LOMBOK - PULAU SERIBU MASJID
TARIKH TRIP : 14 - 22 September 2024 (Sabtu - Ahad)
Jolokan Pulau Seribu Masjid bagi Lombok ini bermula semasa Dirjen Bimas Islam Kementerian Agama, Effendi Zarkasih, sedang melakukan lawatan kerja pada tahun 1970. Selama lawatan kerja yang dilakukan dalam rangka merasmikan Masjid Jami Cakranegara, Effendi merasa terkesan melihat banyaknya masjid yang dibina di Pulau Lombok, secara spontan beliau menyebutkan bahawa Lombok adalah Pulau Seribu Masjid.
Perancangan nak ke Lombok sebenarnya dah lama cuma takde rezeki lagi nak ke sana, belum sampai seru la senang citer. Tapi awal tahun 2024 ni, Ada dok tengok-tengok tiket nak ke Indonesia, dapat harga tiket yang reasonable apa lagi grab terus dan tarikh pun elok. Memandangkan Iman pun dah bersekolah jadinya kami kena ikut tarikh cuti persekolahan lah. Alhamdulillah..dapat tiket dengan harga yang berpatutan.
Lepas beli tiket bermula la kerja-kerja si isteri membuat research segala bagai, lagipun memang dia rajin...hahhaa...aku ikut jela apa yang dia plan, cuma selit-selit sikit je cadangan.
H A R I 1 - 1 4 S e p t e m b e r 2 0 2 4 ( S a b t u )
Perjalanan kami bermula dari Penang dengan menaiki pesawat AirAsia, sebenarnya ada beberapa kali dah AA ni retime (biasa la kan AA, kalau tak retime tu tak sah la) dan masa penerbangan yang terakhir dia retime adalah jam 7.50 malam.
Sampai kat KLIA jam 8.50 malam, ambik grab dengan kos RM 30 (boleh tahan juga kos dia) dan terus ke Alanis Homestay (www.booking.com), perjalanan tak jauh pun dalam 15minit je, nak stay kat dalam KLIA harga hotel adalah lebih mahal.
H A R I 2 - 1 5 S e p t e m b e r 2 0 2 4 ( A h a d )
Memandangkan flight kami ke Lombok adalah sebelah petang pagi ni kami hanya lepak kat homestay je. Kebetulan malam tadi aku start pening kepala pula dengan Iman pula tak berapa sihat, memang kami tak pi mana la pagi ni. Sarapan pun makan je makanan yang ada kami bawa dari Penang semalam.
Kami checkout dari homestay dan terus menaiki grab ke KKIA jam 11.30 pagi, datang awal supaya tak kalut nanti. Sampai KKIA 2 terus je check in beg dan lunch kat dalam KKIA 2.
Jam 2.50 petang flight terbang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zainuddin Abdul Majid, Lombok. Perjalanan mengambil masa 3 jam, alhamdulillah penerbangan yang smooth ditambah lagi dengan layanan pramugari dari AirAsia X Indonesia yang terbaik. Tiba di Lombok pada jam 6.00 petang, waktu ni dah hampir gelap memandangkan Maghrib lebih awal. Urusan imigresen berjalan dengan lancar, kami hanya perlu declare kesihatan secara online melalui QR Code yang telah dipaparkan pada banner sebelum masuk bahagian imigresen (kena ada internet connection, nasib baik dalam airport memang ada free wifi). Memandangkan kami datang bersama anak kecik, jadi dapat la berbaris kat bahagian khas, urusan imigresen tu lebih laju dan mudah. Selesai urusan imigresen, terus ke pintu masuk utama airport sebab driver kami yang dah book melalui Traveloka sudah pun menunggu kat luar airport. Terus ke Restoran RM Alam Nyaman yang berdekatan dengan airport. Perut pun dah lapar, terus order ayam taliwangan yang famous kat Lombok bersama dengan menu-menu yang lain.
Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan ke Cewin's Homestay, perjalanan dari airport ke homestay cuma mengambil masa 28 minit je, sepanjang perjalanan tu sempat la bersembang dengan pak Aden (driver dari Traveloka) yang dengan mesranya berkongsi cerita sejarah Lombok.
H A R I 3 - 1 6 S e p t e m b e r 2 0 2 4 ( I s n i n )
Selamat Hari Malaysia....bangun seawal jam 5.00 pagi selesai solat subuh terus berkemas apa yang patut, masa masih panjang sebab hari ni akan lewat sedikit ke destinasi pertama trip. Sarapan jam 7.30 pagi yang disediakan oleh pihak homestay.
Jam 8.30 pagi, driver kami pak Sarim (book melalui Traveloka) dah terpacak di depan restoran ni, sebenarnya dia dah sampai awal tapi kami dah janji untuk gerak dari homestay jam 8.30 pagi.
DESA SASAK
Destinasi pertama kami adalah Desa Sasak bayaran masuk sebenarnya ikut keikhlasan hati kita ja, kami bayar IDR 100,000 (RM 28.40) je. Sebenarnya kawasan dalam ni adalah seluas 2 ekar yang didiami sekitar 750 penduduk daripada satu keturunan yang sama dan 150 buah rumah di dalamnya. Kami di iringi oleh Pak Anton yang sentiasa memberikan penerangan sepanjang lawatan di dalam ni.
Spend masa dalam 40 minit pusing-pusing dalam ni cukup la, sekadar melihat kehidupan suku kaum Sasak dan sejarah Desa sasak. Kalau nak tau lebih kena la cari bahan bacaan lain melalui google.
TANJUNG AAN
Setelah mengucapkan terima kasih (Matur Tampiasih) kepada pak Anton, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan pula berjarak 15km dari Desa Sasak, iaitu mengambil masa kira-kira 25 minit. Sampai kat Tanjung Aan nak masuk untuk parking kena bayar IDR 2000 (RM 0.70) memang murah sangat la kan.
Terletak di Tanjung Aan, bukit ni tak la tinggi sangat pun dalam 50m je dari aras laut. Waktu kami sampai ni jam dah menunjukkan 10.10 pagi, matahari pun dah terpacak elok je, panas juga la. Payung amat la berguna masa ni untuk berteduh memandangkan keseluruhan bukit Merese takde sebatang pokok pun untuk berteduh, ia semata-mata hanya dipenuhi dengan rumput je.
Cuma rumput kat atas bukit ni semuanya kering dan hampir botak bukit dibuatnya memandangkan sekarang adalah musim kemarau di Lombok.
Meneruskan perjalanan ke destinasi ketiga hari ni iaitu Pantai Selong Belanak berjarak 27km dari Tanjung Aan (44 minit).
PANTAI SELONG BELANAK
Tiba di sini jam 12.15 tengahari, pantai ni sebenarnya terkenal dengan kawasan untuk surfing dan kecantikan air pantai seumpama kristal dengan dasar air lautnya berwarna turquoise menambahkan lagi keunikan pantai ni.
Cuma apabila kami sampai tu dah terlalu ramai pelancong matsalleh yang tengah surfing dan sunbathing, sedikit mencolok mata la.
Kami tak lepak lama kat sini, sebab macam kurang menarik pula nak lepak kat sini lagipun dah tengahari. Perut pun dah mula berkeroncong, kena cari tempat makan nak topup tenaga balik.
Kami singgah makan di Restoran Keker (Taliwangan & Grilled Seafood)....macam-macam menu ada yang dihidangkan harga pun boleh la tak la mahal dan tak juga murah. Selesai order menu yang dikehendaki solat sesiap kat surau yang dah disediakan kat restoran ni.
Lepak kat restoran ni lama sikit sambil menikmati suasana di dalamnya yang agak mendamaikan, trip kami ni bukan la trip yang rushing jadinya setiap tempat yang kami pi memang akan santai-santai je.
GOA BANGKANG PRABHU
Gua kelawar, destinasi seterusnya, tiba di sini pada jam 2.40 petang, bayaran masuk adalah IDR 60,000 (RM 21) untuk seorang jadi kami tiga orang adalah IDR 180,000 (RM 63). Bayaran ni termasuk guider, safety helmet, torchlight dan refreshment (jus limau ais dihidangkan selepas habis aktiviti gua).
Kena berhati-hati masuk dalam ni sebab bila-bila masa je kelawar akan poopoo..haha..dan nasib tak menyebelahi Ada sebab ada juga la sekor kelawar tu berak dan kena kat lengan baju, lap aja la dengan tisu basah yang aku bawa ni.
Terdapat kawasan yang penuh dengan najis kelawar yang dah bercampur dengan tanah dan 'lantainya' agak lembut dan kasut akan sedikit tenggelam apabila kita pijak di atasnya.
Ada satu spot yang akan membiaskan cahaya matahari dari luar ke dalam gua ni, tapi masa kami pi ni agak lewat jadi biasan tu kurang cantik. Takpa la ambik jela buat kenangan, kalau tengok gambar kami ni takde la cantik pun biasa je cahaya tu...jadi laa. Guider kata kena datang dalam jam 12 tengahari baru la biasan tu cantik.
Tak lama pun masuk dalam gua ni, dalam 20 minit je dah tamat aktiviti dalam gua, terus ke kaunter pendaftaran tadi yang kebetulan memang ada menyediakan ruang lepak (untuk makan dan minum). Air jus limau sejuk dihidangkan kepada kami untuk membasahkan tekak yang sememangnya tengah haus disebabkan cuaca yang agak panas sekarang.
KUTA MANDALIKA BEACH
Jaraknya dari Goa Bangkang Prabu hanya la 5.3km sahaja dengan masa yang diambil 12 minit je. Ni destinasi seterusnya untuk kami kunjungi hari ni. Tiba di sini pada jam 3.50 petang, dan waktu ni air laut tengah surut jadi tak boleh nak tengok rumpai di dalam air.
![]() |
Cantik tempat ni, tapi kalau air pasang mungkin lebih menarik sebab boleh tengok rumpai tu di dalam air.
Kat sini ramai pelancong dalam negara, aku rasa la sebab dari segi pemakaian dan bahasa yang dipertuturkan tu. Hanya sedikit pelancong matsalleh yang ada di sini, suprisingly angin bayu yang datang dari laut terasa kedinginannya mungkin disebabkan pantai ni berhadapan dengan negara Australia yang jauh beribu batu depan tu...mungkin.
Lama juga la kami lepak kat sini sebab kawasan luas dan ada beberapa tempat yang menarik kat sini. Tambahan lagi udara juga terasa dingin di sini apabila sesekali angin menghembus. Sementara menunggu sunset lagi sejam lebih kami masuk pula ke kawasan Kuta Lane free je, nampak macam baru lagi tempat ni.
Tepat jam 5.00 petang, kami bergerak ke Bukit Merese sekali lagi untuk menyaksikan sunset pula. Jarak perjalanan adalah 9km je dari sini iaitu lebih kurang 15minit. Sampai kat parking Bukit Merese sepatutnya kami kena bayar semula IDR 2000 tu tapi dengan budi bicara penjaga parking tersebut kami tak perlu bayar dah sebab pagi tadi dah sampai sini.
BUKIT MERESE
Kenderaan dah banyak yang parking, kereta, motorsikal mahupun bas. Dari bawah kami dah nampak ramai orang dah mula mendaki Bukit Merese. Sampai je kat atas tu memang ramai dah orang tengah menunggu matahari nak terbenam. Angin sejuk bertiup perlahan membuatkan suasana lebih nyaman dan menyegarkan.
Nampaknya hari ni kami takde rezeki nak tengok sunset kat Bukit Merese, takpela lepak lama kat sini sambil-sambil menghirup udara yang dingin. Ada juga beberapa orang perseorangan atau mungkin kelab yang membuat pertunjukan burung helang. Siapa-siapa yang nak pegang boleh dengan sedikit bayaran.
Jam 6.10 petang tu kami keluar dari Bukit Merese dan terus balik ke homestay dengan jarak 9km (15 minit), kami tak keluar makan malam sebab dah beli makanan kat Indo Maret tadi jadi makan kat homestay jela.
~ T A M A T H A R I 1 - 3 ~
No comments:
Post a Comment