Thursday, 16 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 13 - 15)

 


A N N A P U R N A  -  T H E   E N D I N G


H A R I   1 3  -  1 4   M e i   2 0 2 4   ( S e l a s a )

Hari ni kami akan bergerak ke Hotel Silver Jubilee, Thamel, Kathmandu. Setelah sarapan pagi di hotel, perjalanan kami bermula pada jam 10.00 pagi dengan menaiki van yang sama sebelum ini.

Seperti 10 hari yang lepas, kami melalui jalan yang bumpy nak sampai ke Thamel...alhamdulillah tiba di Hotel Silver Jubilee pada jam 5.20 petang.

Malam ni kami hanya melakukan aktiviti last minute shopping  kat Thamel dan jalan-jalan sekitar Thamel.



H A R I   1 4  -  1 5   M e i   2 0 2 4   ( R a b u )

Flight kami ke Malaysia adalah jam 4.55 petang jadi pagi ni kami masih ada banyak masa untuk shopping lagi kat Thamel.

Sarapan pagi kat China Lanzhou Muslim Restaurant, Thamel, selesai sarapan singgah beli barang-barang outdoor pula nak di bawa balik ke Malaysia.

Jam 1.00 petang selesai mengerjakan solat kami terus ke airport menaiki van yang kami dah book sebelum ni.

Selesai urusan check-in tiket dan beg kami terus masuk boarding, proses agak panjang disebabkan ramai penumpang pada hari ini namun semua urusan berjalan dengan lancar...Alhamdulillah. 






                                                                                                                                                Masuk ke dalam cabin pesawat semua menunjukkan wajah ceria untuk kembali semula ke Malaysia....yeayyyyy.

Penerbangan dari Kathmandu ke KL akan mengambil masa lebih kurang 4 jam 40 minit dan Alhamdulillah perjalanan kami lancar.

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1) pada jam 11.30 malam, flight seterusnya ke Penang adalah esok pagi jadi malam ni kami semua akan lepak kat airport je.

Kak bai akan fly balik ke Bintulu manakala Philippa dan Roslyn akan balik ke Kota Kinabalu juga . Masa penerbangan untuk kami semua juga lebih kurang sama je.

                                                                                                                                             
H A R I   1 5  -  1 6   M e i   2 0 2 4   ( K h a m i s )

Sebelum solat subuh kami semua terus menuju ke kaunter MAS untuk check-in barang supaya tak kalut nanti lepas solat subuh.

Flight ke Pulau Pinang adalah jam 8.20 pagi, selepas subuh di surau tingkat atas berdekatan dengan pintu pelepasan domestik kami terus menuju ke boarding.

Memandangkan terdapat tiga flight berlainan, kat sini kami sekali lagi mengucapkan farewell untuk Philippa, Roslyn dan kak Bai

Sebelum masing-masing masuk ke boarding chamber KL-Penang, KL-Bintulu dan KL-KK masing-masing dah mengeluarkan air mata dan saling berpelukan...geng perempuan la yang sedih sangat pun...hehe....

Setelah bersama selama lebih kurang 15 hari susah senang bersama, alhamdulillah kami dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang baik-baik belaka...semoga kita akan berjumpa lagi untuk trip yang akan datang guys....selamat tinggal dan semoga selamat serta dipermudahkan perjalanan balik ke sarang masing-masing.

Tepat jam 8.20 pagi maka flight  kami dari KL pun meninggalkan bumi Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang dan alhamdulillah tiba di Pulau Pinang sejam kemudian.

Maka dengan rasminya trip Annapurna Base Camp v2.0 tamat dengan jayanya.


T I L L   W E    M E E T    A G A I N    A B C

Monday, 13 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 12)



J H I N U   D A N D A   T O   N E W   B R I D G E

T O   P O K H A R A

- 1  K M + 6 0  K M ( 1   J A M  + 3   J A M)


H A R I   K E - 9   P E N D A K I A N


H A R I   1 2  -  1 3   M e i   2 0 2 4   ( I s n i n )

Bismillahirrahmaanirrahim . . .

Hari terakhir untuk kami berada di Annapurna Sanctuary, sarapan pagi jam 8.15 pagi setelah beg dan bilik dikemaskan aku terus turun ke cafe. Beg yang sepatutnya akan di bawa oleh porter telah pun di letak di luar bilik, nanti porter akan ambik sendiri beg tersebut.



Trek hari ni memang hampir 100% tangga-tangga batu je, cuma sekali sekala ada part yang off track . Cuaca agak mendung pagi ni semoga hujan tak turun la hendaknya.

Suhu di persekitaran sejuk seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin, suhuh pagi ni adalah sekitar 17-18 darjah celcius je, aku tak pakai pun jaket sebab kejap lagi nak hiking walaupun sekadar turun anak-anak tangga badan akan tetap berpeluh walaupun sedikit. Sekitar jam 9.20 pagi kami memulakan perjalanan pendakian turun tangga.




Tiba di Jambatan Gantung yang menghubungkan Perkampungan Jhinu Danda dengan kampung-kampung lain di seberangnya. Panjang jambatan ini adalah 287m dengan ketinggian 135m dari aras tanah merentang Sungai Samrong.

Ia juga merupakan jambatan gantung terpanjang di Daerah Kaski, bukan sahaja antara penghubung terpenting penduduk kampung di sekitarnya malahan ia merupakan jalan utama yang digunakan haiwan kenderaan seperti keldai dan kuda untuk mengangkut makanan.

Jambatan ini agak menggerunkan untuk dilalui oleh mereka yang gayat disebabkan ketinggian dan jarak laluannya yang panjang. Namun, ia bakal menghidangkan view yang sangat menakjubkan dan pastinya akan memberi pengalaman baru kepada para pendaki apabila melaluinya.

Tudiaaaa...dari sini pun dah nampak tinggi dan panjangnya jambatan ni.

Sebenarnya sebelum sampai kat jambatan ni aku risau juga sebab aku memang gayat tempat-tempat tinggi yang macam ni. Tapi kena teruskan juga sebab ini saja laluan paling pendek untuk aku lalui, ada option lain tapi lebih jauh...jadi tak pa redah je nanti.


Gambar kanan : Aku dengan Not dan kak Tee...

Alhamdulillah...berjaya menyeberang melalui jambatan gantung ni...sepanjang perjalanan aku memang tak boleh nak tengok kat bawah...gerunnnn...



Jam 10.00 pagi tiba di stesen bas Jhinu Danda, sampai kat sini masing-masing dah excited nak keluar dari kawasan pergunungan maklum la dah masuk 9 hari kat dalam hutan.

Perjalanan kami dari stesen bas ke hotel di Pokhara akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Sejam setengah yang pertama kami melalui kawasan lereng-lereng gunung, jalan yang kami lalui bukan la jalan yang bertar melainkan jalan berbatu. Perjalanan agak menyeramkan disebabkan jalan yang kami lalui memang betul-betul di lereng gunung.

Bas yang kami naiki juga agak uzur dan sepanjang perjalanan akan mengeluarkan bunyi-bunyi 'pelik'...hahah....risau juga la sebenarnya, tapi pemandu bas kami rileks je.

Lebih kurang sejam lebih sikit kami tiba di kaunter pendaftaran di Birethanti yang mula-mula kami masuk 9 hari lepas, setelah urusan check-out selesai kami meneruskan perjalanan ke Pokhara.

Alhamdulillah sekitar jam 1.30 petang kami tiba di Hotel Rudrakshya. Sampai kat hotel masing-masing merehatkan diri dan mengemas barang apa yang patut.

Malamnya kami mengadakan farewell gathering bersama dengan guider dan porter.



Selamat tinggal untuk rakan-rakan guider dan porter, semoga kita akan dapat berjumpa lagi nextime.



~ T A M A T   H A R I   1 2 ~

Sunday, 12 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 11)

 



C H H O M R O N G   T O  J H I N U   D A N D A 

- 5  K M  ( 3 - 4  J A M )


H A R I   K E - 8  P E N D A K I A N


H A R I   1 1  -  1 2   M e i   2 0 2 4   ( A h a d )

Bismillahirrahmaanirrahim . . .

Kami decide akan gerak lewat hari ni sebab jarak perjalanan adalah dalam 3-4 jam je jadi tak perlu rushing sangat. Banyak masa untuk kami lepak-lepak kat teahouse ni. 

Selepas solat subuh, aku mula mengemas barang yang aku bawa sendiri dan porter. Selesai semua aku terus keluar dari bilik dan lepak di balkoni teahouse, kelihatan beberapa rakan aku yang lain sedang sibuk mengambil gambar.

Cuaca sangat cantik dan cerah , kelihatan langit membiru dari kejauhan ternampak gunung fish tail (Machhapuchare) begitu cantik dan gah.

Gambar kiri : itu lah dia Chhromrong...kelihatan susunan bangunan bertingkat-tingkat di lereng pergunungan, nak naik sampai ka puncak tu jumlah tangga hampir 4000 anak tangga
Gambar kanan : Gunung Fish Tail menampakkan puncaknya yang berbentuk seperti ekor ikan


Sarapan kami agak lewat dari kebiasaan iaitu sekitar jam 8.00 pagi supaya lebih banyak masa untuk kami berehat dan enjoy the view. Jam 9.45 pagi kaki mula melangkah meninggalkan teahouse Sherpa Guesthouse menuju ke Jhinu Danda. 

Trek tangga sedang menuggu di hadapan, terasa kaki cuba untuk berhenti dari meneruskan langkah tapi apakan daya perjuangan hari ni tetap diteruskan (macam nak pergi berperang padahal nak turun/naik tangga je pun).

Semasa turun kami terserempak dengan pendaki dari Malaysia yang baru je memulakan pendakian trek ABC semalam melalui pintu masuk Jhinu Danda, geng ni tak lalu trek ke Poon Hill jadi trek diorang hanya mengambila masa 6 hari je.


Tiba di sini, ada peniaga yang tengah menjual buah-buahan, singgah sat beli epal, boleh tahan juga harganya NPR 200 (RM 4.60) sebiji, biasa la harga gunung, harga kayangan betul


Aku dan Pippa, start kat sini kena naik tangga  yang beribu tu laaaa...bersedia laa


Tengok je la tangga-tangga yang kami nak lalu tu...uihhhh...boleh tahan


Sewaktu mula nak mendaki tangga-tangga ni, hujan renyai mula turun. Aku harap sangat yang hujan tak lebat, kalau tak boleh tahan sejuk juga ni nanti, mau cramp segala muscle.


Masing-masing naik berdikit-dikit membilang anak-anak tangga satu demi satu...bertahan la wahai sahabat-sahabatku...hahaha...sekejap ke kiri...sekejap ke kanan.

Hujan yang turun tadi renyai-renyai kini semakin mencurah-curah tapi masih lagi dalam kadar sederhana dan kabus mula menutupi sepanjang trek pendakian. 


Singgah di Check Post, Chhomrong untuk pendaftaran check out, hanya perlu inform yang group kami akan keluar dari Chhomrong tak perlu tunjukkan permit sepertimana semasa kami memasuki trek ABC


Sepanjang trek tangga Chhomrong terdapat gerai-gerai jualan souvenir, cuci mata je la...tak beli apa pun


Gambar kanan : beberapa ekor keldai yang membawa barang-barang sedang melalui trek, bagi diorang lalu dulu la ye...kuat betul keldai-keldai ni




Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Namaste Guest House & Restaurant, Jhinu Danda pada jam 1.40 petang

Kat sini juga terdapat satu kawasan kolam air panas, tapi kena turun dalam 20 minit dari teahouse ni. Memandangkan aku dah pernah pergi dulu tahun 2015, kali ni aku tak mau turun sebab malas...nak turun tu takde masalah tapi nak naik pula lepas tu...haha..tak pa la bagi peluang kawan-kawan yang lain.




Dinner kami jam 8.00 malam, macam-macam isu yang disembangkan ada yang sebenarnya excited sebab esok adalah hari terakhir untuk kami trekking itu pun sebenarnya tak jauh malahan lagi dekat dari trek hari ini.

Malam ni tidur lambat sikit dari kebiasaan.



~ T A M A T   H A R I   1 1 ~

Saturday, 11 May 2024

ANNAPURNA BASE CAMP v2.0 (HARI 10)

 


A N N A P U R N A   B A S E   C A M P   T O

C H H O M R O N G

- 2 7  K M  ( 9 - 1 0  J A M )


H A R I   K E - 7   P E N D A K I A N


H A R I   1 0  -  1 1   M e i   2 0 2 4   ( S a b t u )

Bangun seawal jam 4.30 pagi, nampaknya cuaca di luar sangat cerah, Alhamdulillah...peluang untuk menikmati keindahan di Base Camp sepuasnya memandangkan semalam cuaca berkabus dan hanya clear pada waktu senja je.

Matahari mula menampakkan cahaya pada jam 5.20 pagi, keluar dari bilik kelihatan dah ramai yang berada di luar dari teahouse dan menuju ke port tempat ambil gambar di sekitar Base Camp.

Suhu sejuk beku waktu pagi tidak menghalang untuk kami lepak di luar.

Berbaju Melayu di Annapurna Base Camp (ABC) dengan berlatarbelakangkan puncak Annapurna South, 7,219m). Puncak gunung berwarna keemasan apabila terkena cahaya matahari pagi.


Foto atas kiri : bersama dengan roomate Mozart dan Abujid
Foto bawah kiri : Mozart..yang berbaju kurung biru kak Ratna, kak Bai (pink) dan Sara (orange), berdiri dari belakang kiri sekali Roslyn dan Philippa yang mengenakan pakaian tradisional orang Sabah

Posing bersama dengan kak Tee, Madina dan Not...sakan berbaju kurung dalam keadaan suhu yang sejuk

Berlatarbelakangkan Fish Tail (sebelah kanan) dan Base Camp, kelihatan biasan matahari pagi mula menyinar di sebalik Banjaran Himalaya


Setelah lebih kurang sejam dok posing sana sini, kira-kira jam 6.20 pagi aku balik semula ke bilik dan mengemas beg dan sebagainya. 

Sarapan pagi jam 7.00 pagi aku gerak ke cafe, kelihatan dah ada beberapa orang rakan aku yang dah duduk sambil bersembang dan sebagainya. Apabila semua dah ada di cafe hidangan sarapan pun diletak di atas meja.

Jam 7.45 pagi, selesai sarapan dan mengemas beg kami semua berkumpul di luar teahouse. Masing-masing sibuk mengambil gambar di sekitar teahouse sebelum meneruskan perjalanan nanti.

Sarawak, negeri kelahiran aku berkibar megah di laman teahouse Annapurna Base Camp (ABC)

Terengganu...negeri kelahiran Ada Suhaq dan Iman Mikayla juga turut berkibar megah di Annapurna Base Camp (ABC)


Group photo di hadapan papan tanda ABC...alhamdulillah tahniah semua dah berjaya sampai di sini



Perjalanan menuju ke Lower Sinuwa, Chhomrong diteruskan dalam jam 8.00 pagi, kena gerak awal juga sebab perjalanan hari ni memang jauh walaupun secara keseluruhannya menurun tapi penggunaan anggota lutut akan lebih banyak.

Foto atas kanan : aku dengan guider kami Arjun

Cuaca hari ni cukup menyebelahi kami untuk meneruskan perjalanan, Alhamdulillah, walaupun rasa agak sedih sikit sebab akan meninggalkan Base Camp ni untuk kesekian kalinya tapi apakan daya trip harus diteruskan.

Cahaya matahari bersinar dengan langit yang membiru tanpa kehadiran awan namun, suhu persekitaran masih lagi sejuk. Aku hanya memakai baju melayu dengan selapis baju drifit. Perjalanan pagi ni, kami ditemani dengan pemandangan yang cukup cantik dan bunyi aliran sungai di sepanjang trek...indahnya ciptaan Yang Maha ESA.



Damainya suasana dengan bunyi aliran sungai di sepanjang trek




Sejam perjalanan aku tiba di MBC, sepatutnya tak lama pun nak sampai kat sini tapi disebabkan banyak kali stop ambik gambar jadi masa yang diambil lebih lama, rugi la kalau tak snap gambar sebab cuaca cantik hari ni.



Berlatarbelakangkan jajaran Banjaran Himalaya


Dengan Sara dan kak Ratna




Tiba di Deurali pada jam 10.30 pagi, tak menyinggah pun kat sini pendakian diteruskan dan cuaca pun masih lagi baik cuma sekali sekala kabus datang dan pergi.


Beribu anak-anak tangga turun terpaksa di lalui, lutut...lututttt




Jam 11.35 pagi tiba di Himalaya, kami lepak kat sini sekejap sambil minum kopi, Alhamdulillah Mozart belanja minum pagi ni. Suhu yang sejuk menambahkan lagi selera kami lepak-lepak kat sini sambil menghirup secawan kopi panas.




Setelah mengharungi perjalanan hampir 9 jam, akhirnya kami tiba di Sherpa Guesthouse, Lower Sinuwa, Chhromrong pada jam 4.45 petang.

Selesai trek hari ni sejauh 27 km...jarak yang sejauh ni kalau mendaki mesti akan mengambil masa yang lebih lama...nasib baik banyak menurun berbanding menaik, lega.

Geng aku yang terakhir tiba di sini lebih kurang jam 5.50 petang...alhamdulillah lega semua dah sampai dengan selamatnya.

Dinner jam 7.30 malam dan rehat masuk bilik jam 10.00 pagi, esok akan sambung lagi perjalanan walaupun tak sejauh macam hari ni tapi agak struggle  sikit sebab akan mendaki beribu anak tangga.



~ T A M A T   H A R I   1 0 ~