Tuesday 15 December 2015

Gunung Baling

Bismillahirrahmaanirrahim...





TARIKH - 12 Disember 2015 / 30 Safar 1437H (Sabtu) - DAYPACK
MASA : 3.45 pagi - 11.00 pagi
PESERTA - 27 Orang (21 Lelaki dan 6 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 5.20 km 
TEMPOH PENDAKIAN - Naik = 2 jam ; Turun = 2 Jam
KETINGGIAN GUNUNG - 520 m
TAHAP KESUKARAN - 4 /10
BEBAN  - 8 kg

KOS KESELURUHAN : Free of Charge



LOG PERJALANAN


02.45 pagi

Berkumpul di perkarangan Masjid Ridwaniah,Baling sementara menunggu rakan-rakan yang lain, kitaorang bersiap-siap apa yang patut dulu.

03.30 pagi

Gerak ke starting point, tak jauh pun dalam 5 minit je perjalanan naik kereta. Sampai sana park kereta kat kawasan rumah-rumah penduduk setempat, park elok-elok la supaya tak kacau laluan keluar masuk diorang nanti.

03.40 pagi

Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum memulakan pendakian.

03.45 pagi 

Memulakan pendakian di atas trek yang landai terlebih dahulu, tak sampai 10 minit mula melalui trek yang menaik (40-50 darjah). Trek agak licin memandangkan semalam hujan turun lebat di sekitar Baling. Walaupun nampak kejap tapi sebenarnya ia agak licin dan bila-bila masa je boleh tergelincir sekiranya silap langkah. Terpaksa berhati-hati dan berpaut pada akar-akar kayu dan tumbuhan di sekeliling.

04.00 pagi

Tiba di Gua Kambing (Check Point 1), rehat kat sini dan menanti rakan-rakan yang lain tiba di sini. Agak lama juga rehat kat sini. Seorang demi seorang tiba kat sini, aku nampak dah ada sorang dua yang seluarnya dah kotor disebabkan tergelincir. Sementara tu topup tenaga apa yang patut sambil bersembang dengan rakan-rakan sependakian.

04.30 pagi

Sambung pendakian lagi, 5 minit pertama menaiki trek yang agak mencanak dan licin, nasib baik ada tali yang dipasang oleh pendaki-pendaki sebelum ni. Akar-akar kayu juga dijadikan tempat berpaut, kawasan ni memang agak licin dan curam. Tiba di dua persimpangan, kena ambik belah kiri untuk meneruskan perjalanan ke check point seterusnya.

Trek dari persimpangan ni adalah agak landai sebelum melalui trek yang berbatu-batu dan pokok buluh. Kat kawasan ni agak mengelirukan sikit sebab ada juga trek yang digunakan penduduk kampung untuk cari pokok paku aji jadi kena hati-hati, silap lorong memang tersesat jauh la ke dalam lagi.


05.00 pagi

Tiba di Rock Garden (Check Point 2), rehat jap dan menunggu rakan-rakan yang ada di belakang. Rehat dalam 15 minit kat sini.

05.15 pagi

Sambung pendakian, trek kat sini landai dan seterusnya mencanak sampai ke Permatang Gunung Baling. Melalui permatang gunung Baling view pada waktu malam memang cantik. Langit cerah malam ni dan kelihatan bintang-bintang berada di posisi masing-masing. Lampu-lampu kawasan perumahan juga dapat dilihat dari atas ni..

05.40 pagi

Tiba di Puncak Gunung Baling, alhamdulillah ; sampai kat sini bentang ground dan mengeluarkan segala barang makanan untuk dijamu. Kedengaran suara azan sayup dari kejauhan, bersiap-siap untuk solat Subuh (menggunakan sprayer untuk mengambil wuduq).




06.00 pagi

Solat Subuh

06.40 pagi

Peserta terakhir tiba di puncak, alhamdulillah semuanya selamat walaupun difahamkan ada yang dah give up tetapi berkat kata-kata semangat sweeper iaitu Nabil dia dapat juga menghabiskan pendakian dengan jayanya.

07.00 pagi

Layan sunrise beramai-ramai, sarapan pagi di atas puncak.










09.00 pagi
Mula menuruni gunung Baling, jam 8.00 pagi tadi dah ada yang turun ke bawah. Masa nak turun agak lambat sikit sebab berenti banyak kali nak ambik gambar. Lepastu trek yang bermula dari Gua Kambing dan ke bawah pula trek memang dah terlalu licin, ramai antara kami yang terpaksa 'slide'.





11.00 pagi
Tiba di starting point...alhamdulilah peserta terakhir tiba dengan selamatnya walaupun seluar dan baju penuh dengan selut. Kepuasan jelas terpancar di wajah masing-masing, tahniah korang, in shaa ALLAH kita jumpa lagi untuk event yang akan datang.

TAMAT

JohnS
Gunung Baling

No comments:

Post a Comment