Saturday, 7 November 2015

Annapurna Base Camp - HARI 8 (Sinuwa - Bamboo - Dovan - Himalaya - Deurali)



Foto diambil di Himalaya Hotel (2,900m)


Bismillahirrahmaanirrahim...

HARI 8 – 07 November 2015 / 25 Muharram 1437H (Sabtu)

HARI 5 PENDAKIAN

05.30 pagi
Bangun pagi dan solat Subuh.

07.00 pagi
Sarapan pagi, makan dhalbat lagi (Rs. 400 @ RM 16.78), hari ni pun perjalanan agak jauh juga.

07.40 pagi
Bacaan doa dan seterusnya pendakian dimulakan, seperti biasa cuaca pada hari ini juga cukup baik semoga perjalanan kami akan berjalan dengan lancar. Mula-mula lagi kami dah naik tangga batu. Start hari ni Prakash tak dapat nak teruskan pendakian bersama kami kerana masalah kesihatan jadinya ada porter baru yang menggantikan, Omraj namanya, tak banyak cakap macam Hemon juga, badan kecik je tapi tenaga macam 2 orang.

08.30 pagi
Tiba di Hill Top Lodge, Sinuwa (2,350m) : Rehat kejap kat sini topup balik tenaga, masing-masing duduk setelah penat menaiki tangga. Dari sini dah kelihatan pergunungan berais, wow...memang cantik...tak sabar rasanya nak sampai ke ABC yang pastinya akan menjanjikan pemandangan yang lebih menarik dan menakjubkan...in shaa ALLAH. Rehat dalam 10 minit je lepas tu pendakian diteruskan. Hari ni pendakian naik dan turun dan kadang-kadang landai dan melalui tebing-tebing sungai Modi, juga melalui hutan-hutan berlumut, sungguh cantik sekali.

Kelihatan pergunungan Annapurna yang diseliputi salji nun jauh di sana

Dalam perjalanan harini, kami terserempak dengan dua group dari Malaysia...syok je jumpa orang Malaysia. Tapi group ni dah sampai ABC dua hari lepas so..harini diorang akan turun menuju ke Sinuwa dan ada yang ke Chhomrong...tahniah korang...esok giliran kami pula menjejakkan kaki ke ABC.

Sesekali kami terpaksa melalui trek tangga batu yang curam, nasib baik menurun tapi aku terfikir juga nanti kami kena lalu juga trek ni...takpala...yang tu fikir lain.

Mossy forest
Stone steep staircase

10.00 pagi
Tiba di Trekking Guest House and Restaurant, Bamboo (2,310m) ; Lama juga rehat kat sini. Walaupun cahaya matahari jelas terpancar tapi suhu tetap sejuk, panaskan sikit badan dengan minum milo panas dalam flusk yang aku bawa dari Sinuwa dan bekalan kismis dan almond.

Bamboo
10.50 pagi
Sambung pendakian ; trek sedikit landai dan masih melalui tebing sungai Modi dan hutan berlumut, sekali sekala wajib la melalui tangga-tangga batu juga.

11.47 pagi
Tiba di Annapurna Aproach Lodge, Dovan (2,520m) ;  Rehat lagi kat sini, santai je pendakian kami harini. Makan tengahari dan solat, tak makan nasi aku cuma order garlic soup (Rs. 250 @ RM 10.49), kalau kat Malaysia aku rasa tak order la sup ni tapi garlic (bawang putih) ni adalah bagus untuk mengurangkan risiko kena AMS.

Anak sungai di celah timbunan batu, tak sanggup nak sentuh air dalam sungai ni, terlalu sejuk

Dovan

01.00 petang
Sambung lagi pendakian ke pitstop seterusnya, dari sini trek semakin lama semakin sejuk dan batu-batu besar mula kelihatan di kiri dan kanan. Langkah demi langkah diatur dengan cermat maklum la altitud semakin tinggi takut pula aku kena AMS nanti. Memang aku tak laju pun, pace slow je tapi secara berterusan, cuma kekadang aku akan stop juga untuk ambil gambar-gambar sepanjang trek dan berehat barang seminit dua.

02.10 petang – Tiba di Himalaya Hotel & Restaurant, Himalaya (2,920m) ; Rehat lagi kat sini, biasa la nak cepat pun buat apa kan, enjoy the view, tambah tenaga balik dengan kismis dan almond.

Himalaya


02.40 petang
Sambung pendakian lagi ; pokok-pokok renek dan kecil dah mula memenuhi kiri dan kanan trek, pokok-pokok besar tu ada juga la tapi dengan bilangan yang sedikit. Batu-batu pula semakin banyak kelihatan di sepanjang trek, pemandangan pergunungan bersalji semakin dekat kelihatan...memang tak sabar pula rasanya nak sampai. Pada ketinggian ni, langkah aku semakin perlahan disebabkan altitud yang semakin tinggi. Semakin tinggi semakin terasa cepat aku penat disebabkan tekanan udara dan paras oksigen yang semakin rendah. Aku atur langkahku dengan lebih kemas, pernafasan juga kena jaga betul-betul.

Salji dah mula kelihatan kat sini, ada la sikit kat celah-celah batu, pokok-pokok, first time aku tengok, ya ALLAH terujanya aku sebab tak pernah tengok salji depan-depan mata...tapi masih dalam kuantiti yang sedikit. Salji yang aku tengok ni lebih kepada macam ketulan-ketulan ais yang kecil bersaiz kurang daripada 5mm mungkin dah lama kat situ sebab tu jadi ketulan camtu.


Dari jauh aku dah nampak teahouse kat Deurali....nampak macam dekat tapi nak jalan terasa jauh, penat juga sementara nak sampai tu.

Ni adalah salah satu laluan avalanche

Ada sikit je salji kat celah-celah batu

04.00 petang
Tiba di New Panorama Guest House & Restaurant, Deurali (3,200m) ; Sampai kat sini cuaca berkabus dan kelihatan beberapa tompok salji di persekitaran teahouse, kat bumbung pun ada sikit. Suhu memang dah sangat sejuk, apalagi sarung balik jaket dan skarf...Alhamdulillah jam 5.00 petang semua tiba dengan selamatnya. 

Hanya kedengaran bunyi air sungai Modi yang mengalir di lembah yang bersebelahan dengan teahouse ni, cukup mendamaikan ditambah lagi dengan cuaca dingin di persekitaran teahouse. 

Kali ni hanya dua bilik yang ditempah (untuk 4 dan 2 orang). Agak kecil biliknya tapi cukup untuk memuatkan kami semua tidur dengan selesa. Dalam bilik pun sejuk la apa lagi kat luar, memang kami tak boleh nak lepak lama-lama disebabkan udara yang terlalu sejuk. Kalau kat ABC esok aku tak tau la macamana.

Alhamdulillah...tiba di Deurali

07.00 petang
Makan malam, Vege fried rice (Rs. 320 @ RM 13.42) ; kat dining hall pun terasa sejuknya walaupun pintu dan tingkap ditutup rapat. Tak ramai pendaki yang stay kat sini, ada la dalam 25 atau kurang daripada tu, sambil makan sambil sembang. Kak Yani pula dah beberapa hari tak beselera makan disebabkan gastriknya, malam ni agak teruk sikit, terpaksa tidur awal setelah makan ubat yang Azril bagi, dapat la makan sikit...tapi tak habis juga jadinya aku la yang tolong habiskan..hehe...thanks Kak Yani. Semoga Kak Yani sembuh cepat sebab perjalanan kami masih ada berbaki 4 hari lagi tu pun tak sampai lagi ABC.

Malam ni kami semua berbincang dengan Arjun samada akan membenarkan Kak Yani untuk meneruskan pendakian ke ABC esok atau tak ; bincang punya bincang kami akan decide esok sebab tengok kepada keadaan kesihatannya, Kak Yani pun katanya masih boleh lagi untuk meneruskan pendakian, apa-apa pun kami akan tengok prestasinya esok.

09.00 malam
Masing-masing dah masuk bilik untuk merehatkan diri, esok perjalanan adalah dalam 4-5 jam sahaja tetapi kena ingat sebab altitud esok adalah lebih tinggi dan harus lebih berhati-hati dengan setiap langkah pendakian memandangkan risiko untuk kena AMS (Accute Mountain Sickness) adalah tinggi.

09.30 malam
Masa untuk tidur.


NOTA KAKI

Nota 1
Pendakian hari ni adalah selama 8 jam 20 minit (termasuk waktu rehat).

Nota 2
Trek hari ni walaupun tak curam macam semalam dan hari sebelumnya tapi agak kritikal sedikit kerana altitud semakin tinggi melebihi 3,000 meter.

Nota 3
Trek berbatu-batu mula dilalui disebabkan sudah menghampiri kawasan Machhapuchre Base Camp, MBC (dari camp ni tumbuhan adalah kurang kebanyakkannya trek berbatu sahaja).

Nota 4
Suhu udara juga semakin sejuk sehingga mencecah 0 darjah celcius.


JohnS 
NEPAL @ HARI 8
N

No comments:

Post a Comment