![]() |
G H O R E P A N I - T A D A P A N I
- 1 3 K M ( 7 - 8 J A M )
H A R I K E - 3 P E N D A K I A N
H A R I 0 6 - 0 7 M e i 2 0 2 4 ( S e l a s a )
Alarm jam kat handphone berbunyi tepat jam 4.00 pagi, sedar je dari lena tu terus terasa suhu yang sangat sejuk di persekitaran bilik ni. Aku tengok Mozart dan Abujid pun dah mula terjaga dan bersiap-siap.
Solat Subuh terlebih dahulu sebab kami akan gerak ke Poon Hill (3,210m) pada jam 4.45 pagi, memandangkan solat subuh di sini awal, jadi sempat la untuk kami solat di dalam teahouse terlebih dahulu. Pagi ni, setiap orang hanya perlu galas backpack kecik je untuk bawa air dan sedikit kudapan. Dan juga sedikit duit poket untuk bayaran tiket masuk ke Poon Hill atau mungkin nak minum-minum kopi/teh ke kat atas tu nanti.
Selesai solat subuh masing-masing semua turun ke tingkat bawah kat cafe untuk berkumpul sebelum memulakan pendakian pagi ni.
Tepat jam 4.45 pagi kami memulakan pendakian ke Poon Hill yang kalau dikira dengan kelajuan pendakian standard hanya la mengambil masa dalam 45 minit hingga 1 jam je (1.4km) bergantung kepada speed dan stamina masing-masing.
Pagi-pagi mendaki dengan cuaca yang gelap dan suhu 6 darjah celcius masa ni agak menguji ketahanan mental dan fizikal masing-masing, bertabah la semua.
Tepat jam 5.45 pagi, Alhamdulillah aku berjaya juga sampai ke puncak Poon Hill, ada beberapa orang geng aku dah sampai lebih awal dah sibuk dengan sesi mengambil foto.
![]() |
Tengah beratur untuk membeli kopi dan teh panas, memang best dapat minum minuman panas kat atas ni dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan yang cantik lagi |
![]() |
Roomates at Nepal |
Lebih kurang dalam sejam kami lepak kat atas ni, orang pun masih ramai lagi tapi tak sesak sehingga menyebabkan kawasan puncak ni padat. Masih ada ruang yang luas untuk kami explore. Jika dibandingkan dengan pertama kali aku sampai di sini 2015 dulu, terdapat sedikit perubahan yang aku lihat.
Kami turun dari puncak Poon Hill jam 6.45 pagi , apabila turun pada waktu siang baru la nampak bunga rhododendron yang tumbuh sepanjang trek dari Poon Hill ke Ghorepani. Memang cantik dan unik betul bunga dia, walaupun sekarang adalah penghujung musim Spring tapi bunga ni masih lagi kembang elok cuma mungkin tak selebat semasa pertengahan Spring.
Tiba di teahouse pada jam 7.20 pagi, masuk semula bilik masing-masing untuk kemas barang bagi meneruskan pendakian pada hari ini. Selesai mengemas kami terus turun ke cafe di tingkat bawah untuk menikmati sarapan pagi.
Sarapan pagi telah disediakan memandangkan kami memang dah order sesiap semalam. Sarapan pagi kami seperti biasa akan disulami dengan segala sambal yang telah kami bawa dari Malaysia.
Sempat lagi nak wefie sambil-sambil sarapan pagi. Aku dengan laptop berpisah tiada, selesaikan dulu kerja sebelum memulakan pendakian dan emel ke ofis di Malaysia |
Suhu di luar agak sejuk, memandangkan ketinggian di Ghorepani adalah 2,874m dari aras laut. Walaupun matahari memancar cerah namun kedinginan tetap terasa sehingga ke tulang. Aku tak mengenakan jaket sebab nanti masa hiking badan akan berpeluh juga dengan pembakaran tenaga kata dalam badan.
Ambik gambar bersama owner Teahouse, lagi 4 orang takde dalam ni sebab sibuk ambik gambar kat dalam teahouse |
Wefie lagi sekali sebelum menyambung pendakian |
Perjalanan hari ni walaupun banyak menurun tapi sebenarnya kena lebih berhati-hati memandangkan ia melibatkan pergerakan sendi lutut yang berlebihan dan hari ni baru je hari ke-3 jadi penjagaan lutut amat-amat lah di titikberatkan supaya ia tidak digunakan dengan terlalu berlebihan.
Menyambung perjalanan pada jam 9.00 pagi menuju ke destinasi seterusnya iaitu Tadapani. Jarak antara kedua-dua tempat ini adalah 13 km dan mungkin akan mengambil masa dalam 7 jam (termasuk rehat dan pendakian).
![]() |
Tengok la tu kelopak-kelopak bunga rhododendron yang dah luruh tapi masih cantik lagi warnanya |
Kami menggunakan trek yang dinamakan sebagai Deurali Pass yang melalui Oak & Rhododendron Forest. Trek ini juga dinamakan sebagai Ghorepani Ghandruk Trek yang merupakan antara salah atu trek yang curam sepanjang trip pendakian ABC kami ni.
Perjalanan melalui Oak & Rhododendron Forest memang sangat mengagumkan kerana di penuhi dengan bunga-bunga rhododendron dan juga pokok oak. Walaupun sudah penghujung Spring dan bunga pun sudah mula luruh tapi tetap menghidangkan pemandangan yang cukup mempersonakan ditambah lagi dengan suhu yang dingin...fuh mengasyikkan.
Kami tiba di Deurali (Ghorepani) pada jam 11.25 pagi, perkampungan ni masih lagi berada di dalam kawasan Oak & Rhododendron Forest. Rehat kat sini dalam 25 minit sambil window shopping, terdapat beberapa gerai jualan barangan tempatan yang ada kat sini.
![]() |
Gambar kanan : aku dengan Madina dan kak Sally |
Jam 11.50 pagi perjalanan bersambung dengan trek yang curam dan menurun. Dia punya menurun tu tak boleh bawa bincang betul dah la jauh ditambah lagi dengan curam memang menguji kekentalan kami semua untuk meneruskan penurunan pendakian.
Kami tiba di Gurung Lodge & Riverside (River Side) pada jam 12.58 tengahari. Kami rehat kat sini untuk rehat dan lunch. Cuaca kat sini agak sejuk memandangkan ketinggian kat sini adalah 2,660m a.s.l dan kedudukannya di tengah-tengah lembah tanah tinggi dan tepi sungai.
Lepak kat sini lebih kurang dalam sejam suku, lunch , rehat dan solat sesiap. Jam 2.15 petang kami menyambung perjalanan menuju ke Tadapani dengan perjalanan kami kali ni agak consistent naik, turun dan landai. Kebanyakannya melalui trek tanah dan sesekali menaiki trek tangga batu.
![]() |
Masing-masing dah mengenakan raincoat sebab hujan dah mula turun tapi renyai-renyai jela, aku pakai payung je |
![]() |
Kalau tengok pada gambar sebelah kiri adalah trek tangga yang mencanak, sampai je kat atas memang kena take 10 la jawabnya |
Setelah melalui pendakian yang agak tough hari ni, akhirnya kami tiba di Fishtale View Top Lodge, Tadapani (2,680m a.s.l) pada jam 4.00 petang.
Suhu malam ni 10 darjah celcius, tinggi sikit daripada semalam masa kat Ghorepani, kabus mula menyelubungi kawasan pergunungan disebabkan hujan pada petang tadi.
Jam 7.00 petang semua dah turun ke cafe untuk makan malam, kami dah order sesiap masa sampai kat sini petang tadi jadi sebaik je kami turun tu semua makanan sudah pun siap dimasak hanya menunggu untuk di hidang je.
Tak ramai sangat yang duduk kat teahouse ni, ada la beberapa group dari Malaysia dan dari negara lain yang turut sama makan malam di meja masing-masing. Agak sejuk juga la duduk dalam cafe ni sebab takde pemanas.
Aku masuk bilik jam 8.15 malam dan terus on laptop untuk meneruskan kerja-kerja hakiki aku. Ada juga yang tengah lepak kat luar mungkin nak menikmati suasana sejuk.
Jam 10.00 malam, masa untuk tidur dan rehat, perjalanan masih panjang dan badan perlu rehat yang cukup untuk pendakian esok.
~ T A M A T H A R I 0 6 ~
No comments:
Post a Comment