Sunday, 12 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 11)

 



C H H O M R O N G   T O  J H I N U   D A N D A 

- 5  K M  ( 3 - 4  J A M )


H A R I   K E - 8  P E N D A K I A N


H A R I   1 1  -  1 2   M e i   2 0 2 4   ( A h a d )

Bismillahirrahmaanirrahim . . .

Kami decide akan gerak lewat hari ni sebab jarak perjalanan adalah dalam 3-4 jam je jadi tak perlu rushing sangat. Banyak masa untuk kami lepak-lepak kat teahouse ni. 

Selepas solat subuh, aku mula mengemas barang yang aku bawa sendiri dan porter. Selesai semua aku terus keluar dari bilik dan lepak di balkoni teahouse, kelihatan beberapa rakan aku yang lain sedang sibuk mengambil gambar.

Cuaca sangat cantik dan cerah , kelihatan langit membiru dari kejauhan ternampak gunung fish tail (Machhapuchare) begitu cantik dan gah.

Gambar kiri : itu lah dia Chhromrong...kelihatan susunan bangunan bertingkat-tingkat di lereng pergunungan, nak naik sampai ka puncak tu jumlah tangga hampir 4000 anak tangga
Gambar kanan : Gunung Fish Tail menampakkan puncaknya yang berbentuk seperti ekor ikan


Sarapan kami agak lewat dari kebiasaan iaitu sekitar jam 8.00 pagi supaya lebih banyak masa untuk kami berehat dan enjoy the view. Jam 9.45 pagi kaki mula melangkah meninggalkan teahouse Sherpa Guesthouse menuju ke Jhinu Danda. 

Trek tangga sedang menuggu di hadapan, terasa kaki cuba untuk berhenti dari meneruskan langkah tapi apakan daya perjuangan hari ni tetap diteruskan (macam nak pergi berperang padahal nak turun/naik tangga je pun).

Semasa turun kami terserempak dengan pendaki dari Malaysia yang baru je memulakan pendakian trek ABC semalam melalui pintu masuk Jhinu Danda, geng ni tak lalu trek ke Poon Hill jadi trek diorang hanya mengambila masa 6 hari je.


Tiba di sini, ada peniaga yang tengah menjual buah-buahan, singgah sat beli epal, boleh tahan juga harganya NPR 200 (RM 4.60) sebiji, biasa la harga gunung, harga kayangan betul


Aku dan Pippa, start kat sini kena naik tangga  yang beribu tu laaaa...bersedia laa


Tengok je la tangga-tangga yang kami nak lalu tu...uihhhh...boleh tahan


Sewaktu mula nak mendaki tangga-tangga ni, hujan renyai mula turun. Aku harap sangat yang hujan tak lebat, kalau tak boleh tahan sejuk juga ni nanti, mau cramp segala muscle.


Masing-masing naik berdikit-dikit membilang anak-anak tangga satu demi satu...bertahan la wahai sahabat-sahabatku...hahaha...sekejap ke kiri...sekejap ke kanan.

Hujan yang turun tadi renyai-renyai kini semakin mencurah-curah tapi masih lagi dalam kadar sederhana dan kabus mula menutupi sepanjang trek pendakian. 


Singgah di Check Post, Chhomrong untuk pendaftaran check out, hanya perlu inform yang group kami akan keluar dari Chhomrong tak perlu tunjukkan permit sepertimana semasa kami memasuki trek ABC


Sepanjang trek tangga Chhomrong terdapat gerai-gerai jualan souvenir, cuci mata je la...tak beli apa pun


Gambar kanan : beberapa ekor keldai yang membawa barang-barang sedang melalui trek, bagi diorang lalu dulu la ye...kuat betul keldai-keldai ni




Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Namaste Guest House & Restaurant, Jhinu Danda pada jam 1.40 petang

Kat sini juga terdapat satu kawasan kolam air panas, tapi kena turun dalam 20 minit dari teahouse ni. Memandangkan aku dah pernah pergi dulu tahun 2015, kali ni aku tak mau turun sebab malas...nak turun tu takde masalah tapi nak naik pula lepas tu...haha..tak pa la bagi peluang kawan-kawan yang lain.




Dinner kami jam 8.00 malam, macam-macam isu yang disembangkan ada yang sebenarnya excited sebab esok adalah hari terakhir untuk kami trekking itu pun sebenarnya tak jauh malahan lagi dekat dari trek hari ini.

Malam ni tidur lambat sikit dari kebiasaan.



~ T A M A T   H A R I   1 1 ~

No comments:

Post a Comment