Tuesday, 3 November 2015

Annapurna Base Camp - HARI 4 (Pokhara - Naya Pul - Hille)

Bismillahirrahmaanirrahim...



TARIKH – 31 Oktober  - 13 November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa – Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa – Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul


HARI 4 - 03 November 2015 / 21 Muharram 1437H (Selasa)

HARI 1 PENDAKIAN

05.00 pagi
Bangun pagi, solat dan terus bersiap-siap untuk sarapan.

06.00 pagi
Sarapan pagi kat rooftop sambil menikmati udara segar di Pokhara, buat air milo (3 in 1), sarapan pisang yang aku beli kat Thamel semalam. Sambil-sambil tu sempat juga kami ambil foto di persekitaran melalui rooftop, sepatutnya boleh nampak banjaran Himalaya dari atas ni, tapi ada awan la pula yang dah tutup banjaran tu.

Kalau awan takde, kita boleh tengok Banjaran Himalaya di sebalik bukit tu


07.15 pagi
Keluar bersiar-siar di Phewa Lake sambil menikmati udara segar di sekitar Pokhara. Tasik ni merupakan sumber utama penduduk untuk menangkap ikan. Sumber utama air tasik adalah berpunca daripada Gunung  Machhapuchhre (Fish Tail). Lepas je lepak kat kawasan tasek kami terus sarapan kat Olive Cafe. Disebabkan perut pun dah lapar aku order je set plain good, light breakfast dengan harga Rs. 320 @ RM 13.42 ; mahal pun mahal la yang penting perut aku kenyang.




09.30 pagi
Membuat pendaftaran TIMS (Trekkers Information Management System) dan juga permit pendakian Annapurna Region melalui syarikat Polar Trekking & Exp. Pvt. Ltd. Sahabat kami Arjun akan membantu untuk membuat pendafataran ini. Bayaran yang dikenakan untuk TIMS adalah USD15 @ RM 63.90 dan juga permit adalah Rs. 2,000 @ RM 83.86 (dan dua keping gambar ukuran paspot). Sementara semua dokumen siap dan diuruskan oleh Arjun, kami semua balik semua ke hotel untuk bersiap-siap sebelum bertolak ke Naya Pul.

10.40 pagi
Selesai urusan check-out kat hotel, sempat lagi sesi fotografi kat depan hotel sebagai kenangan.

10.45 pagi
Van yang kami sewa untuk ke Naya Pul tiba di hotel, bayaran yang dikenakan adalah Rs. 6,000 @ RM 251.58 : Van boleh memuatkan seramai 12 orang. Jadinya tiap seorang  akan bayar sebanyak Rs. 1,000 @ RM 41.93. Bayaran tersebut adalah termasuk untuk Arjun dan Prakash (jadinya satu van tu ada 8 orang). Sebelum bertolak ke Naya Pul, kami simpan dulu barang-barang yang akan ditinggalkan kat bilik Arjun (rumah dia dekat je tak sampai 10 minit kalau jalan kaki dari hotel kami).

Ni la dia van Rs. 6,000 tu

11.00 pagi
Bergerak ke Naya Pul ; melalui kawasan perkampungan dan pergunungan. Pemandangan di kiri dan kanan sungguh cantik dan mendamaikan dengan warna kehijauan dan kekuningan (padi). Udara juga bertambah sejuk memandangkan kami mulai menaiki kawasan tanah yang lebih tinggi. Kelihatan awan macam nak hujan (harap-harap kejap lagi masa kami hiking tak hujan le...kalau tak memang lagi sejuk la jawabnya). Ada sekali je van berhenti kejap, ingatkan van rosak ke apa, rupanya nak bagi kami masa untuk buang air, yang lawaknya sebab memang takde tandas pun so...pandai-pandai la cari port untuk kencing (macam hiking dalam hutan tu la). Kasian Hani sebab terpijak 'bom' kat celah-celah tu...hehehe.

12.20 tengahari
Tiba di NAYA PUL (1,000m) , kat sini kami berjumpa lagi dengan salah seorang porter (yang juga merupakan sepupu Arjun), Hemon (rasanya camni la ejaannya) namanya, agak pendiam, tak banyak cakap. Kat sini kami kena beli 2 pasang tali khas yang seringkali digunakan porter semasa mengangkat beg (diletak pada beg dan disambung terus ke bahagian atas kepala) dan juga plastik yang akan digunakan sebagai raincover. Harga kesemuanya ialah Rs. 440 @ RM 18.45 ; jadinya seorang akan bayar Rs. 73.33 @ RM 3.08. Selesai urusan masing-masing sesi fotografi pula.


Dari kiri : Sylvia, Kak Yani, Hemon, Prakash, aku, Arjun, Hani, Reen, Azril



12.55 tengahari
Bacaan doa memohon keberkatan dan keselamatan sepanjang pendakian kami, in shaa ALLAH.

1.00 ptg
Tepat jam 1 ptg kami memulakan langkah untuk meneroka Annapurna Centuary, semoga ALLAH akan sentiasa merahmati perjalanan kami selama 9 hari di pergunungan ini. Permulaan pendakian kami adalah melalui kawasan pekan kecil Naya Pul, kiri dan kanan terdapat kawasan deretan kedai dan sekali sekala kelihatan keldai yang juga merupakan antara pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk membawa barang di pergunungan . Melalui jambatan gantung yang merentangi sungai Modi di bawahnya, tangga-tangga yang diperbuat daripada batu semulajadi (cantik sungguh susunanya).



1.30 petang
Tiba di River Side Lodge and Restaurant, BIRETHANTI (1,080m) ; kat sini juga kami akan menyerahkan permit kepada pegawai yang bertugas di sini (Tourist Checkpost and Information Centre). Nampak serious je pegawai ni, aku siap minta kebenaran untuk ambil gambarnya lagi takut kena marah kalau ambil senyap-senyap...heheh...”may I take your photo sir?...”yes..yes..no problem” he said..nasib baik...snap sekeping gambar dia, bagi famous kat sini. Kami stop kat sini untuk makan tengahari dan solat. Perut memang dah berkeroncong dari tadi, apa lagi order la nasi goreng (hampir kesemuanya bersumberkan sayuran), aku order nasi goreng sayur dengan harga Rs. 300 @ RM 12.58) ; kat gunung ni takde pula dikenakan cukai (10% + 13%), alhamdulillah.

Pemandangan di River Side Lodge and Restaurant, Berithanti

02.30 petang
Selesai makan dan solat ; pendakian diteruskan, melalui kawasan perumahan orang-orang kampung setempat, kelihatan beberapa orang remaja sedang bermain carrom (besar betul saiz carrom diorang). Pendakian kami kekadang naik..kekadang menurun dan kekadang mendatar, jadinya tenaga kami tak la penat sangat walaupun kekadang terpaksa melalui tangga dan trek yang mencanak. Aku guna pace yang biasa je, tak laju dan tak lambat, cukuplah untuk aku menikmati keindahan pemadangan sekeliling.

04.30 petang
Melintasi Shree Bhume Lower Secondary School ; terdapat satu tabung derma yang disediakan di pondok kecil di hadapan sekolah tersebut untuk para pengunjung meletakkan wang sumbangan kepada sekolah (sumbang seikhlas hati). Kat sini trek agak mencanak dan melalui lereng-lereng bukit. Penat tidak terasa dek menyaksikan keindahan pemandangan di lereng-lereng bukit, sungguh indah ciptaan ALLAH.



Kambing gunung
Anak-anak sekolah yang baru balik dari kelas, sedih juga tengok pergi sekolah dengan hanya menggunakan sandal..."namaste' itu yang keluar dari bibir diorang dan senyuman. Budak-budak ni pun dah biasa sangat tengok pendaki-pendaki dari pelbagai negara lalu kat sini


05.10 ptg
Tiba di Annapurna Guesthouse, HILLE (1,460m) ; Alhamdulillah, setelah 4 jam lebih hiking harini, kami tiba juga di Teahouse yang pertama untuk hari pertama, pendakian harini sukses. Check-in teahouse (Harga seorang Rs. 150  @ RM 6.29 / semalam) ; untuk tiga bilik (2 orang sebilik).



06.30 ptg
Makan malam ; apalagi aku order la Nasi goreng sayur+telur (Rs. 320 @ RM 13.42). Berselera sungguh kami malam ni maklum la sebab lapar ; lepas makan malam ada yang terus masuk bilik ada yang lepak kat luar ambil angin sejuk katanya.

Aku pula lepak dengan Prakash kat luar (udara masa ni memang sejuk tapi masih boleh pakai baju drifit dengan skarf je la). Macam-macam yang aku sembangkan dengan Prakash, dia ni memang berpengetahuan luas juga, aku kagum dengan Prakash sebab dia boleh menguasai banyak bahasa antara ialah bahasa ibundanya sendiri Nepal, Hindi, English, Korea dan sekarang ni dia tengah belajar bahasa mandarin pula dan dia ni memang sangat peramah. Lama juga sembang dengan dia sampaikan Arjun terpaksa panggil namanya sebab nak makan malam...hehhe...sorry Prakash.

08.30 mlm
Tak boleh nak lepak lama sangat kat luar, sebab udara semakin sejuk aku terpaksa masuk bilik, mana nak tahan pakai baju drifit je dengan skarf. Seperti biasa, barang-barang dikemas-kemas untuk persediaan pendakian esoknya, difahamkan esok adalah hari pendakian yang agak panjang jadi malam ni kami kena tidur awal la jawabnya.

10.00 mlm
Rehat dan tidur daaaa....


NOTA KAKI

Nota 1
Masa yang kami ambil untuk hiking hari ni adalah 4 jam 10 minit (Termasuk waktu rehat) ; trek yang kami lalui adalah mendatar dan sedikit menaik sesekali ada juga trek yang betul-betul mencanak (60/70 darjah) dan agak memenatkan.

Nota 2
Kiri dan kanan trek adalah kawasan lembah dan lereng bukit, terdapat sawah padi yang terbentang luas (warna kuning keemasan) mungkin sudah menghampiri musim menuai.

Nota 3
Terserempak dengan kerbau, lembu, keldai, kambing dan ayam ; saiz kesemua haiwan tersebut agak luar biasa besarnya, mungkin haiwan-haiwan ni makan rumput yang segar di kawasan pergunungan ni sebab tu sihat-sihat belaka.

Nota 4
Sumber air penduduk adalah daripada sungai Modi (Modi Khola).

Nota 5
Banyak teahouse yang berada setiap beberapa ratus meter antara satu sama lain, kalau tak nak makan kudapan yang dibawa boleh je beli daripada diorang ni (cumanya agak mahal la juga).


JohnS
NEPAL @ HARI 4


No comments:

Post a Comment