J H I N U D A N D A T O N E W B R I D G E
T O P O K H A R A
- 1 K M + 6 0 K M ( 1 J A M + 3 J A M)
H A R I K E - 9 P E N D A K I A N
H A R I 1 2 - 1 3 M e i 2 0 2 4 ( I s n i n )
Bismillahirrahmaanirrahim . . .
Hari terakhir untuk kami berada di Annapurna Sanctuary, sarapan pagi jam 8.15 pagi setelah beg dan bilik dikemaskan aku terus turun ke cafe. Beg yang sepatutnya akan di bawa oleh porter telah pun di letak di luar bilik, nanti porter akan ambik sendiri beg tersebut.
Trek hari ni memang hampir 100% tangga-tangga batu je, cuma sekali sekala ada part yang off track . Cuaca agak mendung pagi ni semoga hujan tak turun la hendaknya.
Suhu di persekitaran sejuk seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin, suhuh pagi ni adalah sekitar 17-18 darjah celcius je, aku tak pakai pun jaket sebab kejap lagi nak hiking walaupun sekadar turun anak-anak tangga badan akan tetap berpeluh walaupun sedikit. Sekitar jam 9.20 pagi kami memulakan perjalanan pendakian turun tangga.
Tiba di Jambatan Gantung yang menghubungkan Perkampungan Jhinu Danda dengan kampung-kampung lain di seberangnya. Panjang jambatan ini adalah 287m dengan ketinggian 135m dari aras tanah merentang Sungai Samrong.
Ia juga merupakan jambatan gantung terpanjang di Daerah Kaski, bukan sahaja antara penghubung terpenting penduduk kampung di sekitarnya malahan ia merupakan jalan utama yang digunakan haiwan kenderaan seperti keldai dan kuda untuk mengangkut makanan.
Jambatan ini agak menggerunkan untuk dilalui oleh mereka yang gayat disebabkan ketinggian dan jarak laluannya yang panjang. Namun, ia bakal menghidangkan view yang sangat menakjubkan dan pastinya akan memberi pengalaman baru kepada para pendaki apabila melaluinya.
Sebenarnya sebelum sampai kat jambatan ni aku risau juga sebab aku memang gayat tempat-tempat tinggi yang macam ni. Tapi kena teruskan juga sebab ini saja laluan paling pendek untuk aku lalui, ada option lain tapi lebih jauh...jadi tak pa redah je nanti.
![]() |
Gambar kanan : Aku dengan Not dan kak Tee... |
![]() |
Alhamdulillah...berjaya menyeberang melalui jambatan gantung ni...sepanjang perjalanan aku memang tak boleh nak tengok kat bawah...gerunnnn... |
Jam 10.00 pagi tiba di stesen bas Jhinu Danda, sampai kat sini masing-masing dah excited nak keluar dari kawasan pergunungan maklum la dah masuk 9 hari kat dalam hutan.
Perjalanan kami dari stesen bas ke hotel di Pokhara akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Sejam setengah yang pertama kami melalui kawasan lereng-lereng gunung, jalan yang kami lalui bukan la jalan yang bertar melainkan jalan berbatu. Perjalanan agak menyeramkan disebabkan jalan yang kami lalui memang betul-betul di lereng gunung.
Bas yang kami naiki juga agak uzur dan sepanjang perjalanan akan mengeluarkan bunyi-bunyi 'pelik'...hahah....risau juga la sebenarnya, tapi pemandu bas kami rileks je.
Lebih kurang sejam lebih sikit kami tiba di kaunter pendaftaran di Birethanti yang mula-mula kami masuk 9 hari lepas, setelah urusan check-out selesai kami meneruskan perjalanan ke Pokhara.
Alhamdulillah sekitar jam 1.30 petang kami tiba di Hotel Rudrakshya. Sampai kat hotel masing-masing merehatkan diri dan mengemas barang apa yang patut.
Malamnya kami mengadakan farewell gathering bersama dengan guider dan porter.
Selamat tinggal untuk rakan-rakan guider dan porter, semoga kita akan dapat berjumpa lagi nextime.
~ T A M A T H A R I 1 2 ~
No comments:
Post a Comment