Saturday 11 July 2015

Pengalaman Ngeri Penerbangan AK5528


Bismillahirrahmaanirrahim...

Mungkin ramai yang dah baca status-status kat FB pasal ribut dan hujan lebat yang melanda di beberapa kawasan di Malaysia ni termasuk Pulau Pinang dan Miri semalam.

Kebetulan semalam (10 Julai 2015), aku memang balik naik flight AK5528 dari Penang ke Miri direct. Aku nak citer sikit kat sini pengalaman semalam yang aku rasa agak menakutkan juga la.

Flight kami berlepas dari Airport Penang jam 12.15pm (10 minit lewat dari jadual asal, ok la x delay sangat). Masa tu hujan baru je turun dengan lebatnya...aku tengok kat luar awan dah penuh..tutup habis ruang udara kt Airport tu, tak nampak apa-apa pun melainkan awan hitam pekat (terfikir gak...lepas ni mesti bumpy jap lagi).

Semua dah masuk...settle...jam 12.15pm kapal pn berlepas...take off cam biasa tapi tak sampai beberapa minit kapal dah mula bergegar sebab langgar awan hujan yang tebal tu la...aku dapat tengok kat luar tu putih je (sarat dengan air hujan la tu kut). Aku ingatkan kejap je la...takdenya...15minit berlalu..masih juga bergegar..tapi ada sekali tu pesawat macam melelong ke kiri dan kanan dengan kuatnya (ya Allah masa tu aku dah mula fikir macam-macam dah..selawat dalam hati je la) pompuan yang dok sebelah aku ni siap menjerit lagi (nasib tak kuat...ayuuuu je suara...malu-malu kut)..mamat sebelah aku ni pula dok buat macho pula..tapi aku tengok reaksi muka dia cuak gak (tengok kat sisi muka dia je la..)..aku tak tengok dah penumpang-penumpang lain kat depan..belakang aku.

Pesawat terus bergegar untuk tempoh dalam 20-25 minit..lepas tu dah ok balik..aku berdoa dalam hati supaya lepas ni takde dah langgar awan tebal lagi. Lega la untuk tempoh yang tak berapa lama..nak tido pun tak boleh (risau aku)...pesawat bergoncang sepanjang perjalanan (aku rasa macam satu Malaysia pula dah dilanda hujan lebat).

Setelah 1 jam 20 minit di atas udara (banyak kali aku tengok jam sebab tak sabar nak mendarat)...alahai..lampu fasten ur seat belt tu menyala pula dah. Pesawat bergoncang lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi... Goncangan mulanya tak berapa kuat...tapi lama kelamaan semakin tak tentu hala dibuatnya. Aku tengok kat luar putih je awan tak nampak pun lautan (masa ni dah menghampiri ruang udara Miri). Sayap pesawat aku tengok dah macam kapal kertas (sebab 'melambai-lambai' di tiup angin yang kuat. Aku ingatkan sekejap je...start dari situ kapal bergoncang..melelong ke kiri dan kanan...(aku rasa macam bumbung pesawat nak terbuka pun ada)...banyak kali aku tengok kat luar tingkap...cepat-cepat la melepasi awan tebal ni...tapi tak juga...lama lagi nak landing. Kapten kapal dah arahkan anak-anak kapalnya untuk duduk due to bad weather (dengar tu lagi la bertambah-tambah risau).

Sampaikan satu tahap aku doa dalam hati je "Ya Allah kalau la KAU dah tetapkan ajalku di dalam pesawat ni (sekiranya terhempas) ampunkan la aku dan kedua-dua ibu bapa ku dan keluarga ku...maafkan aku..mak ayah sebab tak dapat nak jumpa tahun ni" (sampai macam tu sekali punya berdebar).

Begitulah...pesawat bergoncang...ke kiri dan kanan berlarutan hingga lebih kurang 30 minit. Alhamdulillah kami selamat juga landing kat Airport Miri walaupun sedikit bumpy masa landing tu sebab angin kuat...tahniah kepada Pilot dan Co-Pilot serta anak-anak kapal sebab tenang je masa kat atas walaupun sebenarnya aku rasa penumpang semua dah dalam ketakutan.

Keluar je dari pesawat baru aku perasan...tengok dari jauh awan punyalah hitam..tebal dan angin pun kuat (tengok pada 'melentok'nya pokok kelapa kat luar airport.)

Gitula ceritanya, pertama kali mengalami turbulence yang lama dan menakutkan. Bersyukur sangat sebab takde kejadian yang tak diingini berlaku.

Gambar ni bukan aku ambik orang lain yang ambik...tapi macam tula keadaan awan yang pesawat kami redah kat atas udara Miri...bayangkan je la betapa saratnya kandungan air dalam awan tu.

JohnS 
24 Ramadhan 1436H
11 Julai 2015 (Sabtu)


No comments:

Post a Comment