Friday 1 January 2016

Penang Hill New Year Eve 3.0



Bismillahirrahmaanirrahim...


TARIKH : 31 Disember 2015 / 19 Rabi'ul Awwal 1437H (Khamis)
MASA : 08.30 malam - 05.00 pagi
PESERTA : 92 Orang (64 Lelaki dan 28 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN : 11 km 
TEMPOH PENDAKIAN : 3-5 jam (Round Trip)
TEMPAT : Bukit Bendera, Pulau Pinang
KETINGGIAN BUKIT : Bukit Bendera (739m)
TAHAP KESUKARAN : 4 /10
POSISI : Sweeper



LOG PERJALANAN

08.00 malam
Berkumpul kat Moon Gate (berdekatan dengan Taman Botani Pulau Pinang). Park kereta kat parking lot dan juga tepi jalan Moon Gate tu. 

08.20 malam
Taklimat ringkas dan bacaan doa dan sesi bergambar

08.30 malam 
Sesi bergambar...macam biasa la...kali ni peserta memang ramai..aku pun tak expect seramai ni..meriah teriak Penang Hill malam ni.


Macam biasa la, sebelum naik tu kena la ada sesi bergambar beramai-ramai

09.00 malam
Mula mendaki menaiki trek Pond & Hill. 10 minit pertama trek biasa je (tak curam sangat), lepas tu trek menaik dan terus menaik dan diselang seli dengan trek landai...alhamdulillah cuaca malam ni sejuk sikit so..takde la terasa penat sangat masa hiking...

10.00 malam

Station 5...rehat jap dalam 10 minit, biasa la ramai2 ni jadi slow skit...tapi takpa yang penting semua selamat sampai kat sini. ABis rehat sambung balik hiking...trek ke pit stop seterusnya biasa2 je..landai...cuma ada sikit ja yang curam sikit.

11.20 malam
Stesen 84...macam biasa...take 10 minutes...40 minit lagi nak jam 12 dah..rasanya memang tak sempat nak tengok bunga api dari puncak Penang Hill ni...teruskan hiking...jam 12.00 t/malam je dah kedengaran bunyi-bunyi mercun dan bunga api...haha...memang tak sempat la nak layan dari puncak...

12.30 t/malam
Viaduct Station...

01.20 pagi
Alhamdulillah...tiba di puncak Penang Hill (Cliff Cafe)...ramai dah sampai kat puncak sejam dua yang lalu...biasa la aku orang paling last sweep kawan-kawan...sampai2 je kat atas dah ramai pula yang tidur..merata-rata je tidur. Alhamdulillah yang penting semua sampai ke puncak dengan selamatnya.







04.00 pagi
Start hiking menuruni bukit menggunakan jalan tar, sejam je kalau lalu tar berbanding menggunakan trek tadi (dalam 2 jam juga nak turun tu)...tapi kalau turun slow tu..boleh jadi sejam setengah juga la.

05.30 pagi
Tiba di Starting point, singgah kat surau untuk solat subuh dan mandi2 untuk sambung aktiviti Citywalk pula kejap lagi.

TAMAT

JohnS
Penang Hill