Bismillahirrahmaanirrahim...
TARIKH – 31 Oktober - 13
November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa –
Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa –
Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul
HARI 1 – 31 OKTOBER 2015 / 18
MUHARRAM 1437H (SABTU)
09.45 pagi
Tiba di Terminal Kuala
Lumpur International Airpot 2 (KLIA 2) ; kami menaiki kereta Nazreen dari Pulau
Pinang malam tadi (Aku, Nazreen, Hanizamal dan Sylvia manakala Kak Yani dan
Azril diorang dah ada kat KL dan kami akan jumpa diorang terus kat KLIA kejap
lagi).
11.40 pagi
Terus ke kaunter wrapping
service ; balut beg untuk dimasukkan dalam kargo (safety precaution). Caj satu beg adalah RM 10.60
(Termasuk GST 6% ye). Selesai wrapping beg kami terus ke kaunter check-in, better
check-in awal takde la kalut-kalut nanti (flight kami jam 2.30 petang kalau ikut
jadual la, kat skrin besar di KLIA pun tunjuk jam 2.30 petang, harap-harap flight tak delay la nanti.
Perut dah lapar, apa
lagi masa untuk makan la jawabnya sementara nak tunggu kena panggil masuk
boarding hall. Makan kat KLIA memang agak mahal, aku order nasi yang paling murah harganya.
01.00 petang
Boarding time ; terus solat
kat surau yang disediakan di dalam boarding hall tu. Sementara menunggu masa untuk masuk dalam kapal
terbang. Kelihatan ramai penumpang adalah daripada warga Nepal (rasanya la
sebab rupa tak macam orang Malaysia pun..hehe). Sepatutnya flight kami depart jam
2.30 ptg tapi delay juga..mmmm... puncanya tak pasti la pula. Jam 2.50 petang barulah kami dibenarkan memasuki pesawat (OD
0181 - Malindo Air).
03.30 petang
Pesawat Boeing
737-900 terbang meninggalkan bumi Malaysia menuju ke Kathmandu, Nepal. Tempoh
penerbangan adalah selama 4 jam dan 50 minit, kami akan dijangka tiba di
Kathmandu pada jam 6.05 ptg (8.20 malam waktu Malaysia ; beza masa Malaysia dan
Nepal ialah 2 jam dan 15 minit). Alhamdulillah sepanjang penerbangan, kami
hanya mengalami gegaran biasa di udara (cuaca cukup baik sepanjang perjalanan), nak tau tak berapa suhu kat luar pada ketinggian 35,000 kaki ?...haaa.....-46 darjah celcius (sejuk kan), aku nampak kat skrin TV yang ada kat depan seat aku.
05.45 petang (Dah tukar waktu Nepal)
Alhamdulillah, tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Thribuvan, Kathmandu, Nepal (awal 20 mini). Sampai je di
bumi Nepal, matahari sudahpun melabuhkan tirainya kat sini Maghrib memang awal
(jam 5.21 petang untuk hari ni). Turun dari pesawat kami menaiki shuttle bus pula menuju ke pintu masuk dalam terminal, tak jauh pun
sebenarnya tapi naik je la bas tu..dah dia sediakan kat situ...haha. Cuaca di luar memang sejuk lagipun
ketinggian lapangan terbang ni dah mencapai 1,300 m (aras paras laut, a.p.l).
Masuk dalam terminal, kami settle urusan Visa (Visa On Arrival, VOA), sebenarnya boleh je buat online tapi saja je kami buat camni dah
sampai Airport baru la isi. Satu cara
lagi adalah dengan membuat visa kat Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur tapi agak leceh sikit la sebab kami semua kena datang sendiri ke KL so...untuk jimatkan kos pengangkutan
(minyak, tol dan masa) kami hanya apply terus kat sini (VOA). Caj yang
dikenakan adalah USD25 (RM 106.5) seorang (dan bagi sekeping gambar ukuran paspot) untuk visa selamat 15 hari sahaja. Kejap je nak buat VOA, tak sampai 10
minit pun dan nasib baik orang pun tak ramai jadi proses tu kejap je.
![]() |
Sedang tunggu giliran untuk isi borang Visa kat machine tu, tak sampai 10 minit proses permohonan Visa on Arrival (VOA) selesai |
06.30 petang
Selesai je cop paspot kat
Imigresen (sempat lagi kaunter tu dok bergurau dengan aku, "your face just like Nepalese"...aku pun iyakan aja la...haha), lepas tu terus ambik beg kat baggage claim. Keluar dari lapangan
terbang untuk cari teksi menuju ke Hotel kami di Thamel. Seperti biasa, banyak
teksi / van / jeep yang dah menunggu dan sedia untuk memberikan servis (macam
biasa diorang dok pujuk guna servis diorang). Tawar punya tawar dapat la satu
van mini yang boleh memuatkan kami berenam dan beg sekali dengan kadar USD20
(RM 85.20.
07.00 petang
Tiba di hotel penginapan
kami (New Hotel Elite), kami tempah 2 bilik (untuk 4 orang dan 2 orang) dengan kadar harga
Rs. 3,200 (RM 134.16) untuk 3h2m (Seorang RM 22.36). Aku dah book sesiap hotel ni masa kat Malaysia melalui Booking.com. Hotel ni cukup selesa
untuk kami berenam lagipun kami tak perlukan hotel mewah cukuplah sekadar untuk
ruang rehat dan tidur (plus ada hot shower sebab cuaca memang sangat sejuk).
Keluar je dari hotel, kami terus
menuju ke deretan kedai yang kebetulan berdekatan dengan hotel kami. Ya ALLAH
banyaknya kedai yang menjual barang-barang outdoor dah la banyak pilihan
murah-murah pula tu, kalau macam ni memang boleh jadi ‘sawan’ kami
dibuatnya..hahaha.
Ok..kami teruskan jalan dari satu kedai ke satu kedai tanpa
membeli barang (saja cuci mata dulu sebelum kami beli belah esoknya), uniknya..ada juga penjual yang boleh berbahasa Melayu dengan baik, mungkin dah ramai sangat orang Malaysia yang kerap datang ke sini (ada juga yang pernah datang ke Malaysia untuk bekerja, jadi tidak hairanlah diorang boleh berbahasa Melayu).
Tak beli barang pun kat kedai...sekarang
ni kami nak cari makanan halal dulu, nasib baik ada restoran halal kat sini.
Restoran yang kami pergi ni namanya Restoran Anatolia yang menghidangkan
masakan Indian, Tibetan dan Turkish (belasah jela asalkan halal). Ada lagi dua
restoran halal yang kami kenalpasti di sekitar Thamel iaitu Al Madina dan Al
Makkah (tapi agak jauh sikit dari hotel). Restoran Anatolia ni jaraknya
dari hotel adalah sekitar 500m je (10 minit perjalanan). Harga kat sini memang mahal tapi memandangkan kami pun dah lapar sangat so, order je la.
Rasanya tak makan dah
kat sini lepas ni, nak cuba makan kat Al Madina pula esok. Selesai saja kami
makan malam, jalan-jalan kejap sekitar Thamel beli barang-barang apa yang patut
dan sebagainya.
Kat sini kedai tutup awal
ye, kedai tutup seawal jam 9 malam lagi kiri dan kanan jalan pun dah agak
lengang sesekali ada juga orang lalu lalang. Tak ramai pelancong asing yang
aku nampak, boleh kira dengan jari la. Aku di fahamkan oleh peniaga-peniaga kat sini sepatutnya sekarang adalah peak
season untuk pelancong datang ke Nepal tapi kali ni teruk sikit disebabkan gempa bumi yang baru berlaku pada bulan April lepas dan ditambah lagi
dengan krisis gas petrol yang melanda Nepal sekarang tak ramai pun pelancong yang ‘berani’
datang ke sini. Aku terfikif juga samada kami ni sebenarnya lucky atau tak (tapi kebanyakan barang outdoor memang dijual
dengan sangat murah siap ada sale lagi sekarang).
10.15 malam
Balik hotel, buat
persiapan pengagihan barang-barang makanan (ration) untuk dibawa semasa mendaki
nanti.
11.30 malam
Rehat dan tidur.
NOTA KAKI
Nota 1
Visa boleh apply melalui tiga cara iaitu :-
a) Datang sendiri ke Kedutaan Malaysia di Kuala Lumpur (USD 15).
b) Melalui online (melalui website Nepal Immigration), tak pasti caj berapa.
c) Visa on Arrival, VOA (USD 25).
Nota 2
Beza masa antara Malaysia dan Nepal ialah 2 jam dan 15 minit (Malaysia menerima matahari dahulu sebelum Nepal)
Nota 3
a) Datang sendiri ke Kedutaan Malaysia di Kuala Lumpur (USD 15).
b) Melalui online (melalui website Nepal Immigration), tak pasti caj berapa.
c) Visa on Arrival, VOA (USD 25).
Nota 2
Beza masa antara Malaysia dan Nepal ialah 2 jam dan 15 minit (Malaysia menerima matahari dahulu sebelum Nepal)
Nota 3
Setiap
makanan yang dibeli akan dikenakan cukai perkhidmatan 10% dan caj VAT (Value
Added Tax) 13% (Jumlah cukai semuanya 23 %).
Nota 4
Restoran halal yang dapat dikenalpasti oleh aku ada tiga iaitu Restoran Anatolia, Restoran Al-Madina dan Al-Makkah (kesemuanya berada di Thamel).
Nota 4
Restoran halal yang dapat dikenalpasti oleh aku ada tiga iaitu Restoran Anatolia, Restoran Al-Madina dan Al-Makkah (kesemuanya berada di Thamel).
Nota 5
Thamel merupakan kawasan yang paling banyak menjual barang-barang outdoor dan merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong (banyak hotel murah-murah kat sini).
JohnS
NEPAL @ HARI 1
No comments:
Post a Comment