Foto diambil di puncak Poon Hill (3,210m) |
Bismillahirrahmaanirrahim...
TARIKH – 31 Oktober - 13 November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa – Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa – Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul
HARI 6 - 05 November 2015 / 23 Muharram 1437H (Khamis)
09.50 pagi
Seperti biasa bacaan doa dan seterusnya kami memulakan pendakian menuju ke Tadapani hari ni. Permulaan hiking hanya melalui trek tanah tapi tak sampai 5 minit ‘terpaksa’ melalui trek tangga-tangga batu lagi (tapi tak securam seperti hari kedua ; Hille ke Ulleri)
06.00 petang
Lepak kat dining hall sebab bilik ni je ada heater, lega dapat memanaskan badan. Malam ni aku tak order nasi sebab kejap lagi aku nak makan maggi dengan brahim je, so aku cuma order air kopi panas (Rs. 200 @ RM 8.39). Sementara menunggu hidangan makan malam kami, sempat juga berbual dengan dua orang pendaki dari Nepal iaitu Terkhip dan Saji. Kedua-duanya baru pertama kali mendaki Annapurna Range, tapi diorang dua ni tak hiking sampai ke ABC. Esoknya akan turun semula ke Gandhruk, diorang baru je habis belajar di US (Terkhip), aku tak tanya pula universiti mana dan Saji (Thailand) kedua-duanya dalam bidang engineering so kiranya sekarang ni nak menghabiskan masa sebelum mula bekerja la.
10.15 malam
Ha...tudia awalnya kami nak tidur ; merehatkan badan untuk tenaga pendakian esoknya.
Nota 1
Poon Hill merupakan salah satu tumpuan utama para pendaki di seluruh dunia di Annapurna Sanctuary. Ramai yang mendaki setakat Poon Hill tanpa perlu ke Annapurna Base Camp (ABC) samada melalui Naya Pul atau Gandruk dan sebaliknya. Pendakian ke sini hanya mengambil masa 4-6 hari sahaja (bergantung kepada kita sebenarnya jumlah hari ni).
Nota 2
Trek pada hari ini kebanyakkan menurun sahaja tetapi melalui banyak tangga batu dan di tepi anak sungai Modi.
Nota 3
Melalui hutan berlumut (kira-kira 40 % perjalanan) yang cantik dan unik.
JohnS
NEPAL @ HARI 6
HARI 6 - 05 November 2015 / 23 Muharram 1437H (Khamis)
HARI 3 PENDAKIAN
04.30 pagi
Bangun dan bersiap
untuk mendaki kejap lagi.
05.10 pagi
Semua dah berkumpul di
ruang tamu teahouse, so..mula hiking ke Poon Hill, ya ALLAH sejuknya kat
luar ni memang tak tahan je rasa. ‘Bungkus’ semua satu badan kecuali bahagian
muka je tinggal. Dari sini kami dah nampak barisan cahaya headlamp di sepanjang trek ke
Poon Hill, awalnya diorang yang lain tu naik.
Kami menaiki anak tangga batu dan hanya sedikit sahaja kawasan landai
yang dilalui. Tak sampai 15 mini pendakian tiba di Kaunter Tiket, alamak masa
ni aku dengan Hani ada kat depan. Aku terlupa bawa duit sebab kat sini
kami kena beli tiket nak ke Poon Hill (sebenarnya Arjun dan pesan malam tadi
suruh bawa duit tapi aku terlupa, Hani pula memang tak tau sebab aku terlupa
bagitau dia), luckily ada Hemon (porter kami), terpaksa la pinjam duit dia dulu
nasib baik duit dia cukup. Harga tiket adalah Rs. 50 je (RM 2.10). So...lepas
bayar kami teruskan pendakian menuju ke Poon Hill.
Trek dari kaunter ke Poon Hill hampir keseluruhannya adalah menaiki
tangga batu, langkah demi langkah diatur supaya keperluan oksigen ke otak akan
berjalan lancar, pernafasan pun ‘diawasi’ maklum la sebab kami dah melalui
ketinggian 3,000 meter. Kebarangkalian untuk kena AMS (Accute Mountain
Sickness) tu adalah tinggi. Hani dah ada kat depan, aku stop kejap kat
pencawang telekomuniasi kelihatan beberapa orang lagi sedang berehat. Tak
sampai 2 minit aku teruskan langkah menuju ke puncak Poon Hill, tak boleh nak
berhenti lama-lama sebab udara terlalu sejuk.
05.50 pagi
Alhamdulillah, tiba di
puncak Poon Hill kelihatan sudah ramai yang berada di atas ni, kawasan
puncaknya sangat luas. Terdapat sebuah gerai makan/minuman dan juga menara
tinjau. Sebelum tu aku cari port
untuk solat subuh jap (aku dah bawa siap-siap sprayer untuk ambik wuduk). Dapat cari port untuk solat cari arah kiblat (terpaksa guna arah matahari)
sebab aku tak bawa kompas, Azril pula tak sampai lagi ke puncak (dia sorang je
ada jam kompas, nak guna apps arah Qiblat kat handphone pun tak boleh guna sebab tak detect), Hani pula aku tak jumpa (sebab ramai sangat orang).
Selesai solat, terus ke papan tanda Poon Hill untuk ambil gambar,
tiba-tiba nampak Hani kat kawasan tu...snap sekeping dua gambar kat papan
tu jap untuk kenangan.
06.25 pagi
Cahaya keemasan/kekuningan
mula menampakan diri dari arah ufuk timur, ya ALLAH betapa indahnya pemandangan
yang dihidangkan. Cuaca semakin sejuk, kelihatan rumpur-rumput yang ada sudah
mula diliputi ais-ais yang nipis. Tiap kali ambil gambar kadang-kadang aku
terpaksa buka glove
ditangan...adoiii...tak tahan la, tak boleh lama sangat buka glove mau kejang
dibuatnya jari-jari tangan...suhu ?....aku tak pasti mungkin negatif. Lama juga kami lepak kat atas ni walaupun dalam
keadaan sejuk, alhamdulillah semua geng kami berenam selamat sampai di puncak
Poon Hill tanpa mengalami simptom AMS.
07.10 pagi
Turun semula ke teahouse
di Ghorepani, memandangkan cuaca memang sangat sejuk, aku turun secara berlari
(nak panaskan badan). Sempat juga aku berhenti sekali sekala untuk snap gambar
pemandangan Banjaran Himalaya (cuaca masa ni memang sangat clear jadinya
banjaran nampak dengna jelas dan terang).
07.40 pagi
Tiba di teahouse ;
bersiap-siap lagi untuk menyambung pendakian seterusnya nanti.
09.00 pagi
Sarapan pagi, aku order breakfast set (Rs. 550 @ 23.06) , memang mahal harganya, takpala sebab masih dalam bajet aku hari ni. Masa ni dah ramai yang memulakan pendakian seterusnya, rasanya tinggal group kami je lagi yang belum keluar dari teahouse ni. Selesai sarapan pagi, seperti biasa kami posing dulu kat kawasan lapang di luar teahouse (terdapat pemandangan banjaran Himalaya di sini).

![]() |
Gunung Annapurna South yang dapat dilihat dengan jelas dari teahouse kami. |
09.50 pagi
Seperti biasa bacaan doa dan seterusnya kami memulakan pendakian menuju ke Tadapani hari ni. Permulaan hiking hanya melalui trek tanah tapi tak sampai 5 minit ‘terpaksa’ melalui trek tangga-tangga batu lagi (tapi tak securam seperti hari kedua ; Hille ke Ulleri)
11.02 pagi
Tiba di Deurali (3,090m) ; Rehat kat sini, cuaca seperti biasa sangat sejuk di tambah pula dengan tiupan angin. Kat atas ni terdapat ‘gerai’ makan/minum, ada juga antara kami yang order minuman panas sekadar memanaskan tekak dan badan yang kesejukan.
11.20 pagi

Sambung pendakian (melalui Deurali Pass), kali ni
hampir sepanjang trek dipenuhi dengan hutan yang berlumut, memang cantik dan
mengagumkan. Trek juga sangat bersih dan teratur dan agak mustahil untuk kita
tersilap jalan. Hari ni kami banyak pendakian menurun, kebanyakkannya melalui
tangga-tangga batu memang kena lebih berhati-hati la. Sekali sekala terserempak
dengan group lain dari pelbagai negara, ada yang sedang turun dan ada juga yang
baru nak naik. Seperti biasa ucapan Namaste sentiasa diucap oleh diorang dan
kami sendiri (sebagai tanda hormat/menyapa).
Tiba di Banthanti (2,660m) ; Stop kat sini untuk makan tengahari dan solat. Makan
tengahari aku hanya order nasi putih (Rs. 200 @ RM 8.39) makan dengan brahim (ayam masak merah) yang kami dah bawa siap-siap dari Malaysia. Selesai makan tenghari, terus
mengerjakan solat di kawasan restoran tersebut ; kali ni aku ambil air
sembahyang dengan air paip je (sejuk gile...).
Sambung semula pendakian seterusnya, sekali lagi kami
melalui kawasan hutan berlumut dan sesekali tangga-tangga batu.
03.30 petang
Tiba di Tadapani (2,630m) ; Kami duduk di Annapurna Guesthouse seperti biasa dengan harga Rs. 150 (RM 6.29) semalam. Cuaca cukup sejuk, nampaknya hari macam nak hujan melihat kepada keadaan langit yang gelap. Alhamdulillah semuanya sampai dengan selamat selewat-lewatnya jam 4.50 petang. Selesai mengemas barang di dalam bilik (seperti biasa kami sewa 3 bilik – dua orang sebilik), terus mengerjakan solat .

Kira-kira jam 5 petang
tiba-tiba hujan turun, tapi bukan air yang mencurah-curah sebaliknya
ketulan-ketulan ais kecil yang jatuh bertaburan, patutla tadi masa aku nak naik
teahouse ni tiba-tiba pipi aku kena satu ketulan ais sebesar kira-kira 5mm
(diameter), sakit juga la. Pertama kali aku tengok fenomena ketulan ais jatuh
dari langit (kemungkinan terjadi kerana keadaan suhu yang terlalu sejuk
menyebabkan air hujan beku di udara sebelum sampai ke tanah).
Teahouse tempat tinggal kami di Tadapani |
Lepak kat dining hall sebab bilik ni je ada heater, lega dapat memanaskan badan. Malam ni aku tak order nasi sebab kejap lagi aku nak makan maggi dengan brahim je, so aku cuma order air kopi panas (Rs. 200 @ RM 8.39). Sementara menunggu hidangan makan malam kami, sempat juga berbual dengan dua orang pendaki dari Nepal iaitu Terkhip dan Saji. Kedua-duanya baru pertama kali mendaki Annapurna Range, tapi diorang dua ni tak hiking sampai ke ABC. Esoknya akan turun semula ke Gandhruk, diorang baru je habis belajar di US (Terkhip), aku tak tanya pula universiti mana dan Saji (Thailand) kedua-duanya dalam bidang engineering so kiranya sekarang ni nak menghabiskan masa sebelum mula bekerja la.
Makan malam dah
tersedia, apalagi masing-masing makan dengan berseleranya. Lepas makan kami
semua lepak lagi kat dining hall ni, maklum la dalam ni panas kalau kat bilik
memang sejuk la jawabnya.
08.30 malam
Aku masuk bilik semula, masak maggi dan buat air teh ; makan maggi waktu sejuk-sejuk camni memang sangat menyelerakan ditambah lagi dengan bancuhan teh panas, ya ALLAH memang sangat nikmat. Seperti biasa selesai makan, aku terus mengemas barang siap-siap supaya tak kalut esoknya.
Aku masuk bilik semula, masak maggi dan buat air teh ; makan maggi waktu sejuk-sejuk camni memang sangat menyelerakan ditambah lagi dengan bancuhan teh panas, ya ALLAH memang sangat nikmat. Seperti biasa selesai makan, aku terus mengemas barang siap-siap supaya tak kalut esoknya.
10.15 malam
Ha...tudia awalnya kami nak tidur ; merehatkan badan untuk tenaga pendakian esoknya.
NOTA KAKI
B. Rumusan :-
Nota 1
Poon Hill merupakan salah satu tumpuan utama para pendaki di seluruh dunia di Annapurna Sanctuary. Ramai yang mendaki setakat Poon Hill tanpa perlu ke Annapurna Base Camp (ABC) samada melalui Naya Pul atau Gandruk dan sebaliknya. Pendakian ke sini hanya mengambil masa 4-6 hari sahaja (bergantung kepada kita sebenarnya jumlah hari ni).
Nota 2
Trek pada hari ini kebanyakkan menurun sahaja tetapi melalui banyak tangga batu dan di tepi anak sungai Modi.
Nota 3
Melalui hutan berlumut (kira-kira 40 % perjalanan) yang cantik dan unik.
JohnS
NEPAL @ HARI 6
No comments:
Post a Comment