TARIKH – 31 Oktober - 13 November 2015 / 18 Muharram – 01 Safar 1437H (Sabtu – Jumaat)
PESERTA - 6 Orang (4 Lelaki dan 2 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN - 90 km
TEMPOH PENDAKIAN – 9 Hari (+ 5 Hari di Thamel dan Pokhara)
TEMPAT – Annapurna Sanctuary, Pokhara, Nepal
TREK – Naya Pul – Hille – Ghorepani – Poon Hill – Tadapani – Sinuwa – Deurali – Machhapuchhre Base Camp (MBC) – ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) – Sinuwa – Jhinu Danda – Siwai – Naya Pul
HARI 3 - 02 November 2015 / 20 Muharram 1437H (Isnin)
7.15 pagi
Nota 2
Memandangkan sekarang Nepal menghadapi krisis minyak petrol, harga petrol memang sangat mahal. Difahamkan kalau black market ada yang harga gas petrol sehinggga mencapai USD6-8 satu liter (RM 25.50 – RM 34), korang cuba bayangkan kalau harga minyak kat Malaysia macamni. Manakala untuk harga Diesel adalah hanya Rs. 81 (RM 3.40) seliter.
JohnS
HARI 3 - 02 November 2015 / 20 Muharram 1437H (Isnin)
05.00 pagi
Bangun pagi, solat dan
bersiap-siap untuk ke tempat parking bas (kat jalan yang berdekatan Pusat Membeli Belah Jamal), kat sini memang takde
terminal bas, tapi akan ada bas yang memang dah park siap-siap kat sana.
06.20 pagi
Berurusan dengan pihak
hotel untuk serahan kunci.
06.30 pagi
Berjalan kaki ke ‘stesen
bas’ di Jamal, kejap je lebih kurang 7 minit je jalan kaki dari hotel kami ke
sana. Masing-masing bawa haversack yang dah di isi dengan barang-barang
peribadi .
06.45 pagi
Bas dah menunggu di tepi
jalan (banyak betul bas yang beratur), sebenarnya kami boleh je beli tiket bas
ke Pokhara terus tapi agak risiko la takut takde tiket pula (jadinya adalah
lebih baik beli tiket siap walaupun sedikit mahal). Barang-barang kami punggah
masuk ke dalam stor penyimpanan beg. Bas akan bergerak jam 7.30 pagi, tapi
memandangkan bas masih lagi ada seat kosong yang banyak diorang tunggu je orang
untuk penuhkan bas (memang masa ni tak sampai 10 orang pun dalam bas termasuk
kami, bas tu boleh muat 30 orang pada satu-satu masa.
7.15 pagi
Awal pula bas ni
gerak...haha ; setelah semua penumpang naik (masa ni hanya ada 15 orang
penumpang sahaja, aku tak tanya pula tambang yang diorang dapat mungkin lebih
murah sebab beli terus kat sini).
7.25 pagi
Tiba di pintu hadapan
Kathmandu Mall, kat sini bas ni stop kejap untuk cari penumpang lagi. Aku
dengan selambanya keluar pastu berdiri kat tangga pintu bas...aku jerit je ‘Pokhara..Pokhara..Pokhara”...macam conductor bas yang nak panggil naik bas tu la (saja je buat lagipun muka aku pun dah macam
orang Nepal...apa salahnya..hahaa). Tapi....takde pula orang nak datang
naik bas ni, kecewa...
7.35 pagi
7.35 pagi
Bas terus bergerak menuju
ke destinasi utama iaitu Pokhara, perjalanan ni sepatutnya akan mengambil masa
dalam 6-7 jam sahaja.
8.00 pagi
Berhenti kat stesen minyak,
kat sini kami terpaksa menunggu agak lama juga untuk isi minyak (kebetulan
sekarang Nepal mengalami krisis minyak petrol, jadi orang awam yang ingin
mengisi minyak terpaksa melalui beberapa prosedur ; siap ada tentera lagi yang
jaga kawasan ni, gerun juga kami dibuatnya). Lepas 30 minit kami meneruskan
perjalanan ke Pokhara.
Sepanjang perjalanan kami, aku dapat lihat pemandangan dari segi pembinaan bangunannya yang lain daripada Malaysia, jalan raya yang kurang sempurna, kadang-kadang ada juga aku nampak kumpulan askar yang sedang ‘berlari-lari’ secara berkumpulan (mungkin ada kawasan kem tentera berdekatan).
Sekumpulan askar ; mungkin diorang tengah membuat latihan. |
Antara bangunan kedai yang terdapat di tepi jalan, kabel elektrik pun punya la berselirat, tengok pun risau je. |
09.50 pagi
Berhenti di ‘R & R’,
ada kedai, tandas yang terbuka untuk lelaki dan tandas tertutup untuk
perempuan. Sedih juga tengok keadan R&R diorang ni, kita kat Malaysia
adalah jauh lebih baik. Stop kat sini selama 10 minit, lepas tu perjalanan
diteruskan.
Sempoi je R&R diorang kan, bangunan dinding batu-bata, atap zink ; tandas lelaki pula terbuka, pandai-pandai la korang nak buang hajat kat situ. |
Aku paling suka tengok kiri dan kanan dipenuhi dengan alam semula jadi yang berwarna hijau dan kuning, memang sangat cantik dan mendamaikan, cuaca juga agak sejuk di luar (tak payah pakai aircond pun takpa, tapi agak berhabuk juga la). Satu tabiat pemandu Nepal ni adalah hon, memang hon akan berbunyi dari mana-mana arah, bukannya tanda protes tetapi ia adalah kebiasaan diorang untuk memberi isyarat agar memberi laluan dan sebagainya (aku bayangkan kalau kat Malaysia ni memang tu tandanya tak puas hati la tu). Driver bas kami ni bawa bas memang laju la, kadang-kadang risau juga kut eksiden pula la, tapi memang expert la, walau sekecik mana pun jalan atau lorong tapi bas tetap dalam keadaan steady. Kadang-kadang jarak antara bas atau kenderaan yang lalu bertentangan terlalu dekat.
11.15 pagi
Berhenti kat ‘R & R’
lagi, kat sini kami makan tengahari ; semua makananya bersumberkan
sayuran (dengan nasi) yang dinamakan dhalbat. Harga untuk semua adalah Rs. 400 (RM
16.78) sepinggan (ambik la banyak mana yang kita nak, tapi harga air lain la) ;
stop kat sini 30 minit je lepas tu teruskan perjalanan lagi.
Makananya semua bersumbarkan sayuran. |
02.45 petang
Berhenti lagi kat R&R
(Himalayan Beanz Coffee) ; stop kat sini untuk 10 minit lepas tu kami sambung
lagi perjalanan. Bas tak boleh nak bawa laju sangat dah sebab keadaan jalan yang
berbukit bukau, sempit dan kenderaan bas yang terlalu banyak. Aku tengok kat
speedometer tu kelajuan hanya boleh mencapai 50-60km/jam je dan kadang-kadang
hanya 40km/jam, memang lambat la nak sampai kan.
03.55 petang
Tiba di Terminal Bas
Pokhara, seperti biasa turun-turun je dari bas semua teksi berkerumun kat kami
‘ taxi...hotel...taxi...hotel”. Sorry guys, kami nak jalan kaki je dari sini ke
hotel. Jadinya kami ambil keputusan untuk berjalan kaki ke hotel Unique Mountain
Hotel (kalau tengok kat Waze perjalanan hanya mengambil masa 19 minit,
bukan jauh mana pun, jalan kaki je la, jimat sikit duit).
Bukan kami je yang jalan kaki dari terminal bas, tapi pelancong lain pun sama, diorang pun nak jimat kos la tu |
04.25 petang
Tiba di Unique Mountain
Hotel, Lakeside, Pokhara. Kami disambut oleh pemilik hotel tersebut oleh seorang
pemuda yang bernama Prasant (mesra alam orangnya). Hotel kat sini agak mahal sikit daripada kat Thamel (Rs. 3150 untuk 6 orang ; 3 bilik double) jadinya seorang
adalah Rs. 525 (RM 22.98) untuk semalam. Selesai urusan check-in kami terus
masuk bilik dan mengerjakan Solat jamak, alhamdulillah sampai juga kami dengan
selamatnya di Pokhara.
Unique Mountain Hotel |
05.45 petang
Berjalan di sekitar bandar
Pokhara ; kedai-kedai berada di kiri dan kanan tersusun rapi dan kedai outdoor dan
barangan kecantikan (jualan selendang/pashmina) mendominasi kawasan ini. Barang-barang kat sini agak mahal sikit berbanding barang di Thamel, Kathmandu.
6.00 petang
Makan malam di Pokhara Halal
Food Land ; masing-masing dah order menu untuk carbo loading malam ni (kononya
la kan). Aku order nasi briyani ayam, (Rs. 430 @ RM 18.03); termasuk cukai
perkhidmatan 10 % dan VAT 13%). Kat restoran ni juga kami berjumpa dan berdiskusi dengan
sahabat kami iaitu Arjun Pun yang akan jadi guider kami sepanjang di ABC nanti.
Dia datang bersama lagi sorang rakanya iaitu Prakash (muka macam Chinese tapi
nama Indian....agak confuse sikit...hehehe, tapi memang tu nama betul dia, Nepal
ni muka diorang memang agak unik macam kat Malaysia juga la, tapi nama diorang
kebanyakkannya adalah nama-nama Hindu (majoriti adalah agama Hindu), aku siap tanya dia "are you sure your name is Prakash, coz your name doesnt suit your face" (secara bergurau la...sebab aku pun kadang-kadang orang tanya macam tu...haha).
6.30 petang
Sambil menikmati makan
malam, kami berlapan (termasuk Arjun dan Prakash) berbincang berkenaan dengan
perjalanan kami nanti di ABC, perbincangan dilakukan secara berhati-hati dan
rasional agar ia tidak akan memberi kesan negatif kepada kami...in shaa ALLAH.
Alhamdulillah perbincangan selesai dalam masa 45 minit sahaja dan semua telah
bersetuju akan melalui trek yang dicadangkan oleh kami dan Arjun sendiri.
Perbincangan bersama Arjun, Prakash takde dalam gambar ni sebab dia yang tolong ambil gambar...hehe |
7.15 petang
Selesai sahaja urusan
pembayaran makanan kat restoran tersebut, kami semua jalan-jalan kejap untuk beli
barang keperluan semasa mendaki (last minute shopping la kiranya). Ada yang beli jaket,
snow cap, glove dan sebagainya. Harga-harga yang ditawarkan juga adalah
berpatutan sebenarnya berbanding harga di Malaysia....mmm...sesi tawar menawar mestilah ada kan.
9.00 mlm
Balik ke hotel dan membuat
persiapan terakhir untuk esoknya. Barang-barang hiking dan barang-barang yang
akan ditinggalkan di bilik sewa Arjun pun telah diasingkan siap-siap semasa
kami di Thamel, Kathmandu lagi. So...malam ni kami hanya memuatkan semula
barang-barang keperluan hiking yang lain ke dalam beg yang akan dibawa oleh dua orang
porter (sorang lagi dah berada di Naya Pul, starting point pendakian esoknya),
dan juga barang yang akan kami bawa sendiri.
10.30 mlm
Rehatkan badan setelah
siang tadi 8 jam duduk dalam bas dari Kathmandu ke Pokhara, esok akan bermula
la pengembaraan kami di Annapurna Sanctuary.
NOTA KAKI
Nota 1
Nota 1
Harga barang di Pokhara adalah lebih mahal berbanding
di Thamel, Kathmandu ; mungkin ada kedai yang murah (cumanya aku tak jumpa
sebab kedai terlalu banyak tak sanggup aku nak masuk setiap kedai padahal
barang sama je dari satu kedai ke satu kedai), tapi rata-rata aku tengok
harganya lebih mahal dari Thamel.
Nota 2
Memandangkan sekarang Nepal menghadapi krisis minyak petrol, harga petrol memang sangat mahal. Difahamkan kalau black market ada yang harga gas petrol sehinggga mencapai USD6-8 satu liter (RM 25.50 – RM 34), korang cuba bayangkan kalau harga minyak kat Malaysia macamni. Manakala untuk harga Diesel adalah hanya Rs. 81 (RM 3.40) seliter.
JohnS
NEPAL @ HARI 3
No comments:
Post a Comment