Sunday 6 September 2015

Penang Hill Longest Trail Reverse Version (Extra Kilometre)

Bismillahirrahmaanirrahim...




TARIKH - 05 September 2015 / 22 Zulkaedah 1436H (Sabtu)
MASA - 04.30 pagi  - 03.00 ptg
PESERTA - 17 Orang (13 Lelaki dan 4 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 18 km 
TEMPOH PENDAKIAN - 7 jam (+ 3 Jam 30 minit rehat)
TEMPAT - Bukit Bendera, Pulau Pinang
KETINGGIAN BUKIT - Bukit Bendera (739m), Bukit Tiger (800m), Bukit Western (833m) dan Bukit Laksamana (735m)
BEBAN  - 11 kg (Training Mode)
TAHAP KESUKARAN - 6.5 /10
POSISI - Varies 

KOS KESELURUHAN - RM 10 (Tambang teksi dari Chin Farm ke Moon Gate)

LOG PERJALANAN

03.45 pagi - Berkumpul kat Moon Gate (berdekatan dengan Taman Botani Pulau Pinang). Park kereta kat parking lot dan juga tepi jalan Moon Gate tu.

04.20 pagi - Taklimat ringkas dan bacaan doa.

04.35 pagi - Pendakian dimulakan melalui Moon Gate menuju ke trek Pond & Hill. 10 minit pertama trek biasa je (tak curam sangat), lepas tu trek menaik dan terus menaik dan diselang seli dengan trek landai. (Masa ni hujan dan berhenti sepenuhnya).

06.00 pagi - Tiba di Stesen 84, solat SUBUH kat sini, dah ramai yang tiba awal kat sini. Berehat sebentar untuk mengerjakan kewajiban mengerjakan Solat SUBUH kat sini. Selesai solat masing-masing mengalas perut untuk meneruskan pendakian seterusnya nanti.

06.30 pagi - Sambung semula pendakian menuju ke puncak, keseluruhan trek dari sini ke puncak adalah sederhana sahaja.

06.50 pagi - Tiba di permulaan aqueduct, kelihatan funicular/railway station/cable car dah mula beroperasi (awal juga diorang buka ye). Selfie sana sini dan kelihatan matahari sudah pun menampakkan cahayanya di ufuk timur.



Kelihatan cahaya fajar dari timur

07.00 pagi - Sambung pendakian, trek yang agak curam juga (50-60 darjah).

07.20 pagi - ALHAMDULILLAH, Tiba di PUNCAK PENANG HILL, kami lepak kat atas roof top Cliff Cafe (kawasan Love Lock). Sarapan pagi, masak maggi je dengan kopi campuran 3 in 1. Boleh la alas perut sikit. Cam biasa selfie sana sini lagi kat atas ni. 7km dah lepas ada lagi 11km nak sambung.










08.45 pagi - Sambung pendakian, hanya melalui jalan tar yang mendatar (sedikit menaik dan turun). Jalan tar sejauh kira-kira 3km dari Cliff Cafe ke Station 1.

09.50 pagi - Tiba di STATION 1 (Papan tanda map Longest Trail/Tiger Hill), kami rehat jap kat sini sementara menunggu rakan2 yang lain sampai.




10.10 pagi - Sambung pendakian, trek yang mencanak samada turun mahupun naik (melepasi Western Hill), ada juga la yang landai sikit2. Memang kami tak berhenti kat trek, pendakian diteruskan kalau berhenti pun sebab nak ambik nafas dan minum je.





11.30 pagi - ALHAMDULILLAH, tiba di PUNCAK LAKSAMANA HILL, tiba di sini tetiba hujan turun pula, nasib baik bawa fly n ground. Dah macam pelarian pula kami kat hutan tu. Makan tengahari, saling berkongsi antara satu sama lain, seronok dapat berkongsi makanan sesama rakan, alhamdulillah. Nasib baik hujan kejap je dalam 15 minit pastu berhenti.





12.40 tengahari - Meneruskan pendakian menurun, trek turun yang agak curam dan licin (disebabkan hujan yang turun sebelum ni).

01.40 ptg - Tiba di STESEN 10 (Simpang ke Teluk Bahang dan Chin Farm). Rehat jap isi apa yang patut.

02.00 ptg - Sambung pendakian, sebelum kaki melangkah tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Habis basah lenjun, trek pun menjadi lebih licin dan agak bahaya. Perjalanan menurun ke Chin Farm agak bahaya sedikit memandangkan trek yang curam (50-70 darjah) ditambah lagi dengan hujan yang lebat. Sekali sekala tergelincir juga la sampai tangan pun terseliuh, tapi Alhamdulillah tak melibatkan kecederaan yang serius.

02.50 ptg - Tiba di Empangan lama, masa ni hujan masih lagi turun tapi dah mula reda sikit. Sementara menunggu rakan2 yang lain tiba kami sempat mengerjakan solat ZOHOR di atas batu-batu ni. Sejuk dan jernih sekali air yang mengalir. Alhamdulillah, selesai mengerjakan solat rakan2 yang lain tiba.





03.20 ptg - Semua dah tiba di kawasan empangan.

03.30 pm - Secara tiba-tiba air di empangan bertukar daripada jernih kepada warna kuning dan buih2 mula kelihatan. Yup...kepala air (mini version), alhamdulillah kami sempat menyelamatkan diri sebelum air mengalir dengan lebih deras lagi.



04.00 ptg - Tiba di starting point Chin Farm

04.25 ptg - Menaiki Teksi ke Moon Gate (1 teksi RM40, empat orang dalam tu so..sorang 10 henggit, ok la.cepat sikit sampai Moon Gate)

05.00 ptg - Tiba di Moon Gate, mandi-mandi solat ASAR dan terus balik ke destinasi masing2.


No comments:

Post a Comment