C H H O M R O N G T O D E U R A L I
- 1 8 K M ( 9 - 1 0 J A M )
H A R I K E - 5 P E N D A K I A N
H A R I 0 8 - 0 9 M e i 2 0 2 4 ( K h a m i s )
Seperti biasa alarm berbunyi 4.30 pagi, rutih harian aku teruskan dengan membuka laptop.
Kat sini kami akan tinggalkan barang dan ration untuk dua hari terakhir pendakian memandangkan hari ke-7 pendakian kami akan stay kat sini semula.
Turun sarapan pada jam 7.30 pagi dan menu juga telah pun disiapkan sebab dah order sesiap malam tadi masa dinner.
Jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan menuju Deurali. Hari ni pendakian kami adalah naik dan turun dan jarak perjalanan sejauh 18km, kemungkinan masa yang kami akan ambil adalah sekitar 9 jam bergantung kepada kelajuan dan prestasi masing-masing hari ni.
Cuaca pun nampak macam ok, semoga perjalanan kami pada hari ni akan baik-baik je tanpa hujan. Kalau hujan confirm masing-masing akan menggigil kesejukan sebab kami mendaki ke altitud yang lebih tinggi iaitu 3,200m a.s.l dan bukanlah keadaan yang selesa dan kurang selesa untuk kami mendaki dalam keadaan macam tu.
Pendakian kami diteruskan menuju ke Upper Sinuwa di ketinggian 2,360m, banyak tangga batu yang perlu dilalui. Sesekali kami juga terserempak dengan beberapa orang pendaki dari Malaysia dan penduduk tempatan sepanjang pendakian di sini.
![]() |
Tak pasti samada penduduk tempatan yang kerja sebagai porter atau sebenarnya diorang ni pikul barang peribadi |
Perjalanan dari Upper Sinuwa sedikit rileks sebab trek agak landai dan teduh. Trek yang kami lalui ni berada di dalam kawasan Bamboo Rhododendron & Oak Forest. Suasana kat sini sangat nyaman dan lebih sejuk memandangkan ia dikelilingi dengan pokok dan mossy.
Alhamdulillah kami tiba di Dovan (2,505m a.s.l) pada jam 12.12 tengahari, suhu masa ni agak sejuk disebabkan altitud yang dah semakin tinggi ditambah lagi kami berada di kedudukan lembah dan berdekatan dengan sungai Kola.
Kat sini kami akan berhenti untuk makan rehat, makan tengahari dan solat. Kami memilih Cafe Hotel Tip-Top (Gandruk 11, Dovan). Geng kami yang terakhir sampai di sini kak Bai dan Roslyn pada jam 12.38 tengahari, jarak antara kami yang kat depan tak jauh sangat lagipun trek agak landai dan santai sikit setakat ni.
Pendakian diteruskan pada jam 1.45 petang, trek agak landai sepanjang perjalanan, hujan renyai-renyai mulai membasahi bumi dan menyebabkan suhu semakin dingin.
Trek selepas Dovan ni agak mencabar sikit sebab banyak tangga batu yang perlu kami lalui. Masing-masing langkah pendakian semakin perlahan namun hilang rasa kepenatan sebab dihidangkan dengan view yang cantik dan suasana nyaman.
![]() |
Trek tangga batu yang agak curam |
Tiba di Baraha Temple dan juga kebetulan terdapat satu platform untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan aliran air terjun mini, kawasan ni dinamakan sebagai avalanche.
Stop kat sini untuk ambik gambar sebagai kenangan sebelum meneruskan usaha mendaki tangga-tangga batu.
Tiba di Himalaya pada ketinggian 2,900m a.s.l pada jam 3.25 petang dan seperti biasa kami stop sekejap kat sini untuk rehat dan top up tenaga dan sesi posing.
Semakin tinggi pendakian semakin slow pergerakan kami, tapi kami tetap melangkah dengan penuh bersemangat. Kelihatan awan mendung berarak seperti menemani kami sepanjang perjalanan. Semoga cuaca akan terus baik agar pendakian kami berjalan dengan lancar.
Tiba di trek Huge Rock, Hinku Cave (3,170m a.s.l) pada jam 4.45 petang, tak jauh dah dengan next pitstop. Rehat kat sini lagi sambil menikmati pemandangan yang cukup cantik di persekitaran.
![]() |
Gambar kiri : dari Hinku Cave dah nampak dah bangunan Teahouse, Deurali Gambar kanan : aliran anak sungai dari mata air pergunungan sebelum tiba di Deurali, celup je jari sejuk beku jadinya |
Jam 4.56 petang meneruskan perjalanan ke Deurali (3,200m a.s.l) nampak macam dekat je dari sini..tapi ya ALLAH berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya...haha..
Dalam masa 40 minit aku pun tiba kat Deurali (tepat jam 5.36 petang), kalau ikutkan tak jauh mana pun tapi disebabkan banyak stop untuk ambil gambar jadi masa yang di ambil lebih panjang. Kalau non stop rasanya 20-25 minit dah sampai dah pun. Suhu kat sini, sejuk gedik, ya la sebab dah tinggi 3,200m dah kan.
Dalam masa 40 minit aku pun tiba kat Deurali (tepat jam 5.36 petang), kalau ikutkan tak jauh mana pun tapi disebabkan banyak stop untuk ambil gambar jadi masa yang di ambil lebih panjang. Kalau non stop rasanya 20-25 minit dah sampai dah pun. Suhu kat sini, sejuk gedik, ya la sebab dah tinggi 3,200m dah kan.
Kak Ratna dan Sara adalah geng terakhir yang tiba di Deurali, tapi jarak dengan dengan di hadapan hanyalah berbeza 10minit je...Alhamdulillah.
Check-in teahouse, masing-masing rehat dan dinner pada jam 7.30 malam. Suhu waktu malam bertambah sejuk, nasib baik kat cafe suhu agak selesa.
Aku seperti biasa lepas dinner akan mula menyambung buat kerja, ada yang lepak kat cafe sambil berborak dan ada yang sudah masuk ke bilik untuk berehat dan sebagainya. Tepat jam 10.00 malam aku pun off laptop dan tidur.
Aku seperti biasa lepas dinner akan mula menyambung buat kerja, ada yang lepak kat cafe sambil berborak dan ada yang sudah masuk ke bilik untuk berehat dan sebagainya. Tepat jam 10.00 malam aku pun off laptop dan tidur.
~ T A M A T H A R I 0 8 ~
No comments:
Post a Comment