Monday 15 December 2014

Gunung Baling




Bismillahirrahmaanirrahim...


TARIKH - 13 Disember 2014 / 20 Safar 1436H (Sabtu) - DAYPACK
MASA - 01.00 pagi  - 2.10 ptg
PESERTA - 48 Orang (21 Lelaki dan 27 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 5.20 km 
TEMPOH PENDAKIAN - 4 jam dan 51 Minit (Return)
TEMPAT - Gunung Baling, Kedah
KETINGGIAN GUNUNG - 546 m
BEBAN  - 9 kg 


KOS KESELURUHAN - RM35

LOG PERJALANAN

01.00 pagi 
Berkumpul di Parkir Hospital Seberang Jaya.

01.15 pagi

Gerak ke kaki Baling.

02.30 pagi

Tiba di starting point Gunung Baling, masing-masing dah parking kereta kat tepi jalan. Ada kawasan lapang untuk kami parking kereta tapi tak banyak la ada dalam 4-5 buah je yang muat. Yang lain terpaksa parking kat tepi jalan besar je.

02.45 pagi

Taklimat ringkas, senaman ringan, bacaan doa.

03.01 pagi

Mula mendaki dengan keadaan trek yang sederhana curam.

03.40 pagi

Tiba di Check Point 1, rehat jap untuk topup tenaga.


Check Point 1 (Gua Kambing)
04.50 pagi
Tiba di Check Point 2, rehat lagi untuk 5 minit dan topup balik tenaga untuk perjalanan seterusnya.

05.50 pagi 

Tiba di puncak Gunung Bintang, kebanyakkan rakan-rakan yang lain ada yang sedang berehat, tidur dan sebagainya. Ada yang tengah bersembang antara satu sama lain (biasa la sesi berkenalan dengan rakan-rakan baru). Bentang ground, lepas tu 


Puncak Gunung Baling yang dipenuhi dengan tumbuhan pokok buluh, puncaknya luas dan boleh memuatkan sehingga 100 orang pendaki dalam satu-satu masa


Antara makanan yang dibawa untuk bekalan makan semasa hiking dan sarapan pagi


Group Pie (kiri sekali belakang) dari USM Kampus Kejuruteraan,


Gelagat di puncak Gunung Baling

06.15 pagi 

Solat subuh ; layan sunrise dan sesi fotografi macam biasa la kan.

Matahari dari ufuk Timur




Gambar group di puncak Gunung Baling

Alhamdulillah, sempat juga kami mengutip segala sampah yang sediada di puncak Baling, harap2 lepas ni takde dah pendaki2 yang akan membuang sampah di puncak
On the way nak turun dari puncak

09.00 pagi
Mula menuruni puncak menuju ke starting point, trek agak licin dan menyebabkan pergerakan menjadi lebih lambat. Sekali sekala ada juga geng2 yang tergelincir beberapa kali dan langkah juga kena lebih berhati2 sebab kalau silap langkah takut tergelincir dan terkena batang pokok.



Kat sini trek memang licin dan perlu lebih berhati-hati disebabkan trek tanah merah yang lembab


11.10 pagi
Alhamdulillah tiba di starting point, lepastu kami teruskan pula aktiviti mandi kat air terjun Lata Bayu (kira2 30 minit dari starting point Gunung Baling) dan acara menikmati menu nasi daging pucuk pisang.





2.00 ptg
Aktiviti harini tamat dan semua bersurai ke destinasi masing-masing.


TAMAT

JohnS
Gunung Baling