Friday, 6 November 2015

Annapurna Base Camp v1.0 - HARI 7 (Tadapani - Chuile - Ghurjung - Chhomrong - Sinuwa)


Foto diambil di Sinuwa, Himal Guest & Restaurant (2,310m)

Bismillahirrahmaanirrahim...

TARIKH – 31 Oktober  - 13 November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa – Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa – Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul


HARI 7 - 06 November 2015 / 24 Muharram 1437H (Jumaat)

HARI 4 PENDAKIAN

05.30 pagi
Bangun pagi dan solat Subuh.

06.00 pagi
Cuaca pagi ni seperti biasa sangat cerah tanpa kehadiran awan, alhamdulillah semoga perjalanan kami pada hari ini akan berjalan dengan lancar. Aku, Hani, Nazreen dan Azril kami berempat lepak kat luar sambil layan pemandangan matahari terbit. Kelihatan di hadapan kami Banjaran Himalaya yang tersergam indah, subhanallah.

Melihat kepada catatan pada jam Azril suhu pagi ni adalah 5 darjah celcius ; buka glove pun kejap-kejap je sebab terlalu sejuk. Seperti biasa kami berempat posing sana sini, Kak Yani dengan Sylvia tidur lagi kut diorang malas nak keluar, sejuk sangat...rugi betul...hahaha, lama juga kami lepak kat luar ni, sejuk pun sejuk la tapi pemandangan memang sangat cantik.








7.00 pagi
Masuk bilik, bersiap-siap apa yang patut lepastu terus ke dining hall untuk persediaan sarapann pagi.

08.00 pagi
Sarapan pagi, pagi ni aku order lagi Dhalbat (Rs. 450 @ RM 18.87) dan air kopi (Rs. 80 @ RM 3.36) dah berapa hari aku makan menu ni je, huh...tapi bagus makan dhalbat ni banyak kalori yang dibekalkan, cumanya dhalbat kat sini macam tak meriah. Lagipun perjalanan hari ni agak lama berbanding hari-hari sebelumnya disebabkan jarak yang agak jauh.



08.50 pagi
Selesai bacaan doa kami meneruskan pendakian menurun. Seperti hari-hari yang lain trek tangga batu memang menjadi trek ‘rasmi’ kami tapi kali ni tak banyak sangat. Lepas je tangga batu kami melalui trek tanah dan pokok berlumut di kiri dan kanan.





09.55 pagi
Tiba di Mountain Discovery Lodge, Chuile (2,309m) ; Rehat jap kat sini sambil menikmati keindahan lembah dan lereng Annapurna Sanctuary. Dari jauh kelihatan dan kedengaran aliran sungai dari Sungai Modi nun jauh di bawah. Pemandangan cukup cantik dan indah sekali, udara sejuk dipersekitaran walaupun terdapat cahaya matahari. Rehat dalam 20 minit lepastu kami sambung lagi pendakian menurun.




11.07 pagi
Melalui jambatan besi gantung merentangi sungai Modi yang cantik dan jernih sekali, dari sini kami melalui trek yang agak landai dan sikit je tangga batu yang dilalui.




12.45 tengahari
Tiba di Sun Shine Restaurant, Diklyo Dhanda (2,100m), atas skit je dari Ghurjung ; Rehat dan solat kat sini, macam biasa aku order nasi putih je kat sini (Rs. 200 @ RM 8.39) sebab nak makan dengan brahim (daging rendang).



01.50 petang
Pendakian diteruskan, melalui trek di lereng-lereng pergunungan,kejap naik...kejap turun, kadang-kadang terasa panas juga sebab trek memang takde pokok langsung, tapi panas masa trekking je la. Kalau aku berenti je kejap tak sampi seminit memang sejuk dah.

03.00 petang
Tiba di Heaven View Guest House, Chhomrong (2,170m) ; singgah kejap kat sini untuk kumpul tenaga balik.





03.20 petang
Sambung pendakian balik, kali ni kena trek tangga yang dilalui hampir 90% adalah tangga dan tangga dan tanggaaaa...langkah demi langkah aku atur untuk mengelakkan kepenatan. Kali ni bilangan tangga adalah lebih banyak daripada trek dari Hille ke Ulleri. Bayangkan kami bermula dari ketinggian 2,170m lepastu naik dlm 200m dan turun semula dalam 500-600m lepastu naik semula dalam 500-600m menuju ke Sinuwa. Untuk trek dari Chhmrong ke Sinuwa ni saja aku anggarkan anak tangga yang kami lalui adalah sekitar 8,700-9,000 anak tangga...banyak kan, tapi alhamdulillah dapat dilalui dengan gagahnya.





05.00 petang
Tiba di Himal Guest & Restaurant, Sinuwa, aku ingatkan dah sampai kat teahouse kami, rupanya belum lagi, kena naik atas sikit lagi...teruskan je la pendakian ke atas lagi.

05.20 petang
Alhamdulillah tiba di Real Sinuwa Cottage & Restaurant, Sinuwa (2,360m) ; hampir nak ke maghrib dah. Tak sampai setengah jam diorang yang lain pun sampai kat sini, alhamdulillah. Masuk bilik (tempah bilik untuk 2 orang sebanyak 3 bilik), tak ramai pendaki yang ada duduk di teahouse ni. Kat sini barulah dapat line coverage, aku ambil peluang untuk update rumusan pendakian aku kat ABC selama empat hari kat Facebook dan update kat family pasal status kat sini, alhamdulillah selamat semuanya.




07.00 petang
Dinner time, malam ni aku order nasi goreng dgn telur (Rs. 320 @ RM 13.42), berselera sungguh aku malam ni, mungkin disebabkan keletihan melalui trek yang bertangga dan lama. Lepas makan, lepak jap kat dining hall sembang-sembang dengan Arjun dan Prakash.

09.30 malam
Masuk bilik, kat luar memang tak boleh nak lepak sangat, sejuk yang amat. Seperti biasa aku mengemas barang-barang untuk esoknya.

11.00 malam
Masa untuk tidur.


NOTA KAKI

Nota 1
Pendakian hari ni adalah selama 7 jam 30 minit (termasuk waktu rehat).

Nota 2
Trek yang kami lalui kebanyakkanya melalui tangga batu, berdasarkan kepada pengiraan aku jumlah yang dianggarkan adalah menghampiri 10,000 anak tangga (termasuk dari Chhomrong ke Sinuwa).

Nota 3
Trek di lereng-lerang pergunungan dan lembah sedikit panas kerana cahaya matahari memancar tepat ke arah trek tersebut (tiada sebarang pokok yang dapat dijadikan sebagai tempat berteduh).


JohnS
NEPAL @ HARI 7


No comments:

Post a Comment