menurun lagi sehingga ke pitstop terendah pada ketinggian 2,060m a.s.l dan selepas itu akan mendaki semula. Nampak gaya hari ni kami akan menggunakan anggota lutut dengan lebih keras lagi.
![]() |
Masing-masing dah ready untuk menyambung perjalanan hari ni |
Perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi dengan trek tangga batu yang menurun untuk beberapa minit dan seterusnya off track sepanjang pendakian.
![]() |
Antara anak-anak tangga yang dilalui untuk turun, tengok la saiz aku dengan Pippa kat bawah tu...nampak kecik ja dia, memang banyak gile anak tangga |
![]() |
Lagi anak-anak tangga nak kena lalu, redah je la nak sampai ke destinasi |
Tiba di Chuile (2,309m a.s l) pada jam 9.45 pagi, salah sebuah perkampungan yang perlu di lalui sebelum sampai ke Chhomrong.
![]() |
Chuile |
![]() |
Jambatan Gantung yang merentang Kimrong Khola (Sungai), boleh tahan juga panjang jambatan ni, gayat nak lalu |
![]() |
Johnny, Philippa & Roslyn (wakil dari Borneo Island) |
Tiba di Hotel Alpine, Chhomrong pada jam 1.15 petang, sebelum sampai kat sini sebenarnya hujan dah mula turun sekitar jam 12.50 tengahari tadi. Apabila sampai je kat sini, hujan mula turun dengan lebatnya.
Masa ni aku dengan Philippa je sampai kat sini, memandangkan hujan dah mula turun dengan lebatnya kami decide untuk stay je kat sini sementara hujan reda. Kebetulan dah memang lunchtime dan perut pun agak lapar...jom la kita order dulu kat kafe.
Aku dah Philippa hanya order teh O lemon dan air panas untuk masak maggi cup. Nak hiking masa hujan lebat memang bukan la option yang terbaik untuk kami sekarang, tak pasal-pasal kena 'beku' pula kami nanti sebab kesejukan.
Aku dah Philippa hanya order teh O lemon dan air panas untuk masak maggi cup. Nak hiking masa hujan lebat memang bukan la option yang terbaik untuk kami sekarang, tak pasal-pasal kena 'beku' pula kami nanti sebab kesejukan.
Setelah sejam suku kami kat sini, hujan dah mula reda, aku dengan Philippa ambik keputusan untuk meneruskan pendakian, geng yang belakang kami masih lagi belum sampai kat sini.
Kami menyambung perjalanan pada jam 2.20 petang, meneruskan pendakian naik dan turun anak-anak tangga batu.
![]() |
Antara trek tangga batu di Chhomrong |
Tiba di checkpoint kedua untuk daftar masuk pendakian di trek ABC, kat sini kena tunjukkan permit pendakian untuk di semak oleh pegawai yang bertugas.
Tapi sebenarnya aku dah termissed check point ni, masa turun tu tak perasan pun ada papan tanda Check-Post tu. Masa dah sampai kat bawah pitstop paling rendah tu baru aku dapat call dari Roslyn (dia ada kat belakang kami) yang sepatutnya aku kena check-in lagi sekali. Lucky me nasib bagi pegawai yang bertugas tu boleh terima softcopy jadi aku send ja guna whatsapp kat Roslyn dan minta dia tunjuk kat pegawai tu.
Nak suruh aku naik semula memang tak la sebab dah terlalu jauh kat bawah dah kami ni, penat oiiii nak naik semula.
![]() |
Trek tangga lagi guys |
![]() |
Come on Pippa (panggilan aku kat Philippa)...sikit lagi nak habis tangga ni... |
![]() |
Aihhh...bila nak habis tangga ni, selfie dulu la walaupun masa ni masih lagi hujan renyai-renyai |
![]() |
Sikittttt lagi nak habis tangga ni, walaupun banyak anak tangga tapi sebenarnya lutut tak rasa sakit sebab riser anak-anak tangga tu tak terlalu tinggi |
Setelah melalui trek tangga yang berpuluh ribu tu akhirnya aku dengan Pippa pun sampai kat Sherpa Guesthouse, Lower Sinuwa (2,220m a.s.l) pada jam 4.20 petang.
Sampai kat teahouse jumpa owner untuk urusan check-in, masuk bilik terus siapkan diri dulu untuk solat.
Alhamdulillah jam 5.51 petang geng kami yang terakhir kak Ratna, kak Bai dan Sara tiba di teahouse dengan selamatnya. Urusan check-in untuk semua perserta selesai.
Jam 7.00 malam masing-masing dah turun ke kafe untuk dinner dan juga aktiviti charging sebab kat dalam bilik takde plugpoint, bayaran akan dikenakan untuk recharging untuk hari ni (NPR 200 sekali charging).
Selesai makan malam, masuk bilik masing-masing tidur awal sikit malam ni.
~ T A M A T H A R I 0 7 ~
No comments:
Post a Comment