Sunday, 8 November 2015

Annapurna Base Camp v1.0 - HARI 9 (Deurali - Machhapuchre Base Camp - Annapurna Base Camp)



Foto diambil di Machhapuchre Base Camp, MBC (3,700m)

Bismillahirrahmaanirrahim...

HARI 9 – 08 November 2015 / 26 Muharram 1437H (Ahad)

HARI 6 PENDAKIAN

06.00 pagi
Bangun pagi dan solat Subuh, bersiap2 apa yang patut.

07.30 pagi
Sarapan pagi, harini aku makan dhalbat lagi (jadi favourite dishes pula dah) tapi ni je sarapan yang paling banyak carbo untuk aku bakar untuk perjalanan yang agak jauh jap lagi. Alhamdulillah selera makan cukup baik harini, sambil-sambil makan Arjun turut memberi sedikit briefing untuk perjalanan harini.

Keadaan kesihatan Kak Yani harini agak baik tapi masih belum ada selera makan, harap-harap dia akan dapat bertahan dan sampai ke Base Camp.


08.00 pagi

Selesai bacaan doa, perjalanan pun dimulakan ; trek kali ni adalah agak landai dan agak jauh (lebih kurang 8km perjalanan) namun kami kena lebih berhati-hati sebab altitud dah mencapai 3,000 meter (risiko untuk kena AMS adalah tinggi).

Trek harini memang sangat cantik, melalui lembah Annapurna Sanctuary dan Sungai Modi (Modi Kola) di bahagian kanan, air memang sejuk gile, nak basuh tangan pun rasa tak sanggup. Sesekali kami terserempak dengan pendaki-pendaki yang dah berjaya sampai ke ABC dan juga porter-porter yang bertugas mengangkut barang-barang keperluan di setiap Tea House.


Ucapan "hi..hello...namaste...good luck" sentiasa meniti di bibir kami dan pendaki-pendaki yang lain. 



Memulakan perjalanan menuju ke MBC


Makin tinggi je altitud udara pun bertambah2 terlalu sejuk, langkah pendakian aku pun makin lambat je rasa, pernafasan pun kena kawal dgn sebaiknya.  

Dari jauh, aku dah mula nampak ada tompok2 putih kat atas trek, teruja gile aku sebab tompok2 tu mesti salji...maklum la aku mana pernah tengok salji depan2 apatah lagi nak sentuh (dalam peti ais tu ada la...mana nak sama kan).





Yang aku perasan, makin tinggi kami mendaki tumbuh-tumbuhan makin kurang yang ada pun pokok2 yang renek dan kering (sebab selalu kena tutup salji kut).



Aku pun tak tau la...ni spesis tumbuhan apa..macam bunga pun ye..tapi yg menariknya sebab ada ais melekat kat kelopak2 daun tu
Pemandangan kiri dan kanan memang cantik ditambah lagi dengan langit yang biru, awan pun takde. Dari jauh lagi aku dah nampak jajaran pergunungan Annapurna yang dilitupi salji, ya ALLAH memang menakjubkan, tak sabar pula rasanya nak sampai ke MBC (Machhapuchre Base Camp), aku dah nampak dah base camp, nampak macam dekat tapi nak sampai ke sana tu ya ALLAH agak tough juga la.

Trek nak ke MBC dah mula dipenuhi dengan sajli, cuma ia memenuhi kiri dan kanan trek.




Pemandangan yang boleh dilihat sebelum sampai ke MBC, kalau tengok kat langit hampir keseluruhannya takde awan langsung kan
10.20 pagi
Alhamdulillah, setelah lebih dua jam hiking aku tiba gak kat MBC (Macchapuchre Base Camp) pada ketinggian 3,700m dari aras laut. Camp ni merupakan yang terakhir sebelum tiba di ABC. Apa yang aku tau, ramai juga pendaki2 yang akan stay kat sini sebelum ke ABC, tapi kami akan stay kat ABC boleh la lepak lebih lamat kat sana nanti.

Cuaca memang sangat sejuk tapi pada masa yang sama matahari sangat2 terik jadi memakai spek UV adalah perlu dan digalakkan untuk melindungi mata. Lotion sun-block juga sepatutnya perlu dipakai tapi aku memang tak pakai la...sebab malas nak sapu (akibatnya kulit aku agak menggelupas..especially bahagian hidung...hehehe).


Hani dah sampai awal dari aku tadi, so dia dah ada kat MBC sambil layan salji.



Alhamdulillah, tiba di sini...tahniah Sarawak...lepas ni boleh sambung ke ABC pula
Apalagi, sementara menunggu geng lain sampai, aku ambik kesempatan main salji kat bawah sikit...teruja je main2 salji...hehhe




11.00 pagi
Reen, Azril, Kak Yani dan Sylvia pun tiba di MBC dengan selamatnya. Kami rehat kat sini sambil menikmati minum dan makan pagi. Aku order sup bawang putih (sangat mujarab untuk mengurangkan risiko AMS), walaupun rasa tak sedap sangat tapi boleh makan la..hehhee

Masa ni kesihatan Kak Yani semakin merosot, katanya memang dah tak larat nak meneruskan ke ABC (jarak cuma dua jam perjalanan tapi agak risiko juga sebenarnya kalau diteruskan juga)...bincang punya bincang dengan Arjun so Kak Yani ambik keputusan untuk stop sampai sini je dan dia akan berpatah balik ke Deurali (3,200m).



Lepak jap kat sini sambil menunggu dengan sabar makanan masing2 yang dah order tadi
Bendera Malaysia berkibar megah di MBC...sebelum kami meneruskan perjalanan ke ABC sebentar lagi


11.40 pagi

Kami memulakan langkah untuk menuju ke destinasi terakhir iaitu ABC, berat gak rasa nak tinggalkan kak Yani kat MBC sebab dah alang2 sangat nak sampai ke ABC. Tapi demi keselamatan Kak Yani, kami terpaksa juga akur dengan keputusannya...in shaa ALLAH harap2 ada rezeki lagi untuk Kak Yani datang ke sini nanti.

Langkah demi langkah di atur, kat sini memang terasa cepat je letih biasa la makin tinggi altitud makin rendah pula tekanan udara. Kiri dan kanan trek di selaputi dengan salji putih, kena hati2 sikit sebab trek dah mula licin, ramai juga pendaki2 yang turun arini...sambil2 tu say hi..hi..bye..bye...


Sesekali aku hampir2 tergelincir sebab terpijak salji yang dah beku (salji ni kalau dah beku memang licin). Kena lalu salji yang masih 'segar' at least takde la licin..off track sikit je..




Makin dekat nak sampai ABC makin semput pula aku rasa...saiko la tengok teahouse kat ABC yang nampak dari jauh ni...haishh...pace aku makin lama makin lambat...hahaa...tapi masih boleh bertahan lagi la...



01.45 ptg
Alhamdulillah, kami tiba di Annapurna Base Camp (papan tanda), cam tak caye je dapat jejak kat papan tanda ABC ni, sebelum ni tengok kat google je...sekarang ni aku sendiri dah jejak...Alhamdulillah.



Sampai kat sini, kami ambik foto dulu sebanyak yang boleh dan lepas tu terus naik ke Teahouse, kena jalan lagi sikit dalam 200 meter walaupun nampak dekat tapi langkah kami memang slow je.

02.10 petang
Masa untuk tidur.


Alhamdulillah tahniah untuk semua, berjaya ke Annapurna Base Camp walaupun kurang sorang lagi geng kami kak Yani disebabkan masalah kesihatan terpaksa 'ditinggalkan' di MBC.

Lepak kat ruang makan sambil menjamu selera, tak ramai sangat orang yang ada kat sini. Suhu masa ni aku check kat termometer -5 darjah...memang terasa sejuknya walaupun dah pakai jaket tebal sampai 5 lapis. 

Selesai makan dan solat apa semua, kami ambik kesempatan untuk keluar untuk menikmati salji waktu petang walaupun sejuk, ku gagahi jua demi salji...biasa la beratus foto yang kami ambik kat sini dan sempat juga bertukar-tukar pakaian sebagai kenangan.



09.30 malam
Masa untuk tidur.


JohnS
NEPAL @ HARI 9

No comments:

Post a Comment