Foto diambil di roof top Super View Guest House Restaurant, Ulleri |
TARIKH – 31 Oktober - 13 November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa – Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa – Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul
HARI 5 - 04 November 2015 / 22 Muharram 1437H (Rabu)

HARI 2 PENDAKIAN
04.30 pagi
Bangun pagi dan SOLAT.
Bangun pagi dan SOLAT.
05.10 pagi
Mengemas semula barang-barang keperluan ke dalam beg masing-masing dan untuk dibawa oleh porter.

06.45 pagi
Sarapan pagi ; pagi ni aku order set breakfast yang terdiri daripada secawan kopi, telur dadar, roti gurung dan ubi ketang panggang (Rs. 400 @ RM 16.78) ; mahal kan harga sarapan paginya, jangan risau ada lagi yang murah ikut selera masing-masing la. Alhamdulillah sarapan yang disediakan memang sedap dan berbaloi dengan harganya.
07.30 pagi
Seperti biasa bacaan doa sebelum memulakan pendakian semoga ALLAH akan merahmati perjalanan kami hari ni. Cuaca pada masa ni memang sangat sejuk biasalah waktu pagi. Kami masih lagi melalui lereng-lereng pergunungan dengan trek yang agak landai dan sekali sekala menaiki tangga-tangga batu yang disusun cantik.

Breakfast set |

Permulaan trek adalah landai |
Keindahan pemandangan lereng pergunungan Annapurna |
Lagi trek landai yang dilalui |
![]() |
Antara tangga-tangga batu yang dilalui |
Tiba di Tekhidunga (1,520m) : terdapat gerai jualan cenderamata kat sini dan juga beberapa Teahouse, pendakian menuruni tangga-tangga batu diteruskan. Melalui jambatan gantung (dibina daripada besi tahan karat) sejauh lebih kurang 30 meter merentangi sungai Modi.
08.00 pagi
Bermula pendakian menaik menuju ke Ulleri yang melalui tangga-tangga batu, dengan ketinggian dari 1,520 meter hingga ketinggian 2,020 meter ; berdasarkan kepada pengiraan aku, jumlah anak tangga yang kami lalui dari Tekhidunga ke Ulleri adalah sebanyak lebih kurang 3,300 anak tangga. Ha...tudiaa bayangkan jela jumlah tu. Seperti biasa aku atur pendakianku dengan pace yang sederhana sambil menikmat keindahan pemandangan kiri dan kanan. Ada banyak tempat rehat juga kami stop (biasa la rehat kejap).

09.25 pagi
Tiba di Ulleri (2,020m) ; rehat jap kat sini sambil menikmati keindahan puncak Gunung Annapurna yang boleh dilihat dari rooftop di Super View Guest House Restaurant. Makan dan minum bekalan yang aku bawa dari teahouse tadi, agak lama juga rehat kat sini.
Ulleri |
Teahouse, Ulleri |
Kelihatan sayup-sayup Gunung Annapurna South di belakang yang diselaputi salji |
Sambung pendakian lagi ; kali ni trek banyak yang
sedikit mendatar dan tidak banyak yang mendaki. Tapi, ada juga la yang terpaksa
mendaki menaiki tangga-tangga batu macam mula-mula tadi cumanya tak banyak.
11.30 pagi
Tiba di Machhapuchhare Guest House, Bathanti (2,210m) ; rehat kat sini untuk makan tenghari dan solat. Masa untuk makan, aku order Egg Vege Fried Rice (Rs. 350 @ RM 14.68), air masak pun aku topup kat sini (1 Liter = Rs. 70 @ RM 2.94), lepas je lunch kami terus mengerjakan solat (pinjam ruang bilik dalam teahouse kejap).

01.25 petang
Sambung pendakian, mula-mula melalui trek landai dan batu-batu yang disusun lepas tu kami dihidangkan pula dengan kehijauan hutan berlumut..wow memang cantik dan nyaman sekali suasananya.

02.40 petang
Rehat kejap kat Riverside Restaurant, kat sini ketinggian dah mencapai 2,300m (berdasarkan kepada catatan pada jam Garmin Azril) ; topup tenaga dan ambil gambar, rehat 5 minit lepas tu terus sambung perjalanan.

03.15 petang
Tiba di Nangge Thanti (2,430m) ; tapi tak singgah kat sini perjalanan diteruskan lagi melalui trek yang agak landai dan menaik sedikit demi sedikit. Sekali sekala sekiranya kami ternampak restoran kami akan berehat sekejap untuk hilangkan penat sambil minum air dan makan makanan yang dibawa. Hari ni kami banyak melalui trek hutan berlumut.04.55 petang
Tiba di pintu gerbang yang menujukkan ‘Welcome to Ghorepani, Poon Hill’, alhamdulillah sampai juga kami kat sini tapi kena naik lagi sikit lagi sebab hotel kami ada kat atas sekali. Banyak betul teahouse kat Ghorepani ni mungkin disebabkan ia adalah antara tumpuan utama pendaki-pendaki untuk ke Poon Hill (dari Poon Hill kita boleh menyaksikan pemandangan matahari terbit yang sangat cantik) ; ada ramai pelancong asing yang mendaki setakat Poon Hill je dan lepas tu diorang akan terus turun ke Gandruk dan seterusnya ke Naya Pul (diorang tak teruskan pendakian ke ABC).
05.22 petang
Tiba di Teahouse Ghorepani (2,860m) , menurut Prakash teahouse ni baru je dibuka beberapa bulan yang lepas, memang nampak baru je semuanya, dari sini kami boleh nampak dengan jelas banjaran Himalaya , tapi malangnya memandangkan kami sampai pun dah maghrib awan sudah pun menutupi pemandangan Gunung Annapurna South, Machhpuchhre dan gunung-gunung lain di sekitarnya. Check-in bilik (tempah 3 bilik double).

06.30 petang
Makan malam, malam ni aku order Garlic Soup je (Rs. 200 @ RM 8.39) sebab nanti aku nak masak maggi kat bilik (malas nak makan nasi hari ni). Cuaca memang sangat sejuk walaupun kami berada di dalam bangunan, aku tak check pula berapa suhu tapi mungkin kurang daripada 10 darjah celcius.

Ramai pula aku tengok
pendaki yang ada malam ni, kebanyakannya dari luar Nepal. Kantin jadi agak
sesak dan riuh rendah sedikit tapi masih ada ruang untuk kami menjamu selera.
Masing-masing sibuk berbual-bual antara satu sama lain.
07.30 petang
Naik semula ke bilik dan terus memulakan operasi untuk masak maggi dan masak air , kami memang bawa siap-siap stove, cooking set, dan ration sendiri in-case kami memerlukan semua tu semasa tengah mendaki atau berada di setiap teahouse. Lepak kat bilik je memang kami tak keluar la sebab cuaca sejuk sangat.

10.10 malam
Masing-masing dah masuk bilik, sebelum tidur kemas barang yang akan kami bawa ke Poon Hill esok pagi-pagi.

10.30 malam
Rehat dan tidur.
Rehat dan tidur.
NOTA KAKI
Nota 1
Trek dari Hille ke Ghorepani hampir 70% adalah daripada binaan tangga batu yang disusun rapi. Jumlah anak tangga untuk keseluruhan trek hari ni aku anggarkan adalah melebih 5,000 anak tangga.

Nota 2
Ghorepani adalah antara tarikah utama di trek Annapurna Base Camp (ABC) sebab ia menghubungkan dengan Poon Hill iaitu salah satu tempat yang paling cantik di ABC ni untuk menyaksikan matahari terbit.
JohnS
NEPAL @ HARI 5
No comments:
Post a Comment