Saturday, 16 November 2024

GURKHA HUT, AKINABALU

Gurkha Hut

 

G U R K H A   H U T  ,  K I N A B A L U

12 - 16 November 2024 / 10 - 14 Jamadil Awal 1446H


Bismillahirrahmaanirrahim...

Pertama kali aku dan Anip organise trip untuk Gurkha Hut, kali ni kami cuma berenam je untuk trial...mungkin lepas ni boleh la kami buka untuk kawan-kawan yang lain...in shaa ALLAH.

Perancangan kami nak ke Gurkha Hut ni lama dah seawal tahun 2024 aritu lagi so aku dengan Anip cuma ajak geng-geng yang rapat je.

Syarat untuk trip ni agak ketat sikit sebab kena buat Medical Check-up sebulan sebelum trip, mempunyai pengalaman naik gunung-gunung yang melebihi 6000 kaki dan juga pernah mendaki gunung Kinabalu sekurang-kurangnya sekali.

Permohonan permit juga kena melalui direct dengan Sabah Park dengan menghantar surat permohonan rasmi berserta sijil-sijil pendakian Kinabalu atau mana-mana gunung yang pernah didaki sebelum ini.

Selepas permohonan diluluskan barulah kami akan mula hunting tiket flight. Semasa permohonan dibuat aritu hanya 6 orang je yang kami apply

Untuk Gurkha Hut seorang guider adalah untuk 3 pendaki berbanding pendakian Kinabalu biasa iaitu 1 Guider / 5 Pendaki. Guider, Permit dan Porter juga lebih mahal.



H A R I  1 - S E L A S A
12 November 2024
10 Jamadil Awal 1446H 

Aku, Abujid, Anip dan Izer akan menaiki flight (AA) dari Penang ke Kota Kinabalu pada jam 10.10 pagi, makanala Hani pula akan fly (FF) pada jam 12.50 petang dan sorang lagi geng kami satu-satunya perempuan Zirah fly (MAS) dari KL pada jam 11.00 pagi.



Alhamdulillah kami tiba di KKIA pada jam 12.45 tengahari diikut oleh Zirah. Kami berlima akan bertolak ke Kundasang terlebih dahulu. Hanizamal akan tiba di KKIA lambat disebabkan flight akan tiba lambat di sini.



Menaiki van dari KKIA ke Kundasang Greenhill Homestay, perjalanan dari KKIA ke Kundasang agak smooth (dalam 2 jam), sebelum tiba di homestay kami singgah dulu kat Kinabalu Park untuk mendaftar pendakian esok. 

Memandangkan Hani (Hanizamal) tak sampai lagi jadinya pendaftaran terpaksa ditangguhkan keesokkannya harinya sebab akan ada taklimat khas untuk peserta Gurkha Hut. Jadinya kami hanya sempat untuk mengambil gambar di sekitar Kinabalu Park.

Nampak juga AKI kat belakang tu...awan dah mula menyelimuti AKI


Missing Hanizamal dalam gambar ni...masa ni Hani tengah on the way dari KKIA ke Kundasang. Cuaca petang ni agak cerah sikit tapi tak lamat lepas tu background AKI kat belakang tu pun tutup sepenuhnya oleh awan


Jam 5.30 petang kami terus ke Pekan Kundasang terlebih dahulu untuk makan malam dan last minute shopping untuk bekalan kudapan esok. Hanizamal tiba di homestay sekitar jam 8.30 malam menaiki grab car.

Malam ni takde aktiviti spesific melainkan masing-masing sibuk untuk packing beg pendakian esoknya.



H A R I  2 - R A B U
13 November 2024
11 Jamadil Awal 1446H 

Gerak dari homestay jam 6.45 pagi menaiki van, barang yang kami tak bawa akan ditinggalkan di homestay dan akan diambil semula pada hari turun dari gunung sebab hari ke-4 kami akan stay hotel kat Kota Kinabalu City pula.

Selesai urusan pendaftaran dan pembayaran kami wajib mendengar sesi taklimat dalam 15 minit dari Renjer Kinabalu untuk pendakian ke Gurkha Hut. Ia salah satu prosidur untuk trip ni agak lain sedikit berbanding pendakian AKI sahaja. 

Pendakian ke Gurkha Hut ni sebenarnya dinamakan sebagai Latihan Pendakian Aras Tinggi (High Altitude Training). Antara yang terbaru bagi kami ialah penggunaan helmet semasa pendakian ini dijalankan nanti. 

Lojiknya aku pun tak pasti sebab trek yang kami lalu tu sama je 100% macam trek pendakian Kinabalu yang biasa kecuali dari Low's Peak ke kemsite Gurkha Hut. Takpa la...nanti pakai ja memandangkan ia adalah prosidur yang perlu kami patuhi nanti.


Guider kami kali ni adalah Safrey dan Gabriel, beberapa minggu sebelum trip memang kami request untuk ambik diorang dua ni dan seorang lagi porter (terpulang kepada availibilty, untuk porter kami tak request...terpulang kepada guider kami nak ambik siapa pun janji barang kami dia usung ke Panalaban nanti).

Hanya sorang je porter diperlukan sebab Safrey dan Gabriel pun boleh jadi porter merangkap guider.




Sesi taklimat ringkas seperti biasa sebelum memulakan pendakian oleh Gabriel


Jam 9.00 pagi baru la kami check-in kat pintu masuk trek Akinabalu, lewat juga sebenarnya. Kalau ikut syarat kena sampai kat Panalaban pada jam 3.00 petang untuk meneruskan pendakian ke Gurkha Hut esoknya.



Tiba di KM 1.5, kalau cuaca cerah akan nampak pemandangan batuan pergunungan Aki di belakang tu. Takde rezeki hari ni nampak kabus je, harap-harap jangan hujan dah la.


Tiba di Layang-Layang Hut jam 12.00 tengahari, normally kat sini kami akan singgah untuk lunch tapi hari ni sekadar take 5-10 minutes je. Perut pun tak lapar lagi, nanti la kalau rasa lapar baru la aku akan stop kat mana-mana pitstop untuk isi perut.






Tiba di papan tanda KM 5.5, tiap kali sampai kat sini, terus dalam kepala rasa 'berpinar-pinar'...haha memang la lagi 500m lagi nak sampai tapi dia punya letih tu serupa jarak ada lagi 5km kat depan..fuhh.


Waras Hut, sampai kat sini maksudnya memang tinggal berapa puluh meter je lagi nak sampai Panalaban...nampak kat sini memang dah rasa seronok dah ni



Alhamdulillah tiba di Panalaban, rezeki sepanjang pendakian hanya sekali je ada hujan turun tu pun tak lebat dan tak lama. Harap-harap sepanjang kami di Akinabalu ni cuaca akan baik-baik saja.


Sampai Panalaban, terus makan sebab perut terlalu lapar penuh satu pinggan...kelihatan cuaca di luar pula semakin cerah...alhamdulillah semoga akan terus kekal sampai esok dan lusa


Aktiviti malam kami lepak dalam bilik je...kat luar terlalu sejuk, hanya buat persiapan untuk perjalanan esok. Seperti biasa aku ambik kesempatan untuk menyiapkan beberapa kerja hakiki aku, ofcourse laptop pun aku usung sampai ke Panalaban untuk senang aku buat kerja, cumanya esok aku kena tinggalkan kat pejabat di Panalaban ni la.

Jam 10.30 malam sleeping time....ZzzzzzzzZZzz



H A R I  3 - K H A M I S

14 November 2024
12 Jamadil Awal 1446H 

Selesai solat subuh...layan sunrise kat luar lagipun cuaca hari ni Alhamdulillah cerah. Suhu pagi ni agak sejuk dengan catatan 8.5 darjah.


Kalau trip pendakian biasa pendaki diwajibkan untuk mendaki seawal jam 2.30 pagi tapi untuk trip ke Gurkha Hut, kami diberi kelonggaran untuk mendaki pada waktu siang.

Sementara menunggu sarapan pagi yang akan disediakan pada jam 7.30 pagi aku meronda di sekitar Panalaban untuk ambik gambar, walaupun dah banyak kali aku datang ke sini tiap kali tengok pemandangan kat atas ni tak pernah membosankan dan mengecewakan.




Sarapan pagi bersama geng Gurkha sebelum meneruskan pendakian ke Low's Peak sekejap lagi

Jam 8.30 pagi kami memulakan langkah menuju ke Low's Peak, tidak ada cut off time yang kami perlu patuhi untuk pendakian hari ni. Cumanya kami target untuk sampai kat Low's Peak pada jam 1.00 petang dan seterusnya ke Gurkha Hut.





20 minit pendakian, kabus mula menyelubungi pendakian kami suhu pula semakin sejuk. Takde dah pemandangan gunung ganang di persekitaran, yang aku harapkan adalah jangan la hujan pula.









Alhamdulillah tiba kat Sayat-Sayat Hut jam 10.20 pagi, kabus masih lagi tebal menyelimuti persekitaran, rehat sat kat sini sambil top up tenaga.




Sedikit demi sedikit kabus mula hilang dari pandangan namun langit masih ditutupi dengan awan putih dan kelabu.






Seperti yang disasarkan, kami tiba di Low's Peak pada jam 12.50 tengahari (10 minit lebih awal dari yang disasarkan) itu pun sebab kami lepak lama kat simpang ke puncak-laluan ke Gurkha Hut.

Alhamdulilah...tahniah guys sampai ke Low's Peak untuk kesekian kalinya untuk kita.




Nindiaaa...geng Gurkha dah sampai kat Low's Peak


Kabus datang dan pergi, sekejap clear sekejap kelam...




Memandangkan kat puncak ni hanya kami berenam je, jadinya tak perlu nak tunggu giliran untuk ambik gambar....seronok juga time ni....ambik la gambar berapa banyak kali pun takde siapa pun yang mengganggu.

Kami spend masa dalam 25 minit kat puncak ni...no rush sebab nak ke Gurkha Hut pula lepas ni dan jarak pun hanya 900 m je dari puncak dan hanya pendakian turun gradually.

Menuju ke Gurkha Hut

Tiba di tapak Gurkha Hut pada jam 2.15 petang...Alhamdulillah we made it...tahniah guys.


Gambar kanan : keadaan dalam Gurkha Hut
Gambar kanan : Gurkha Hut dari luar


Terdapat sebuah pondok yang dinamakan sebagai Gurkha Hut yang boleh memuatkan 4 orang dalam satu-satu masa...tapi kalau badan kecik dan kurus aku rasa 6 orang pun boleh muat. Beberapa tapak khemah juga ada di luar pondok untuk pemasangan tent pendaki dan juga guider, tangki air dari air hujan untuk kegunaan domestik (basuh tangan dan pinggan/mangkuk) juga ada di tepi hut

Keadaan tapak agak messy dan kurang teratur sikit sebab difahamkan sekarang pihak Sabah Park tengah dalam kerja-kerja upgrading  dan renovation. Jadinya ada barang-barang binaan seperti kayu, plywood, batang besi dan canvas yang ditinggalkan oleh para pekerja.



Kedudukan lokasi Gurkha Hut, nunnn jauh di sebelah kiri tu adalah Low's Peak...900m dari sini. Kalau kita tengok kat sini memang agak bersepah sikit kawasan persekitaran

Untuk trip Gurkha Hut, kat sini tidak ada disediakan makanan jadi kami kena masak sendiri. So...kami dah prepare bawa segala peralatan untuk masak dan ration untuk bekalan kami malam ni dan esok pagi. Menu dinner kami malam ni adalah kambing bakar Pak Mat Western dan nasi instant.



Sepanjang malam kami hanya bersembang antara satu sama lain, nak lepak kat luar hut memang tak sanggup sebab suhu terlalu sejuk.

Jam 10.00 malam baru la kami masing-masing merehatkan diri, Izer dan Zirah akan meneruskan aktiviti Via Ferrata esok dan kena keluar dari Gurkha Hut seawal jam 4.30 pagi untuk ke starting point Ferrata.

Selamat malam guys....ZZzzzzzz.



H A R I  4 - J U M A A T

15 November 2024
13 Jamadil Awal 1446H 

Good morning AKInabalu...Alhamdulillah cuaca malam tadi dan pagi ni cerah, pemandangan waktu pagi di sini sangat cantik dengan cahaya matahari yang terbit dari arah timur. 



Berlatarbelakangkan Puncak Oyayubi Uwi (3,975m)

Sambil-sambil makan sarapan sambil-sambil tu juga kami mengemas barang apa yang patut. 

Kejap lagi nak turun pula dan perjalanan hari ni adalah paling panjang untuk kami lalui lebih kurang jarak keseluruhan adalah 9.6 km dan menuruni tangga-tangga kayu, batu dan tanah yang pastinya akan lebih mencabar anggota lutut kami.

Jam 7.45 pagi mula angkat sauh meninggalkan Gurkha Hut...rasa macam berat juga nak tinggalkan kemsite ni sebab lokasinya sangat cantik dan aman. Satu pengalaman baru untuk kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki di sini.

In shaa ALLAH lepas ni kami merancang untuk datang lagi ke sini tapi untuk trip yang sedikit hardcore iaitu Multi-Peak (Low's Peak, Oyayubi Iwu, Alexandra dan Victoria Peak) nanti boleh bermalam 2 malam kat sini pula, ada rezeki in shaa ALLAH boleh buat 2026 nanti.

Selamat tinggal Gurkha Hut...semoga kita berjumpa lagi nanti...jommm...sauh pun dah diangkat..mari la kita memulakan pendakian.






Kalau rajin boleh je nak naik ke puncak Low's Peak sekali lagi tapi...takpa la sebab semalam dah naik...tak berapa rajin nak repeat naik ke puncak...letih nak memanjat...bye-bye Low's Peak.




With my buddy...Hanizamal...

South Peak



Tiba di Sayat-Sayat pada jam 9.45 pagi, sepatutnya boleh sampai lagi awal tapi memandangkan banyak kali stop kat atas tu jadi lambat la sampainya di sini. Masa ni kabus dah datang balik, suhu di persekitaran semakin sejuk.




Jam 11.15 pagi memulakan langkah turun ke Timpohon Gate...alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca cukup baik cuma ada sekali dua je hujan renyai-renyai turun.

Setelah melalui trek tangga kayu...tangga batu...off track...on track...akhirnya tiba di Timpohon Gate jam 2.30 petang. Kena tunggu pula lagi dalam 20 minit untuk van bergerak ke pejabat Kinabalu Park.

Selesai urusan pengambilan sijil dan sebagainya, peserta terakhir yang tiba di Kinabalu Park iaitu Izer dan Zirah pun sampai.

Kami berempat meneruskan perjalanan ke Bandaraya Kota Kinabalu dengan menaiki van manakala Izer dan Zirah akan terus pergi ke Polumpong.

Kami tiba di KK CIty pada jam 6.30 petang dan terus check-in kat Promenade Apartment. Memandangkan masing-masing memang dah tahap kebulur...ketaq segala anggota badan sebab tak makan heavy meals sejak sarapan pagi maggi asam laksa dan kambing bakar.

Antara menu yang kami order...tak sampai 10 minit licin ditelan oleh piranha


Perut pun dah kenyang...apa lagi balik apartment la jawabnya tapi sebelum tu singgah kejap kat Pasar Philipine nak beli apa yang patut, esok pagi-pagi sebelum subuh nak kena pi airport dah.



H A R I  5 - S A B T U

16 November 2024
14 Jamadil Awal 1446H 

Jam 4.00 pagi bangun dan terus bersiap-siap untuk ke airport, ambik grab je untuk kami bertiga aku, Anip dengan Abujid. Hanizamal akan stay beberapa hari lagi di Sabah manakala Izer dan Zirah akan balik esok (17 Nov.).


Flight kami jam 7.10 pagi dari KKIA dan tiba di Penang International Airport jam 9.40 pagi. Welcome back to Penang guys....

Alhamdulillah trip Gurkha Hut v1.0 sukses...inshaa ALLAH kalau ada rezeki mungkin akan berjumpa lagi untuk v2.0 dan seterusnya.



~ T A M A T   G U R K H A   H U T ~

No comments:

Post a Comment