Saturday, 11 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 10)

 


A N N A P U R N A   B A S E   C A M P   T O

C H H O M R O N G

- 2 7  K M  ( 9 - 1 0  J A M )


H A R I   K E - 7   P E N D A K I A N


H A R I   1 0  -  1 1   M e i   2 0 2 4   ( S a b t u )

Bangun seawal jam 4.30 pagi, nampaknya cuaca di luar sangat cerah, Alhamdulillah...peluang untuk menikmati keindahan di Base Camp sepuasnya memandangkan semalam cuaca berkabus dan hanya clear pada waktu senja je.

Matahari mula menampakkan cahaya pada jam 5.20 pagi, keluar dari bilik kelihatan dah ramai yang berada di luar dari teahouse dan menuju ke port tempat ambil gambar di sekitar Base Camp.

Suhu sejuk beku waktu pagi tidak menghalang untuk kami lepak di luar.

Berbaju Melayu di Annapurna Base Camp (ABC) dengan berlatarbelakangkan puncak Annapurna South, 7,219m). Puncak gunung berwarna keemasan apabila terkena cahaya matahari pagi.


Foto atas kiri : bersama dengan roomate Mozart dan Abujid
Foto bawah kiri : Mozart..yang berbaju kurung biru kak Ratna, kak Bai (pink) dan Sara (orange), berdiri dari belakang kiri sekali Roslyn dan Philippa yang mengenakan pakaian tradisional orang Sabah

Posing bersama dengan kak Tee, Madina dan Not...sakan berbaju kurung dalam keadaan suhu yang sejuk

Berlatarbelakangkan Fish Tail (sebelah kanan) dan Base Camp, kelihatan biasan matahari pagi mula menyinar di sebalik Banjaran Himalaya


Setelah lebih kurang sejam dok posing sana sini, kira-kira jam 6.20 pagi aku balik semula ke bilik dan mengemas beg dan sebagainya. 

Sarapan pagi jam 7.00 pagi aku gerak ke cafe, kelihatan dah ada beberapa orang rakan aku yang dah duduk sambil bersembang dan sebagainya. Apabila semua dah ada di cafe hidangan sarapan pun diletak di atas meja.

Jam 7.45 pagi, selesai sarapan dan mengemas beg kami semua berkumpul di luar teahouse. Masing-masing sibuk mengambil gambar di sekitar teahouse sebelum meneruskan perjalanan nanti.

Sarawak, negeri kelahiran aku berkibar megah di laman teahouse Annapurna Base Camp (ABC)

Terengganu...negeri kelahiran Ada Suhaq dan Iman Mikayla juga turut berkibar megah di Annapurna Base Camp (ABC)


Group photo di hadapan papan tanda ABC...alhamdulillah tahniah semua dah berjaya sampai di sini



Perjalanan menuju ke Lower Sinuwa, Chhomrong diteruskan dalam jam 8.00 pagi, kena gerak awal juga sebab perjalanan hari ni memang jauh walaupun secara keseluruhannya menurun tapi penggunaan anggota lutut akan lebih banyak.

Foto atas kanan : aku dengan guider kami Arjun

Cuaca hari ni cukup menyebelahi kami untuk meneruskan perjalanan, Alhamdulillah, walaupun rasa agak sedih sikit sebab akan meninggalkan Base Camp ni untuk kesekian kalinya tapi apakan daya trip harus diteruskan.

Cahaya matahari bersinar dengan langit yang membiru tanpa kehadiran awan namun, suhu persekitaran masih lagi sejuk. Aku hanya memakai baju melayu dengan selapis baju drifit. Perjalanan pagi ni, kami ditemani dengan pemandangan yang cukup cantik dan bunyi aliran sungai di sepanjang trek...indahnya ciptaan Yang Maha ESA.



Damainya suasana dengan bunyi aliran sungai di sepanjang trek




Sejam perjalanan aku tiba di MBC, sepatutnya tak lama pun nak sampai kat sini tapi disebabkan banyak kali stop ambik gambar jadi masa yang diambil lebih lama, rugi la kalau tak snap gambar sebab cuaca cantik hari ni.



Berlatarbelakangkan jajaran Banjaran Himalaya


Dengan Sara dan kak Ratna




Tiba di Deurali pada jam 10.30 pagi, tak menyinggah pun kat sini pendakian diteruskan dan cuaca pun masih lagi baik cuma sekali sekala kabus datang dan pergi.


Beribu anak-anak tangga turun terpaksa di lalui, lutut...lututttt




Jam 11.35 pagi tiba di Himalaya, kami lepak kat sini sekejap sambil minum kopi, Alhamdulillah Mozart belanja minum pagi ni. Suhu yang sejuk menambahkan lagi selera kami lepak-lepak kat sini sambil menghirup secawan kopi panas.




Setelah mengharungi perjalanan hampir 9 jam, akhirnya kami tiba di Sherpa Guesthouse, Lower Sinuwa, Chhromrong pada jam 4.45 petang.

Selesai trek hari ni sejauh 27 km...jarak yang sejauh ni kalau mendaki mesti akan mengambil masa yang lebih lama...nasib baik banyak menurun berbanding menaik, lega.

Geng aku yang terakhir tiba di sini lebih kurang jam 5.50 petang...alhamdulillah lega semua dah sampai dengan selamatnya.

Dinner jam 7.30 malam dan rehat masuk bilik jam 10.00 pagi, esok akan sambung lagi perjalanan walaupun tak sejauh macam hari ni tapi agak struggle  sikit sebab akan mendaki beribu anak tangga.



~ T A M A T   H A R I   1 0 ~

No comments:

Post a Comment