Sunday, 1 November 2015

Annapurna Base Camp v1.0 - HARI 2 (Thamel, Kathmandu)




Bismillahirrahmaanirrahim...

TARIKH – 31 Oktober  - 13 November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa – Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa – Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul




HARI 2 - 01 NOVEMBER 2015 / 21 MUHARRAM 1437H (AHAD)

05.15 pagi
Bangun pagi dan solat Subuh.

05.35 pagi
Lepak kat rooftop sambil menikmati udara sejuk dan segar Thamel menyaksikan matahari terbit.

08.00 pagi
Beli tiket bas ke Pokhara esok siap-siap kat Agen, harga tiket yang ditawarkan adalah Rs. 700 (RM 30.64) seorang untuk satu tiket.

08.40 pagi
Keluar cari sarapan pagi pula, makan roti je la kami kat Illy Coffee Special (boleh tahan juga mahalnya kat sini). Sarapan aku pagi ni je kosnya Rs. 430 (RM 18.02), tak pernah aku sarapan pagi dengan harga camni, makan tengahari aku kat Malaysia pun tak pernah mahal camni, takpala bukan selalu pun. Apa yang menarik perhatian aku ialah cashier dia boleh berbahasa Melayu dengan baik sebab dia pernah bekerja di Malaysia selama beberapa tahun, tapi aku tak tanya pula nama dia.





09.30 pagi
Pagi ni kami hanya berjalan-jalan di sekitar Thamel, sambil membeli belah untuk barangan yang akan dibawa semasa hiking nanti.

12.40 petang
Naradevi Temple ; antara salah satu temple yang terdapat di Thamel.

02.30 petang
Hanuman Dhoka Durbar Square ; merupakan salah satu World Heritage Site, tapi sayangnya terdapat masih ada kesan-kesan runtuhan akibat gempa bumi yang melanda Kota Kathmandu pada April 2015 lalu. Kami tak dapat nak masuk dalam tu disebabkan ia masih lagi dalam tempoh pembinaan semula, dapat ambil gambar dari luar pun jadi la.





02.45 ptg
Meneruskan perjalanan di sekitar Thamel, aku dapat lihat terdapat bangunan yang retak di kiri dan kanan (ada yang siap kena tongkat dengan kayu lagi). Sesekali aku terbayang juga tiba-tiba je Kathmandu kena gempa bumi sekarang, seram juga la aku dah la bangunan dekat-dekat kiri dan kanan.







04.00 petang

Jalan punya jalan sampai kami terlepas untuk makan tengahari, walaupun perut kami dah terasa lapar tapi dek asyik hayal dengan suasana di Thamel takpa la malam nanti kami makan la. Balik hotel kejap untuk solat dan lepas tu kami terus keluar untuk makan malam pula nanti.

06.00 petang

Kali ni kami makan malam di tempat lain pula Al-Madina ; makanan kat sini jauh lebih murah dari Restoran Anatolia. Apa lagi order la, untuk makan tengahari dengan makan malam terus. Aku order nasi briyani lagi (hehehe...dah dua hari aku makan benda yang sama). Harganya cuma Rs. 310 (RM 13.00). Selesai makan malam seperti biasa, kami sambung lagi sesi membeli belah, terlalu banyak kedai dan terlalu banyak pilihan yang disediakan. Tawar menawar diteruskan antara kami dengan peniaga, sehingga kedua-dua pihak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

09.35 malam
Kedai dah banyak tutup, kami pun dah selesai membeli belah, masa untuk balik hotel la jawabnya.

10.15 mlm
Barang-barang hiking diagihkan dan disusun siap-siap untuk dibawa ke Pokhara esoknya. Beg yang akan dibawa oleh porter dan beg sendiri (berisi barang peribadi dan kudapan semasa di trek nanti).

11.45 mlm
Rehat dan tidur.


NOTA KAKI

Nota 1
Restoran Al Madina adalah jauh lebih murah berbanding Restoran Anatolia (Cuma jauh sedikit dari hotel kami lebih kurang 1km juga la). 

Nota 2
Kalau beli barang kat Thamel ; kita boleh tawar-menawar serendah-rendah harga, kena caranya kita akan dapat harga yang kita nak tu tapi pandai-pandai la korang menawar. Tapi secara jujur aku katakan, aku tak menawar sangat sebab bagi aku kalau menawar pun janganlah sampai terlalu rendah, kalau pun harga barang tu memang rendah aku hanya anggap ia sebagai sedekah, lagipun diorang pun mencari rezeki, tak salah dan rugi kalau kita berbelanja lebih sedikit. Bukankah pahala sedekah itu lebih tinggi nilainya berbanding wang ringgit yang dibelanjakan (buat la saham akhirat walau di mana kita berada sekalipun...in shaa ALLAH), tapi itu terpulang kepada korang. Nak bargain...bargain la sampai peniaga tu tengok kita pun macam nak makan orang...your money...your call.

Nota 3
Antara teknik nak dapat harga murah adalah dengan memasuki kedai yang baru je buka pagi-pagi tu. Selalunya diorang akan bagi diskaun (katanya sebagai ‘good luck’ sebab pagi-pagi lagi orang dah datang membeli barang di kedai diorang, samada betul atau tak entahlah yang penting dapat harga murah). Lagi satu ialah masa diorang nak tutup kedai, in shaa ALLAH akan dapat harga rendah (kedua-dua cara ni aku dah buat, tak payah nak susah-susah ‘bertekak’ untuk tawar menawar) gerenti akan dapat harga yang rendah.


JohnS
NEPAL @ HARI 2


No comments:

Post a Comment